Ralat : Budget yang miskin akan terus terkial kial cari makan
بسم الله الر حمن الر حيم
Kerajaan mencanangkan akan membentangkan Bajet 2012 di Parlimen pada 7 Okt, 2011 yang dikatakan bersifat inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi bermatlamatkan kejayaan untuk merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020 .
Dalam waktu sama dasar dan strategi kerajaan dalam melaksanakan usaha menyediakan pendekatan dan penyelesaian inovatif terhadap peruntukan dan perlaksanaan Bajet 2011 - RM 212 billion , 2.8 peratus lebih tinggi daripada Bajet 2010 yang telahpun dicanangkan sebelumnya dilihat masih gagal menepati sasaran dan hala tuju untuk merealisasikan Malaysia sebagai Negara yang berpendapatan tinggi , apalagi untuk mensasarkan Negara sebagai Negara maju menjelang 2020 .
Kerangka Kerja dasar Model Ekonomi Baru ( MEB ) dikatakan mampu mendepani pendekatan untuk mentransfomasikan Negara kearah pencapaian yang mapan yang telah pun dilaksanakan dan akan diteruskan ,sedangkan ianya adalah harapan kerajaan dalam mengatasi kesesuaian persekitaran dan perkembangan dunia masakini ,yang dilihat tidak menampakan kesan yang memberansangkan bagi pertumbuhan ekonomi , jesteru setiap tahun kerajaan akan menyediakan Bajet Baru dan ini akan berteruskan .
Dasar dan strategi kerajaan tertumpu pada pembentangan Bajet yang diletakan sebagai asas pencapaian dan kemampuan kerajaan menyediakan dana yang lebih besar setiap tahun , akan tetapi kekalutan perlaksanaan dasar itu tetap kabur dan malap hingga kemampuan untuk menjadikan perlaksanaan mapan telah terarah kepada kegagalan dan pasti akan muncul lagi dasar dan strategi yang terus dicanangkan dalam Bajet Bajet akan datang .
Rancangan Malaysia ke sepuluh telah pun dilaksanakan , manakala Program Tranfomasi Ekonomi (ETP) dan Program Transfomasi Kerajaan (GTP) dijadikan asas yang kukuh untuk transfomasi ekonomi dan kerajaan , akan tetapi inisiatif ini masih gagal , jester u dasar dan strategi perlu diperkukuhkan setiap kali Bajet akan dibentangkan kerajaan , seolah olah kerajaan mampu mengekalkan dan mengimbangi prinsip 1Malaysia , dimana setiap rakyat diberikan tempat dan ruang serta peranan mengikuti perjalanan transfomasi pembangunan yang dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan secara berterusan dengan pertambahan dana menerusi Bajet yang berkesinambungan .
Persoalannya adalah , setelah kerajaan bertungkus lumus mengarahkan pembuat dasar kerajaan menyediakan kehebatan dasar dan strategi untuk dilaksanakan dan direalisasikan saban tahun , jangkaan jangkaan keberhasilannya masih juga mendatar jesteru kegagalan perlaksanaan yang kurang telus dan mantap ini bukan satu alasan dipihak kerajaan menyatakan pendirian bahawa semua dasar itu menetapi keunggulan dan kesamarataan bagi kepentingan rakyatnya .
Kerajaan dilihat begitu komited dengan dasar dan strategi nya tetapi peningkatan proses transfomasi itu makin goyah jesteru semua dasar dan strategi kerajaan selama ini tidak disasarkan dengan keseimbangan dan kesamarataan pecahan majoriti kependudukan yang memang haus untuk terus berada disekeliling pembangunan Negara .
Kerencaman politik dan jurang kesamarataan ekonomi serta keberadaan sosio budaya masyarakat Negara ini juga telah memperlihatkan betapa ketidakseimbangan dan kelemahan dasar dasar dan strategi yang telah dilaksanakan olih kerajaan selama ini . Jurang ekonomi rakyat semakin melebar dan pembangunan bandar makin terserlah , manakala diluar bandar masih terpinggir dari kemajuan sebenar .
Jika dikatakan GTP menghasilkan keputusan yang ketara dalam mengurangkan jenayah, kemiskinan dan rasuah, selain meningkatkan akses kepada infrastruktur asas, keputusan pendidikan dan pengangkutan awam Bandar , apakah perlaksanaan dan pencapaian nya itu mencerminkan ketelusan kerajaan dalam mengatasi jurang dan persepsi masyarakat secara keseluruhannya ?
Apakah yang perlu dibanggakan kerajaan dalam perlaksanaan enam bidang keberhaslan utama Negara (NKRA) untuk rakyat ?
Suntingan kenyataan pihak kerajaan adalah :
Kenyataan kerajaan tentang dasar dan strategi ETP, sejak pelancarannya pada 25 Okt tahun lepas, 54 projek permulaan (EPP), yang merupakan 41.2 peratus daripada keseluruhan 131 projek, sudah memulakan operasi.
Pelaburan berjumlah RM106.4 bilion dijangkakan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM153.8 bilion dan mewujudkan 298,865 peluang pekerjaan.
Ia merupakan pencapaian yang ketara dalam tempoh yang pendek . pelaksanaan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT), serta aktiviti pelaburan yang semakin meningkat di koridor-koridor wilayah, terutama di Iskandar Malaysia, akan membantu mengekalkan momentum pertumbuhan.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 7.2 peratus pada 2010, melepasi unjuran awal sebanyak 7.0 peratus , prestasi pertumbuhan yang menggalakkan disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang pesat. Usaha untuk mencatat pertumbuhan 6.0 peratus, disebalik faktor luaran, krisis di Timur Tengah dan Afrika Utara terus menjejaskan pasaran minyak mentah dunia, dengan gangguan bekalan telah meningkatkan harga makanan dan komoditi lain.
Inflasi tolakan kos semakin meningkat dan merupakan cabaran besar kepada banyak negara, termasuk Malaysia.
Krisis hutang negara di beberapa ekonomi di Eropah menimbulkan risiko penurunan terhadap kestabilan kewangan dunia dan pemulihan ekonomi di negara maju terus perlahan manakala Jepun perlu melaksanakan pembangunan semula besar-besaran selepas malapetaka tsunami serta krisis nuklear .
Dalam negara, sumbangan pelaburan swasta terhadap KDNK masih rendah, sebanyak 10.7 peratus pada 2010 berbanding 30.3 peratus sebelum krisis kewangan Asia pada 1997/1998.
Peningkatkan hubungan pelaburan dan perdagangan dengan negara yang pesat berkembang di Asia, terutama China dan India masih perlu diterokai bagi mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan modal insan supaya dapat menyokong ekonomi baharu.
Kerajaan akan memastikan daya saing Malaysia terus kukuh, dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti bernilai tambah yang tinggi dan produktiviti, dan pada masa yang sama memperkukuh dan memastikan persekitaran yang menggalakkan inovasi dan kreativiti.
Kerajaan akan memberi tumpuan dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana yang inovatif dan meluaskan akses kepada risiko modal terutama pada pembiayaan peringkat awal.kedudukan fiskal, dan pengurusan kewangan berhemat perlu dilaksanakan bagi memastikan kemampanan fiskal.
Kerajaan komited sepenuhnya dalam memastikan rakyat menikmati kualiti hidup yang lebih baik . Cabaran baharu, termasuk peningkatan kos hidup dan perumahan mampu milik, terutama di kawasan bandar, manakala peningkatan kos menyediakan perkhidmatan kesihatan, akan ditangani segera.
Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif bagi menangani impak peningkatan harga makanan selain memudahkan bekalan perumahan.
Isu Bajet terus dicanangkan sedang perlaksanaan hanya tinggal harapan tanpa kesudahan !!
Bajet 2011 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat ini dijangka lebih menumpukan kepada usaha memantapkan dasar- dasar baru kerajaan. dasar-dasar itu termasuklah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).akan diberi pendekatan lebih lanjut oleh kerajaan kerana ia penting sebagai sebahagian langkah yang digariskan untuk mencapai wawasan ekonomi berpendapatan tinggi dasar-dasar lain yang bakal menjadi tumpuan pada Bajet 2011 ialah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
Sampai bila agaknya Bajet ini disasarkan untuk terus kekal mendominasi pembangunan dikawasan Bandar dan persekitaranya , sedangkan pembangunan diluarkan Bandar bergerak begitu perlahan seakan akan didiamkan olih kerajaan .
Jika ini berteruskan sudah tentu jurang ekonomi dan sosio budaya dibandar dan luar Bandar terus gagal diseimbangkan dan tentu sekali ianya jelas menunjukan ketidaksamarataan pembangunan untuk kepentingan seluruh rakyat .
Majoriti masyarakat luar Bandar juga mahu mengecapi pembangunan dikawasan mereka dan melihat bangunan bangunan seperti kota besar ujud dibandar bandar sekitarannya .
Jika kerajaan mampu membangunkan semua Bandar Bandar kecil diluar Bandar , sudah tentu pertumbuhan yang seimbang dalam menjayakan pembangunan itu dapat dirasai masyarakat secara keseluruhannya .
Kerajaan dilihat terlalu mementingkan pembangunan di zon Bandar besar dan terus menerus memberikan sokong pihak swasta untuk bertumpu kekawasan kawasan tersebut hingga gagal menggugah pihak swasta untuk beralih kekawasan luar Bandar sedangkan infrastruktur di Negara ini telah mampu mendekatkan jarak zon luar Bandar dan Bandar untuk dikembangkan tanpa melihat kepada keuntungan jangka pendek tetapi akhirnya meninggalkan kesan yang besar terhadap corak ekonomi dan sosio budaya masayarakat secara keseluruhannya.
Adakah keutamaan dasar dan strategi kerajaan ini akan terus dilaung laungkan tetapi tujahannya tidak dapat dimanfaatkan dipersekitaran majoriti masyarakat Negara ini ?
Kepentingan majoriti kaum seharusnya dijadikan asas dalam membuat apajua dasar agar ianya dapat diseimbangkan tentang pencapaian disegi ekonomi dan sosiobudaya dan seterusnya mampu memberikan ruang pembangunan itu dinikmati dan mempertingkatkan kualiti hidup disekitarnya .
Jika matlamat untuk rakyat didahulukan , sudah semestinya Bajet yang dibentangkan itu telahpun memberikan impak yang besar sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dengan kepelbagaian dasar dan strategi kerajaan yang dilaksanakan , sedangkan jurang pertumbahan pembangunan antara Bandar dan luar Bandar makin tidak seimbang .
Adakah sistem perlaksanaan yang digubal untuk diterapkan memang meminggirkan kawasan kawasan yang dianggap tidak strategik , sedangkan perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan lain dinegara ini sudah berada ditahap yang amat baik yang boleh dijadikan sandaran untuk menjangkau kawasan kawasan luar Bandar , jika memang kerajaan mahu berbuat demikian .
Kemungkinan keuntungan jangka pendek tidak mampu memberikan pertumbuhan segera , jesteru itu kerajaan enggan menggalakan mana mana pihak untuk mendepani pembangunan itu . Jika ada kesungguhan kerajaan merubah dasar , sudah tentu dalam jangka masa panjang pasti ia akan memberikan impak yang amat besar dan kesan ketidakseimbangan pembangunan akan dapat diatasi dengan kesamarataan hak dan pencapaian kerajaan membangunkan negara maju dan berpendapatan tinggi dapat dirasai olih semua rakyatnya .
Sampai bila agaknya kerajaan akan terus menguntungkan pihak swasta ( Bukan Bumiputera) dalam perlaksanaan pembangunan Negara dan natijahnya majoriti rakyat miskin akan terus miskin dan terkial kial mecari ruang dibalik keindahan bangunan tinggi dipersekitaranya . Bumiputera terus tersepit jesteru keupayaan mereka tidak didokong kerajaan dalam mengadaptasikan kepakaran dan keterampilan serta kekuatan . Pengembangan syarikat milik bumiputera seharusnya didokong dan disokong dengan dana kerajaaan , jesteru pulangan dan kerugian pasti tidak akan berlaku jika keterlibatan mereka dalam pembangunan itu akan melebarluaskan kepakaran dan kemudahan pembahagian kekayaan Negara untuk dinikmati bersama , majoriti penduduk bumiputera dinegara ini . Jika tiada dokongan kerajaan sudah pasti syarikat bumiputera ini akan terus terkial kial jester dana besar tidak mampu diujudkan untuk mengembangkan kepakaran dan skop perlaksanaan keterampilan kerja yang memang mampu dilaksanakan tetapi kekurangan sumber untuk menerokai persaingan ekonomi dengan bukan bumiputera yang memang jelas telah berkembang biak dan memonolpoli ruang pembangunan yang diujudkan kerajaan .
Comments