Cendikiawan Islam takut atau cetek ilmu , jesteru tak mampu tegakan kebenaran !!

بسم الله الر حمن الر حيم

Sedutan kenyataan dan pendirian Dr Mohd Asri spt dilaporkan jelas tiada keteguhan dan kenyakinan pegangan tentang suatu kefahaman menegakkan Islam sebagai agama yang perlu dijadikan anutan setiap insan , hanya memberikan ulasan yang lemah dan menidakan keunggulan ajaran Islam sebenar yang perlu dijadikan wadah kepemimpinan dan pemerintahan  sebuah negara Islam .


Jika diteliti kosakata ayat ditegaskan jelas memperlihatkan kelemahan dan kecerdasan merungkaikan ketelusan dan kebenaran jalan sebenar yang mesti diadaptasikan untuk dianuti persis menegakan kesucian Islam itu sendiri , dengan teka teki logika akalnya sendiri .

Perbedaan pandangan ini jelas memperlihatkan ketandusan  Ilmuan dengan kepintaran mengarahkan keserasian fahaman jalan kebenaran Islam . Apakah jalan yang jelas benar dijadikan asas Islam tidak diterangkan dengan yakin serta jelas dan hanya dimanipulasikan kebijakan akal tanpa sandaran Al Quraan dan As Sunnah yang mana sepatutnya mesti ditegakan sebagai arah tuju kepemimpinan pemerintahan Islam.

Mana satu yang lebih Islamik ? UMNO atau PAS ? Tiada jawaban jelas dan kukuh dari seorang Ilmuan yang dikatakan berketerampilan dengan kepakaran dan kefahaman Islam .

Jesteru itu diharapkan JAKIM atau Persatuan Ulama  Malaysia atau Majlis Raja Raja tampil menunjukan kewibawaan fahaman hadir kedepan menjelaskan asas asas kukuh bersandarkan ajaran Islam sebenar  untuk meleraikan perbedaan antara keserakahan kepemimpinan dua parti dominasi Melayu Islam ini .

Kenapa tidak ada keberanian yang jelas dan tekal untuk seorang Ilmuan Islam menyatakan kebenaran , biarkan ianya pahit untuk ditelan jika ianya  dapat memberikan penjelasan dan kefahaman kepada seluruh masyarakat awam yang memang haus dan dahaga ilmu Islam. Usahlah terus mengetengahkan pelbagai alasan tanpa ada ketegasan dalam menegakan anutan dan kefahaman Islam .

Rujuk sedutan : berita sepenuhnya

“ Saya tidak setuju Pas jadi UMNO  dan saya tidak setuju UMNO jadi Pas. Kita perlu ’check and balance’ dalam negara. Tetapi apa yang penting adalah Pas tahu menilai UMNO sebagai saudara muslim, begitulah sebaliknya.

”Kita lihat parti-parti lain mereka bijak. Mereka bertarung atas parti sahaja dan atas pentas politik sahaja. Kenapa kita orang Islam tidak boleh ikut,” ujarnya.
Beliau seterusnya berkata tidak salah kedua-dua parti iaitu UMNO dan Pas duduk semeja  kerana itu yang dituntut di dalam Islam "

Alangkah jelas bahawa cerdik pandai agama dewasa ini terus menyepi dan bersembunyi untuk terus berteka teki dengan kejelekan pemikiran mengabui mata dan minda masyarakat awam yang jelas memang cetek  ilmu . Jesteru itu ketegasan menyatakan pendirian adalah amat perlu demi mengungguli kesucian anutan agama Islam .
Adakah  Cendikiawan Islam malu atau kelu untuk tegas dan berani muncul dengan tekat untuk mengukuhkan perpaduan dan kefahaman Islam yang sebenar  disisi masyarakat  ?

ADAKAH PERTARUNGAN KUDRAT ATAU AKAL MEMBENARKAN PERBEDAAN  MENEGAKAN KEBENARAN  DAN KESUCIAN ISLAM DIANTARA ORANG ISLAM ?
JALAN YANG LURUS ITU MESTI DINYATAKAN DENGAN JELAS SEBAGAIMANA DITUNTUT MENGIKUT KETENTUAN ALLAH JUA !!!

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga