UMNO tak perlu layan PAS dan PKR
بسم الله الر حمن الر حيم
Pas Boleh Bersama UMNO Perjuangkan Islam, Bukannya Dap – Najib
Kerjasama UMNO-Pas, Tiada Sebab Yang Boleh Jadi Halangan
Pas Boleh Bersama UMNO Perjuangkan Islam, Bukannya Dap – Najib
JENGKA, 27 Feb – Pas perlu mencari rakan yang benar-benar mengetahui mengenai Islam jika benar mereka ingin memperjuangkan Islam di negara ini, bukannya dengan mereka yang jahil mengenai Islam.najib
Umno will not forgo principles of struggle - Muhyiddin
Kerjasama UMNO-Pas, Tiada Sebab Yang Boleh Jadi Halangan
PUTRAJAYA 4 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Pas yang mendakwa boleh bekerjasama dengan DAP tanpa terlalu merujuk kepada prinsip perjuangannya sepatutnya mengambil sikap sama untuk bersepakat dengan UMNO.hishammuddin
BN Tetap Konsisten Dalam Perjuangannya Walaupun Ditakdirkan Pas Bersama UMNO
KUALA LUMPUR, 2 Mei – Barisan Nasional (BN) akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat berbilang kaum di negara ini dan tidak akan meminggirkan parti-parti komponen lain walaupun ditakdirkan Pas menyertai parti itu.
Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata BN tidak mengharapkan Pas menyertainya namun saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya parti itu meninggalkan pakatan pembangkang adalah atas dasar perjuangan sesama kaum Melayu yang beragama Islam.
“Kita tegas dalam UMNO, perjuangan kita dan 1Malaysia konsisten. Tak ada masalah. Kita berjuang untuk agama, bangsa dan negara dan pada masa yang sama kita jaga semua,” katanya.khairy jamaluddin
UMNO TAK PERLU KALUT , TAK PAYAH SEBUT DAN TAK PAYAH LAYAN , BIARKAN PAS , PKR DAN DAP DENGAN KEKALUTAN PRINSIP PERJUANGAN MEREKA . SUDAH TIBA MASA BAGI UMNO (BN) AGAR TIDAK SEBUT NAMA NAMA MEREKA DALAM KENYATAAN UMUM , PIDATOKAN SAJA KEKENTALAN DAN TUJAHAN MENEGAKKAN KESEDERHANAAN MENGIKUT TUNTUTAN ISLAM. KEPADUAN SUARA UMNO(BN) AKAN MELENYAPKAN KEGHAIRAHAN DAN KERAKUSAN DAN MENENGGELAMKAN PEMBANGKANG .
Kepemimpinan tinggi Umno tak payah kalut untuk terus meniupkan angin perubahan keatas dasar pembangkang terutama PAS , PKR dan rakan pakatan yang terang terang bergelumang dalam kekufuran dan kebejatan dasar perjuangannya.
Sebagai tunjang Barisan Nasional , Umno mesti tegak dan tekal mendakwahkan rakan perjuangan dalam Barisan Nasional yang masih bergelumang dengan kekalutan pemikiran . Kekalutan dan kefahaman pimpinan Umno mesti dibenturkan agar selaras dengan ketentuan melestarikan keagungan Islam .
Fenomena mengejar kekuasaan melalui politik memerlukan kekuatan dokongan dan sokongan masyarakat disekitarnya , jesteru Umno tak perlulah menggugah PAS , PKR atau DAP dll . parti pembangkang , yang memang jelas mempertikaikan dasar dan strategi kerajaan selama ini . Apa yang perlu ditegakan oleh Umno adalah kekuatan Akhlak Islam dalam menangani isu isu dalaman Barisan Nasional agar ianya mampu diteladani dan diyakini bahawa perjuangan Umno memang jelas menyemarakan perpaduan dilandasan yang betul selaras dengan pegangan Akidah Islam .
Pembangkang jelas berdiri disisi radikalisme dan liberalisme dalam memupuk dan menegakan perjuangan mereka dan hanya menggamit perpecahan dan kecelaruan pemikiran umum , maka Umno mesti gagah menerjah tanpa gundah akan prinsip perjuangan nya , yang mampu diterjemahkan dengan melaksanakan dasar dasar selaras kepentingan agama Islam . Islam jelas mengutamakan perpaduan dan kepentingan keamanan sejagat , dan Umno mesti bergerak tanpa menoleh kebelakang dalam menunjukan jalan keutamaan Islam didalam semua prinsip perjuangan , jika mahu terus menjadi tunggak yang mentadbir kerajaan dalam Barisan Nasional .
Umno jangan sekali kali menyalahkan dasar dan perjuangan pembangkang , biarkan mereka bergerak bebas asal saja mereka tidak melangkaui batas kemanusiaan dan menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara .
Suara dan kekuatan Umno masih mampu untuk melenturkan kefahaman mereka mereka yang tidak memahami dengan jelas dasar dan prinsip perjuangan , jika Umno melaksanakan pemulihan pemikiran dan menjauhi keburuksangkaan mereka serta keegoan sebagai peneraju tunjang pemerintahan terutama dikalangan rakan Barisan Nasional .
Umno(BN) mesti kekal dan jelas dalam menerima keanggotaan yang mewakili suku kaum bagi mewakili suara rakyat . Rombakan perwakilan parti perlu jelas dan jitu , parti serpihan perlu dibubarkan dan perlu bergabong dengan parti tunjang yang mewakili kepentingan kaum masing masing dalam kesatuan kepemimpinan Barisan Nasional .
Umno mesti menekankan prinsip perjuangan untuk difahamkan dengan kebijakan pemikiran mengadaptasikan Akidah Islam dengan yakin tanpa gusar ditelanjangkan . Jesteru wadah perjuangan dan kepemimpinan Umno mesti bangkit dengan gagah mendepani masaalah perpecahan umat Islam dan dalam waktu yang sama mengangkat kepentingan bukan Islam agar tidak terpesong dan menjejaskan keutuhan perpaduan dan keamanan dipersekitaranya.
Umno perlu memperlihatkan kekukuhan suara mempertahankan perjuangan Islam dan mengajak kearah perpaduan dengan menunjukan kemampuan Akhlak Islam dan bukan berjalan keseorangan dengan keegoan masing masing dan terus menerus menyalahkan keceluparan pembangkang .
Masa yang telah berlalu sejak kemerdekaan tidak diambil peluang olih Umno untuk mengukuhkan prinsip dan dasar mengembangkan pemikiran Islam agar menyemarakan kekuatan dalaman , tetapi asyik menyalahkan pihak lain yang menggugat keutuhan perjuangannya . Jika ini berterusan dan Umno gagal melaksanakan pembaharuan pemikiran dengan jelas memertabatkan Islam , suatu masa kekukuhan Umno akan tenggelam , malah kini ia jelas taring Umno makin tumpul dan pemikiran telah keterbelakang dan terus dalam tingkah dan kegoyahan mendepani rakan dan lawan.
Ramai Ilmuan Islam dalam Umno , pemikiran mereka perlu digembelengkan dalam hala tuju kekuatan membangunkan keteguhan dasar Islam , kurangkan tomahan dan kedangkalan pembicaraan , tampil dan perlihatkan kekukuhan dan perpaduan Umno agar dijadikan tauladan.
Gerakan semua aktiviti Umno dengan pengisian Akidah Islam dan lebarluaskan keterampilan dengan keikhlasan kudrat agar mampu diterbitkan semangat yang kuat dalam mengungguli sinar dan harapan wacana Islam yang mengiringi dasar dan prinsip perpaduan .
Pidato yang jelek dan tertumpu pada kedangkalan pemikiran hanya menguntungkan perpecahan kerana ianya gagal membawa kemanfaatan dan kematangan dalam tindakan meneladani kekhalifahan sebagaimana tuntutan Islam .
Radikalisasi dan liberalisasi mesti dibungkamkan agar kesederhanaan Islam memacu dan mendepani isu semasa , memertabatkan kekuatan ukhuwah ummat Islam yang penuh jujur dan ikhlas mampu menobatkan adab dan sopan santun sosiobudaya dan persekitaranya.
Jesteru itu , biarkan PAS , PKR dan parti yang sewaktu dengannya asyik dengan tingkah laku mereka , kembalilah Umno dengan mengungguli kedewasaan dan jajaran pemikiran Islam serta mendamaikan rakan perjuangan . Muga ketekalan Umno bisa merubah arah persekitaran dan mengamankan perdebatan demi kedaulatan negara dan lebih dari itu memangkinkan suatu peradaban Islam yang gemilang.
UMNO(BN) USAH PEDULIKAN PEMBANGKANG , TERUSKAN MENYEMARAKAN KEBANGKITAN PERPADUAN DALAMAN DAN MENANAMKAN PEMIKIRAN KEBANGSAAN SELARAS DASAR DASAR ISLAM YANG TIDAK MEMINGGIRKAN ORANG BUKAN ISLAM . LUASKAN GAGASAN DENGAN TEGUH DAN JAUHI PARTI PARTI PEMBANGKANG , BIARKAN MEREKA DENGAN JALAN DAN PERJUANGANYA . KEKALUTAN MENERJAH KEGAGAHAN PEMBANGKANG HANYA MEROSAKAN PERPADUAN DALAMAN UMNO(BN) . BANGKITLAH SEKARANG USAH MENUNGGU KEJATUHAN !!
Comments