subsidi subsidi - siapa yang jadi pencuri !!

بسم الله الر حمن الر حيم



Kerajaan tak  habis habis cerita bab subsidi  !! Keujudan sebuah negara didokong kekuatan dalam pelbagai aspek  kemasyarakatan dan keutuhan pemerintahan dengan menekankan keamanan dipersekitarannya .
Kehidupan rakyat Malaysia  dilindungi suara majoriti  di bawah naungan pemerintahan yang dipilih olih rakyat untuk mengurus tadbir  Negara ini .Malaysia mempunyai  hasil bumi yang banyak yang mampu diterokai  dan dibangunkan bagi kemaslahatan hidup  warganegaranya .
KUALA LUMPUR, 24 Mei 2011 – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai dan ditadbir mereka sebagai lambang dan bukti bahawa mereka benar-benar bijak dan kononnya prihatin dengan rakyat.
”Sebagai contoh, RON95 sekarang berharga RM1.90 manakala RON97, RM2.90, masa saya nak mencabar kerajaan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan supaya menurunkan RON97 itu kepada RM1.90 supaya sama dengan RON95. Kalau mereka tak boleh buat, jangan tuduh BN barang naik”, katanya.umno cabar pembangkang ??

Kemajuan Malaysia dipacu dengan kebersamaan keterampilan masyarakat dan hasil yang diperolihi tentunya untuk dikembalikan semula kepada masyarakat yang mendokong pembentukan dan pengembangan ekonomi  Negara .
Semua rakyat sepatutnya menerima tempias hasil Negara . Jesteru hal subsidi ini tak perlulah digembar gemburkan , kerana ianya adalah tanggungjawab sebuah kerajaan untuk membantu rakyatnya sendiri .
Kitaran hidup ini akan berterusan , subsidi hanya satu jalan untuk mengurangkan beban saraan rakyat .
Jika kerajaan memang megah untuk memajukan pencapaian ekonomi dan standing dengan Negara Negara lain , bab subsidi ini tidak perlu dijadikan alasan atas kegagalan kerajaan melaksanakan dasar dan strategi menguruskan dana kerajaan . Keutamaan adalah kepentingan rakyat mesti diberikan ruang yang selesa untuk berdiri sama tinggi dan mengecapi apajua kemajuan yang dicapai dinegara ini .
Kenaikan  harga minyak dipasaran dunia tidak bolih dijadikan alasan kerajaan untuk menyatakan barangan lain juga akan turut sama mengalami kenaikan . Jika kerajaan memang berusaha kearah mengurangkan beban saraan rakyat , sudah pasti kerajaan akan mengambil inisiatif bagi mengawal kenaikan barangan dinegara ini dengan kepakaran sedia ada dan pemikiran minda kelas pertama yang sering dicanangkan .
 Dana Negara yang disubsidikan itu sudah menjadi kewajiban kerajaan !! Jika kerajaan merasakan beban , maka kerajaan mesti berusaha melipatgandakan usaha untuk meluaskan lagi sector  pertanian agar Negara ini tidak mengalami kekurangan makanan .
Jika kini kerajaan  mengimpot pelbagai bahan makanan dari luar , bukankah negara ini juga masih mampu untuk meluaskan kawasan pertanian dan menambahkan bahan yang sama diperlukan rakyatnya .
Sumber dana kerajaan amat luas dan seharusnya dana itu diurus tadbir bagi kepentingan rakyat . Tak perlulah kerajaan mendabik dada melaung laungkan keperihatinan kepada rakyat jesteru subsidi  itu memang tanggungjawab kerajaan menjaga kepentingan seluruh rakyatnya . 
Jika konsep rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan , KENAPA kerajaan  terus memutarbelitkan  isu subsidi , sebaiknya kerajaan mencari jalan yang terbaik untuk membuka ruang dan laluan agar kegawatan itu dapat ditangani dengan  bijaksana .
Mana perginya Minda Kelas Pertama ?  Pilihanraya dan kuasa usah dicampur adukkan , mentadbir negara mesti  diutamakan dengan minda yang terbuka , bukan menempelakan wibawa orang lain yang tidak mendapat kuasa mentadbir  Negara !!
Kerajaan seharusnya membentangkan semua permasaalahan dan menerangkan semua jalan penyelesaian dan menambahbiakkan pengurusan dan melaksanakan pengembangan pembangunan yang mampu menjana dan memberikan keuntungan  serta menambahkan perolehan dana Negara untuk dikongsikan  .
Jika kerajaan sedia ada terus menerus melaungkan kekusutan dan kegagalan , masyarakat tentu merasakan bahawa keupayaan pemerintah sedia ada memang jelas kurang atau memang tiada keupayaan untuk menguruskan dana dan kepentingan perlaksanaan seluruh  jentera  urus tadbir Negara , dan kemungkinan peralihan kuasa saja yang bisa merungkaikan segala kekusutan  minda kepemimpinan sedia ada .
Olih itu usahlah terus menerus mempolitikkan isu isu subsidi jesteru  ianya hanya menampakkan kecacatan imej dan memberikan persepsi yang negatif . Sebaiknya kerajaan meneruskan agenda pengembangan pembangunan dan membuat kajian untuk menambahbaik perolehan dana Negara demi kepentingan rakyatnya .
Buktikan bahawa kepemimpinan sedia ada mempunyai minda kelas pertama sebagaimana dilaung laungkan untuk meraih sokongan dan dokongan suara dalam memanipulasikan  agenda untuk memenangi  hati rakyat dan mengekalkan kuasa  pemerintahan negara.
Adakah Malaysia sebuah Negara miskin ?
Adakah kepemimpinan Negara ini gagal mentadbir urus dana dan perolehan Negara ?
Adakah kepemimpinan negara hanya mementingkan persekitaran segolongan bangsawan dan terus menerus membebani majoriti masyarakat yang masih diperhambakan minda dan persekitaranya ?
Apakah yang hendak dibanggakan kerajaan tentang pencapaian pembangunan tetapi disisi lain mojoriti rakyat terpinggir dan sentiasa dalam kesukaran meraih impian ?
Lebih malang lagi masyarakat terus menerus dibebani hutang  untuk menyokong dan mendokong pembangunan dan kemajuan Negara . Perhambaan minda ini akan terus menerus dimanipulasikan demi mengaut keuntungan dan kemewahan segolongan manusia yang memang gagah dengan kuasa tetapi  memperhambakan kudrat dan kehidupan rakyat .
Sampai bila rakyat nak dijerat olih pemimpin yang hanya mahu mengekalkan kuasa dan pangkat serta hidup secara terhormat , akan tetapi secara halus menghisab darah dan keringat rakyat .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga