Kemurnian Islam diputarbelitkan demi kuasa dan pengaruh

بسم الله الر حمن الر حيم

JAKIM DAN PERSATUAN ULAMA MALAYSIA MESTI BERANI BANGKIT DAN MENJELASKAN DENGAN TEGAS TENTANG KEFAHAMAN AKIDAH YANG DIBAWA OLEH INDIVIDU ATAU GOLONGAN YANG MEMANG JELAS BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM YANG SEBENAR .

PENJELASAN TENTANG PERBEDAAN KEFAHAMAN INI MESTI DIJELASKAN DENGAN FAKTA FAKTA LENGKAP TENTANG FAHAMAM YANG DISEBARKAN DAN JANGAN SEGAN SILU MENYATAKAN SIAPAKAH INDIVIDU INDIVIDU TERLIBAT .

MEMANG TELAH JADI PEMBICARAAN UMUM TENTANG KEGIATAN YANG SONGSANG DAN JELAS TELAH  MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN ORANG ISLAM , YANG DITONJOLKAN OLEH KELOMPOK NGO NGO ATAUPUN PARTI PARTI POLITIK DAN ORANG PERSEORANGAN , JESTERU KETEGASAN PIHAK BERKUASA DALAM MENGUMUMKAN KEPADA ORANG RAMAI AKAN KESAMARAN DAN PERBEDAAN AKIDAH ISLAM ITU MESTI  DIRINCIKAN DENGAN JELAS DEMI KEMURNIAN ISLAM.


Intelektual Islam makin ghairah menggugah minda awam untuk terus gagah mendepani wadah perjuangan Islam , akan tetapi meminggirkan perpaduan dan dimasa yang sama menjauhi Ukhuwah Islamiah  . Mereka membelakangkan pandangan majoriti pemikiran Cendikiawan Islam dan tanpa segan silu menerjah minda awam dengan fatwa dan saran tanpa kesepakatan pandangan . Inilah wajah sebenar yang menanamkan bibit bibit perpecahan jika kesederhanaan Islam jelas tidak diambil sebagai jalan memperjuangkan kebenaran dan jajaran keteguhan Akidah  Islam .



Faham liberalisme makin menular dan menggamit kekalutan minda orang awam dan memberikan kesan serta implikasi keatas sosio budaya dan peradaban Islam . Mereka gagah menerapkan arah tuju dengan ciri ciri keasyikan dan logika pandangan menjurus kearah kebaikan , tetapi didalam waktu yang sama melebarkan kefahaman yang melencong dari prinsip dan akidah Islam , dengan membelakangkan pandangan majolriti pemikir dan ilmuan Islam di negara ini . Jelas sekali kehadiran golongan cerdik pandai Islam ini , memberikan cabaran dan ancaman keatas persekitaran kehidupan masyarakat Islam.

Jika perbedaan hala tuju  untuk memurnikan agama Islam ini tidak ditangani dengan kebijakan pihak berkuasa , sudah pasti ianya akan terus meluas dan memungkinkan ketidaktenteraman  dan lebeh dari itu akan mengakibatkan pertelagahan dan menjejaskan keamanan negara . Jesteru pihak berkuasa agama mesti bangkit dan menegaskan tentang kebenaran sesuatu kefahaman yang bertentangan yang dibawa olih orang perseorangan dan parti politik demi menjaga keutuhan Akidah masyarakat Islam dinegara ini.

Pihak berkuasa seharusnya tidak berselindung dengan apajua pandangan tentang sesuatu kefahaman yang jelas bertentangan dan tidak gusar untuk menunjukkan keterlanjuran seseorang secara terang terang dengan alasan yang kukuh dan berlandasan fakta fakta kebenaran kecelauran akidah yang bertentangan , agar masyarakat jelas akan keberadaan golongan golongan  tersebut . Jika pihak berkuasa tidak berani tampil dengan fakta fakta yang jelas , maka situasi ini akan berterusan kerana golongan ini menganggap , tiada siapa yang berani muncul menegah laluan mereka untuk terus kedepan mendominasi pemikiran orang awam . Adakah pihak kuasa tidak mampu menegaskan kesalahfahaman tentang akidah golongan ini ?

xxx lihat sini

Umat Islam diminta bersatu - Jamil Khir
KUALA LUMPUR 4 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengajak semua umat Islam di negara ini kembali bersatu setelah sekian lama mereka berpecah.

Beliau berkata, saranan itu perlu disahut kerana tambahan ia merupakan satu tuntutan yang amat ditekan di dalam Islam.

''Percayalah sekiranya kita kembali bersatu padu, Malaysia mampu muncul negara yang lebih hebat lagi disebabkan adanya perpaduan yang mantap di kalangan rakyat.

''Oleh itu saya amat berharap laungan perpaduan yang sering diucapkan para pemimpin kita dihayati dan disahut oleh semua pihak,'' katanya ketika dihubungi di Mekah.

Beliau berada di sana kerana menghadiri mesyuarat menteri- menteri haji.

Semalam, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak- pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Dr. Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

Mengulas lanjut Jamil Khir berkata, sememangnya perpecahan di kalangan umat Islam telah lama berlaku iaitu sejak kewafatan Rasulullah SAW.

''Ekoran daripada itu umat Islam hilang kekuatan dan kehebatan,'' ujarnya.




Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.

Beliau berkata, sebagai seorang mufti, sepatutnya sebelum mengeluarkan apa-apa pandangan perlu memahami tentang gambaran sesuatu hukum tersebut.

“Dia kenal ke siapa Umno yang sebenarnya? PAS menolak tentulah ada sebab. Jangan disebabkan Juanda makan gaji dengan Umno, dia boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu (pengkhianat Islam).

“Adakah dia (Juanda) nak kita bersekongkol dengan parti yang terbukti banyak melakukan pengkhianatan terhadap amanah rakyat, dengan soal rasuah yang banyak melibatkan orang di dalam parti itu,” katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub hari ini menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Sehubungan itu Salahuddin (gambar) menambah, tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.

Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.

“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.

“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.

Malah kata beliau, perpecahan tidak berlaku tetapi cuma wujud perbezaan politik.

“Kita tidak memutuskan silaturrahim sehingga membawa kesan yang besar kepada umat Islam,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau juga berkata, perpaduan atau penyatuan tidak semestinya perlu berada di bawah satu bumbung dan kenyataan Juanda semalam sama sekali tidak praktikal dan tidak wajar.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.

“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.

“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh. lihat sini

lihat pembicaraan lanjut : MUFTI PERLIS WAJIB BERTAUBAT

Di manakah tegaknya kebenaran Islam untuk diketengahkan jika cerdik pandai Islam terus bungkam dan melihat dengan keterujaan tetapi gagal membantu untuk memupuk perpaduan dan kesejahteraan serta keagungan  peradaban Islam ?

 coretan sepintas lalu :-

Dasar dan strategi kerajaan dalam membangunkan keutamaan ekonomi Islam didalam semua bentuk  perlaksanaan yang diambil didalam mentadbir dan mengurus  negara  dilihat kurang jelas dan diyakini , jesteru menambahkan kecelaruan dan perdebatan . Kebiasaan kerajaan memberikan tumpuan dan keutamaan  keatas persoalan seperti dibawah  sebagai tujahan memacukan pertumbuhan ekonomi dan sosio budaya . Jesteru persoalan ini kemungkinan bisa dipertanggujawabkan dengan ketelusan pembuat dasar dalam menegakan kebenaran dan kedaulatan negara  dimana agama Islam adalah agama Persekutuan .
Meminggirkan sistem sosialis dengan tidak memonopoli  ekonomi dan mengungguli dokongan swasta  dalam memacu pengembangan asas ekonomi  negara dilihat mampu membawa negara mencapai matlamatnya namun , jurang  kesamarataan makin melebar dan meluas serta gagal ditangani dengan telus dan jelas hingga membebani  majoriti  rakyat pertengahan dan bawahan.  Lantaran itu diajukan soalan soalan berkaitan agar dikaji seiring dengan kepentingan agama Islam dan mencernakan perlaksanaannya .

1.        Adakah kerajaan telah berjaya memperkukuhkan pertubuhan asas ekonomi  dengan mapan  mengikut  dasar Islam ?

2.       Adakah kerajaan  mampu memperkuatkan asas ketahanan ekonomi  dari sebarang kejutan pergolakan  dunia  masa kini ?

3.       Adakah kerajaan  kekal dalam usaha  untuk meningkatkan keupayaan dalam melawan dan mengimbangi persaingan globalisasi  ?

4.       Adakah kerajaan melaksanakan dasar yang telus untuk mempergiatkan pelaburan swasta dalam negara  bagi memacukan kembali  jentera pertumbuhan nya ?

5.       Adakah kerajaan melebarluaskan penerokaan sumber  baru  bagi pertumbuhan  ekonomi yang telus bagi semua pihak ?

6.       Adakah kerajaan telah berjaya  menerapkan peralihan teknologi baru secara konsisten  seiring pemantapan kualiti tenaga kerja yang berpengetahuan ?

7.       Adakah kualiti sumber manusia telah mapan dan mampu  memenuhi  keperluan ekonomi  dengan nilai tambah yang lebih tinggi ?

8.       Adakah kemampuan kerajaan dalam membangunkan masyarakat yang lebih adil dengan pengagihan kekayaan seimbang dan pembangunan samarata telah mampu dilaksanakan ?

9.       Adakah pencapaian dalam menerapkan nilai nilai hidup bersesuaian dengan kemampuan semua kaum telah dilaksanakan dengan telus ?

10.   Adakah kerajaan kini berjaya meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam memacu pertumbuhan ekonomi  dan memberikan kesejahteraan tanpa  halangan ?

11.   Adakah infalsi yang rendah menunjukkan  tabungan negara mencukupi dalam mengimbangi  daya pembayaran dan kadar pertukaran yang stabil ?

12.   Adakah sektor kewangan  dan pasaran modal negara ini  bergerak dengan lebih baik dan menunjukkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran korporat ?

13.   Adakah kedudukan fiskal  diurus dengan berhemat  dan telus ?

14.   Adakah kerajaan memang jelas mempunyai keikhlasan untuk membangunkan ekonomi seiring dengan dasar sebuah negara Islam ?


ORANG MELAYU ISLAM MESTI LIHAT , USAH JADI KEPARAT !!

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga