Macamana Melayu nak maju jika Kerajaan gagal membangunkan Tanah Rizab Melayu (TRM)

بسم الله الر حمن الر حيم


Tanah Rizab Melayu (TRM) boleh ditakrifkan sebagai tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu dalam sempadan sesuatu negeri di Malaysia yang mana hak miliknya hanya boleh dipegang atau dipindah kepada orang Melayu sahaja.

Ia telah wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka lagi melalui enakmen-enakmen yang telah digubal oleh pentadbiran kolonial British.

TRM diwujudkan semasa pemerintahan penjajah (1890-1956) kerana pemilikan tanah oleh orang Melayu mula terancam akibat kemasukan orang asing yang semakin meningkat.



Selain itu, pengaruh perkembangan pertanian perladangan oleh orang bukan Melayu seperti getah telah menggalakkan orang Melayu menjual tanah mereka kepada orang bukan Melayu.

Pada masa yang sama juga, di sesetengah negeri peningkatan industri bijih timah yang lebih lumayan telah menggalakkan orang Melayu menukar haluan kerja dan akibatnya, banyak tanah orang Melayu yang tidak diusahakan dan ditinggalkan yang boleh dibeli dengan harga yang rendah.

Oleh itu, peruntukan pemilikan tanah kepada orang Melayu melalui Enakmen 1913 adalah bertujuan untuk memastikan tanah tanah yang dimiliki oleh orang Melayu tidak dipindah milik kepada orang bukan Melayu demi menjaga kepentingan para petani, ladang-ladang dan kerajaan penjajah pada ketika itu .

Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa TRM diwujudkan oleh penjajah untuk memastikan kawasan-kawasan padi terus diusahakan oleh orang-orang Melayu sebagai sumber makanan kepada penduduk Malaya yang kian meningkat ketika itu .

Status TRM terus dikekalkan selepas zaman penjajah dan keluasan TRM mengikut negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 1.1.1995. (4,419,110.75 hektar ).

Secara aggregatnya jumlah keluasan telah berkurangan pada Januari 1995, tetapi kekurangannya adalah kecil iaitu tidak sampai 3%. ( Keluasan Asal : 4,545,937.40 hektar  menurun kepada 4,419,110.75 hektar ).

Namun begitu, perlu juga diingatkan bahawa pengekalan keluasan TRM  ini tidak semestinya bermakna bahawa pengambilan atau pembatalan TRM disusuli dengan penggantian tanah yang setanding dari segi ciri-eirinya.

Di Malaysia, Tanah Rizab Melayu (TRM) meliputi 33.55% tanah yang boleh diusahakan secara produktif. Malangnya banyak kajian menunjukkan sumber yang sebegitu besar itu tidak dapat digembleng untuk mencapai potensi ekonominya yang sebenar.

Implikasi ketidakcekapan penggunaan faktor pengeluaran ini kepada pertumbuhan negara di masa akan datang sepatutnya mendapat perhatian penggubal dasar. Tambahan pula, ketidakcekapan ini juga mempunyai kesan kepada pengagihan pendapatan antara kaum dan antara kelas kerana pemilikan TRM adalah jelas tidak merata.

Isu dan masalah pembangunan TRM memang sering dibahaskan dan terdapat beberapa faktor yang telah dilontarkan oleh penyelidik  sebagai penghalang kepada pembangunan TRM. Antara faktor-faktor penghalang ini adalah mekanisma perwarisan tanah yang selalu mengakibatkan pemilikan bertindih dan pembahagian kepada lot-lot yang kecil yang tidak ekonomik untuk diusahakan.

Faktor-faktor lain adalah lokasi TRM yang tidak strategik dan kurangnya pengetahuan pemilik tentang cara-cara membangunkan tanah. Satu kekurangan yang ketara  adalah ketiadaan usaha untuk mempertahankannya dengan menggunakan kerangka teori dan prinsip asas ekonomi yang tegar .

 Daripada perspektif teori, kegagalan membangunkan TRM membawa implikasi bahawa terdapat lebihan yang masih belum dieksploitasi. Persoalan yang masih belum terjawab adalah mengapakah keadaan ini wujud sedangkan agen-agen ekonomi dianggap rasional dan sentiasa berusaha untuk memaksimumkan kebajikan diri.

Salah satu masalah yang sering diutarakan sebagai halangan kepada pembangunan TRM ialah pemilikan asset bertindih (multiple ownership).


Enakmen Rizab Melayu

LATARBELAKANG

Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.


Negeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu

 •ERM Kelantan 1930

 •ERM Kedah 1931

 •ERM Perlis 1935

 •ERM Johor 1936

 •ERM Terengganu 1941

British tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.


OBJEKTIF RIZAB MELAYU


Terdapat dua objektif utama :-

 •Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu

•Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.


MATLAMAT

Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.


PENGISYTIHARAN

 Kuasa Pengisytiharan

Di Negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di mana ERM (NMB Bab 142) dipakai, kuasa untuk membuat pengisytiharan terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat (RDM). Di Johor, PTG dengan kelulusan RDM manakala di lain-lain negeri, RDM.


Tujuan Pengisytiharan

 •Untuk mewujudkan satu kawasan Rizab Melayu

 •Untuk membatalkan kawasan Rizab Melayu

 •Untuk meminda had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu


Tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.

 •Tanah Kerajaan

 •Tanah Hutan Simpan

 •Tanah Rizab Awam

 •Tanah Milik


Syarat-syarat Pengisytiharan

 •Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]

 •Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendaklah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu. [Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]

 •Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]

 •Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]

 •Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [Sek.3(1)ERM Kedah]

 •Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]



Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu

Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.



Kajian pembangunan TRM lihat sini
“Jawatankuasa penyediaan pindaan undang-undang ERM telah bertunjangkan kepada prinsip “ke arah memperluaskan ruang bagi usaha-usaha membangun dan meningkatkan nilai komersial TRM dengan cara membolehkannya dibangunkan bersama penglibatan orang Bukan Melayu, tanpa menjejaskan pemilikan tanah-tanah tersebut di kalangan orang-orang Melayu” .

( ADAKAH INI JALAN TERBAIK UNTUK MEMBANGUNKAN TRM DAN SUDAH PASTI RUANG INI AKAN DI AMBIL KESEMPATAN DAN TERUS MEMINGGIRKAN KEUPAYAAN ORANG MELAYU UNTUK MERAIH KEUNTUNGAN MUTLAK DAN KEMUNGKINAN MELEPASKAN HAK MEREKA KEPADA ORANG LAIN = KENAPA KERAJAAN ENGGAN  MEMBERIKAN DANA KHAS UNTUK ORANG ORANG MELAYU MEMBENGUNKAN TRM DEMI KEPENTINGAN ORANG MELAYU JUGA BOLEH DIPERTIKAIKAN – KERAJAAN SEBENARNYA HANYA MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN JANGKA PENDEK  TANPA MEUNGGULI KEUTAMAAN PEMBANGUNAN  DIKAWSAN TRM INI ).


Imbangkan milikan tanah umum dengan rizab Melayu

KUALA LUMPUR 19 Feb. 2011 – Kerajaan digesa supaya mengimbangi kewujudan tanah milikan umum dengan Tanah Rizab Melayu bagi memastikan orang Melayu memiliki sekurang-kurangnya 60 peratus daripada keseluruhan tanah di negara ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah  berkata, kewujudan banyak tanah milikan umum pada masa sekarang menyebabkan tanah-tanah rizab tersebut terhakis sedikit demi sedikit.

“Enakmen Rizab Melayu telah memperuntukkan bahawa setiap tanah rizab yang diambil untuk dimajukan perlu digantikan dengan tanah lain yang sama luas serta sepadan kualitinya.

“Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.

Jelasnya, kebanyakan tanah rizab itu diambil untuk dibangunkan tanpa diberi pampasan yang setimpal kepada pemiliknya dan ada juga yang tidak mendapat apa-apa pampasan langsung.

Katanya, walaupun tanah rizab diberikan hanya kepada orang Melayu secara turun-menurun untuk selama-lamanya namun jika ia semakin terhakis, orang Melayu akhirnya akan hidup di dalam gelandangan.

Katanya, kewujudan tanah rizab tersebut yang termaktub dalam Fasal 89 di dalam Perlembagaan Malaysia turut terancam akibat sikap orang Melayu itu sendiri.

“Orang Melayu perlu menghargai tanah ini dengan membangunkannya. Jangan bersikap sambil lewa dan saling mengkhianati,” katanya.

Menurut Mohd. Noor lagi, terdapat dua jenis tanah rizab di negara ini iaitu tanah rizab yang diisytiharkan sebelum merdeka dan tanah rizab yang diisytiharkan selepas merdeka.

Tambahnya, tanah rizab yang diisytiharkan sebelum merdeka telah dianugerahkan raja Melayu kepada rakyatnya untuk bercucuk tanam dan membina penempatan.

Sementara itu katanya, tanah rizab yang diisytiharkan selepas merdeka perlu diiringi dengan pengisytiharan tanah milikan umum yang sama luas dan kualitinya dengan tanah rizab tersebut.
sumber : lihat sini



Hak istimewa orang Melayu adalah salah satu unsur tradisi Perlembagaan Malaysia yang amat penting bagi menunjukkan ketuanan Melayu sebagai kaum pribumi di TanahMelayu.
Ini dapat dibuktikan dengan peruntukkan yang telah di tetapkan seperti Perkara153, Perlembagaan Malaysia yang juga bertujuan memelihara hak istimewa orangMelayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Istilah rizab adalah merupakan istilah yang bersih. Tetapi semenjak merdeka, terutama sekali selepas 13 Mei 1969 dan selepas DEB diperkenalkan, istilah rizab telah dinodai,diperkosa dan dipersoal dan dipermain-mainkan dan akhir-akhir ini dijadikan bahanketawa.  Lebih-lebih  lagi  perkataan  ‘Melayu’. 
Sekarang  perkataan  Melayu  adalah merupakan suatu perkataan yang sensitif oleh golongan yang cemburu dengan perkataan‘Melayu’ tidak dapat dipastikan.
Jika kedua-dua perkataan itu digabungkan menjadi ‘Rizab Melayu’ maka ianya menjadi gergasi atau hantu yang menggerunkan bangsa-bangsa lain, merungsingkan pemikiran yang waras orang putih dan penulis-penulis barat telah melatah melihat perkataan itu.
Ada pula yang cuba menodai istilah itu dengan kata-kata berikut:“..The system of Melay Reservation thus became enshrined in the presentConstitution    as a permanent feature of land policy, to detriment of the Non-Malay  Communities.”
Mungkin jika konsep ‘Rizab’ itu diterbalikkan, di mana orang bukan Melayu diberi perlindungan maka ada kemungkinan mereka yang tidak senang dengan sistem yang ada sekarang akan menyokong bulat-bulat betapa perlunya tanah rizab itu dikekalkan.
Tanah Simpanan Melayu ialah suatu kawasan tanah yang tertentu yang telah diwartakan khusus untuk orang-orang Melayu sahaja dan orang-orang bukan Melayu tidak boleh memegang apa-apa hak terhadap tanah itu.
Sistem pegangan tanah di Sarawak juga telah mengakui hak keistimewaan kaum bumiputera terhadap tanah. Sebahagian tanah diSarawak telah diwartakan sebagai tanah bumiputera yang hanya boleh dimiliki di bawahhak milik  persendirian oleh kaum bumiputera.
Di Sabah, perizaban tanah untuk sesuatu bangsa atau masyarakat tertentu tidak wujud tetapi sebidang tanah yang dimiliki oleh seseorang itu boleh ditukar kepada hak tanah milik bumiputera apabila diminta oleh tuanpunya tanah itu atau semasa pemberian milik dibuat terhadap tanah itu.
Selain tanah simpanan orang Melayu di atas, terdapat juga tanah pegangan orang Melayu di Terangganu dan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka.
Tanah-tanah simpanan Melayu ini telah dijamin, dikawal dan diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan enakmen –enakmen rizab orang Melayu negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan telah mentakrifkan ‘tanah rizab orang Melayu’ sebagai tanah yang dirizab untuk diberi milik kepada orang-orang Melayu atau kepada bumiputera-bumiputera bagi negeri di mana tanah itu terletak.
Kelemahan ekonomi orang-orang Melayu menyebabkan tanah simpanan Melayu tidak boleh dimajukan. Hal ini akan membawa kepada terbiarnya tanah simpanan Melayu sepanjang  masa. 
Ketidakupayaan  pemilik-pemilik  tanah  simpanan  Melayu  untuk memajukan tanah-tanah mereka itu disebabkan oleh kekurangan  modal dan pengetahuan teknik. 
Setakat  ini,  kurang  terdapat  institusi-institusi  kewangan  Melayu  dalam pengumpulan modal untuk dijadikan pinjamam  pembangunan bagi tanah-tanah dalam kawasan tanah simpana Melayu. 
Keadaan sosial orang Melayu yang tidak setaraf dengan orang bukan Melayu di Negara ini akan menbawa akibat buruk kepada kehidupan ornag-orang Melayu. Apabila  taraf kehidupan orang-orang Melayu rendah, ia akan membawa kepada kesan buruk terhadap tanah simpanan orang Melayu itu sendiri.
Misalnya tanah simpanan Melayu itu dijual,digadai atau disewakan kepada orang bukan Melayu dengan harapan taraf hidup orang Melayu sebagai pemilik tanah itu akan terjamin.
Dari segi politik sekarang jelas kelihatan bahawa bukan sahaja tanah rizab Melayu yang telah hilang malah tanah di luar rizab Melayu telah juga dilupuskan dengan sewenang-wenangnya kepada bukan Melayu dan bukan warganegara.
Masalah politik tanah rizab Melayu akan berterusan hingga ke akhir zaman selagi kerajaan tidak berani merizabkan 50 peratus atau 16.1 juta ekar daripada semua tanah untuk  dijadikan  rizab  Melayu  mengikut  peruntukan  perkara  89  Perlembagaan Persekutuan.
 Kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, api dan sebagainya  dikawasan  simpanan  Melayu   masih  belum  wujud.  Factor  ini  boleh  mempengaruhi  perkembangan dan pembangunan sesuatu kawasan tanah simpanan Melayu.
Kewujudan beberapa kemudahan asas itu akan menarik minat lebih ramai mereka yang ingin membangun dan memajukan kawasan tersebut.

( Persoalannya sampai bila kerajaan akan terus tenggelam dan meminggirkan  pembangunan dikawasan tanah rizab melayu ini ? Adakah kerajaan memang tiada kemampuan atau sengaja mahu mengambil sikap berdolak dalik kerana tiada apa apa keuntungan segera jika dana kerajaan disalurkan untuk membangunkan kawasan ini !! Ketidakjelasan dasar kerajaan memang nyata dan tanah rizab melayu ini terus diketepikan pembangunannya . Kemerdekaan tidak mempunyai makna langsung bagi peribumi untuk mengecapi kemajuan dinegara sendiri . Sudah tiba masa untuk kerajaan mengubah dasar dan melihat potensi keberadaan majoriti Bumiputera yang tersepit dan membantu menyediakan dana secukupnya untuk membangunkan ekonomi dan sosio budaya disekitarnya ) .




Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK