Keutamaan penjenamaan Petronas membongkar keserakahan kepemimpinan negara

بسم الله الر حمن الر حيم




Penajaan Petronas keatas BMW dan kemudian beralih pada Mercedes dalam kejuaraan Formula Satu dunia dilihat sebagai pembaziran , sedangkan tanpa penjenamaan Petronas akan tetap gagah sebagai peneraju dan penyumbang kekayaan negara . Dana penajaan yang besar dikeluarkan Petronas sepatutnya dapat disalurkan untuk membantu golongan yang lebih memerlukan bantuan  dalam negara .
Pelaburan dan penerokaan Petronas semakin mengecil , sedangkan perolehannya menunjukkan peningkatan dan manakala sejumlah besar dana  digunakan oleh kerajaan dalam melaksanakan pembangunan tetapi masih belum mampu untuk dinikmati sebahagian besar rakyat Malaysia .
Keserakahan kepemimpinan dalam menguruskan dana dan sumber kekayaan negara ini semakin liar dan tak terkawal kerana dilihat hanya menguntungkan segolongan kumpulan bangsawan yang memang telahpun mampu berdikari dan terus menguat keuntungan berlebihan tanpa memikirkan majoriti rakyat Malaysia masih memerlukan bantuan dan sokongan kewangan bagi mengembangkan ekonomi mereka .
Tidak hairan jika isu berkaitan dana perolehan dan perlaburan Petronas terus dijadikan pertikaian kepemimpinan politik negara dan ianya akan kekal berterusan . Inilah wajah wajah petualang  yang mencengkam minda kehambaan majoriti rakyat Malaysia.

Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui PRU 13 akan datang merupakan PRU yang paling getir dan sengit bagi Barisan Nasional (UMNO) , jesteru beliau mengingatkan semua peringkat kepemimpinan UMNO perlu berfikiran strategik dalam menghadapi asakan isu isu yang dibangkitkan pembangkang (Pakatan Rakyat ).
Isu kebajikan dan bantuan kepada rakyat merupakan isu yang biasa dicanangkan parti parti pembangkang , kepemimpinan semua peringkat dalam UMNO (BN) digesa agar memberikan perhatian dan meneliti semua masaalah yang dihadapi rakyat .
Persoalannya  : Adakah kepemimpinan UMNO(BN) mampu menangani pelbagai isu yang sejak sekian lama dilihat telah menjadi barah dan ianya tetap selari  dengan   arus kemajuan  pembangunan  dipersekitaran nya ?
Isu subsidi sejak dulu lagi telah dijadikan polemik  yang berterusan dan penanda aras kejayaan pemerintahan UMNO(BN) dalam membantu membangunkan keupayaan saraan hidup rakyat agar mampu terus kekal seiring peningkatan harga bahanapi (minyak) dipasaran dunia .
Keupayaan pemerintah (BN) dilihat kurang terserlah dan makin merudum memandangkan kenaikan harga barang makanan yang gagal dikawal ,sedang sumber kebergantungan minyak diseluruh dunia semakin tinggi . Walaupun perolehan Petronas besar tetapi pelaburannya semakin mengecil .
Soalnya : Adakah sokongan rakyat kepada UMNO(BN) juga akan terus mengecil ?
Kebijakan dan keterampilan menghalusi keserakahan minda kepemimpinan tidak akan mampu menerobos kelaparan minda awam dan kemungkinan PRU 13 nanti keputusan nya akan menjadi igauan yyang bisa dijadikan ikhtibar kecelaruan memadukan keutamaan sumber kekayaan negara . ( Petronas ) hanya wadah yang memayungi kecerdasan tetapi meminggirkan dan memangku perhambaan . Sejak 1974 - 2011 ruang kedamaian itu menceritakan segalanya bala yaang menimpa persekitarannya.
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga