UMNO jangan banyak cakap - tunjukkan keikhlasan membantu majoriti rakyat kaum Melayu .
بسم الله الر حمن الر حيم
Tiga Tahun Cukup Membuktikan Orang Melayu Di’Anak-tiri’kan
KUALA LUMPUR, 25 Mei 2011 - Cukuplah tiga tahun sahaja pemerintahan DAP di Pulau Pinang, segala tindakan dan dasar-dasar yang mereka laksanakan membuktikan bahawa mereka sedang berusaha ‘mengusir’ orang Melayu dari Pulau Pinang khususnya dari bahagian ‘pulau’ itu. berita lanjut
UMNO CAKAP JER BERJELA JELA – NATIJAHNYA MAJORITI MELAYU MASIH GAGAL DIBANTU DAN DIBELA UNTUK KEKAL BERNIAGA DAN BERTAPAK DIKOTA KOTA BESAR . DANA MILIKAN NEGARA UNTUK SIAPA ? JIKA MAJORITI RAKYATNYA TERSEPIT DAN DIHIMPIT PEMBANGUNAN .
DAP Jangan Cuba Perbodohkan Orang Melayu – Tengku Adnan
KUALA LUMPUR, 25 Mei 2011 – Bangsa Melayu bukan alat permainan dalam politik sehinggakan boleh diperkotak-katikkan sesuka hati termasuklah untuk memancing undi dan mendapatkan kuasa dari tangan rakyat, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. berita lanjut
UMNO sebagai wadah perjuangan orang orang Melayu yang bertapak dan didokong sekian lama untuk membantu sosio ekonomi dan budaya orang orang Melayu , seharusnya tidak menyalahkan keberadaan kekuasaan (PKR) - DAP dan PAS sebagai parti pembangkang yang bangkit dan memenangi kerusi yang membolihkan mereka merampas dan mentadbir 4 buah negeri iaitu Selangor , Kelantan , Pulau Pinang dan Kedah .
Apajua dasar parti pembangkang ini yang dikatakan telah menganiayai keberadaan orang orang melayu seharusnya diambil sebagai ikhtibar olih UMNO untuk lebih memahami tanggungjawabnya memayung rakyat majoriti Melayu yang menjadi warganegara ini , selain kaum kaum lain yang dilayan mengikut peruntukkan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan .
Kekuatan Barisan Nasional kini makin tergugat dan mungkin akan kehilangan kuasa dan menjadi pembangkang jika salah percaturan dalam menangani kegilaaan kekuasaan dan kegagalan menunjukkan keterampilan dan jatidiri yang benar benar menunjukkan kesungguhan mempelopori semua permasaalahan dan menyelesaikan kepincangan perlaksanaan dasar dasar dan strategi yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan.
“Cukup tiga tahun rakyat di Pulau Pinang ditindas dan ditipu “
Jika benar rakyat Pulau Pinang ditindas dan ditipu DAP – Apakah kekuatan UMNO dan kesungguhan untuk membela rakyat , terutama peniaga peniaga Melayu yang telah digusur petempatan perniagaan mereka ? Kenapa UMNO tidak berusaha dengan menggunakan dana Kerajaan Persekutuan untuk membantu menyediakan tapak atau bangunan perniagaan yang bolih dibangunkan , setidak tidaknya peniaga peniaga itu akan mampu untuk meneruskan kegiatan perniagaannya dan dana yang disalurkan pasti bolih dibayar secara ansuran , walaupun kemungkinan akan mengambil masa yang lama dan sampai keturunannya .
Jika ini dapat diterjemahkan dan dilaksanakan , kenapa UMNO asyik menyalahkan pentadbir Pulau Pinang ? Umno sepatutnya memberikan bantuan , atau menyalurkan dana pembangunan dan petempatan perniagaan ditanah milik atau pajakan kerajaan persekutuan . Adakah Umno mahu menunggu korban jiwa atau bencana harta dan nyawa saja , baru menghulurkan dananya ?
Ianya sepatutnya mudah dilaksanakan , tetapi Umno gagal mencari jalan keluar , jesteru hanya memikirkan laungan dan teriakan agar dilihat sebagai jaguh orang Melayu dengan suara mereka , tetapi natijahnya buta mata dan kedekut mengeluarkan dana yang pasti akan bisa dipulangkan kembali olih mangsa mangsa yang ditindas kerajaan negeri Pulau Pinang itu . Adakah UMNO sebenarnya tidak mampu ?
Kemana perginya konglomerat Melayu ? Apakah mereka juga tak mampu ? Seandainya Umno benar benar mahu membangtu orang orang Melayu , yang memang majoriti dalam negara ini , tidak salah dana negara disumbangkan untuk membangunkan ekonomi Melayu , walaupun mungkin pulangan nya memakan masa yang lama dan keturunan mereka pasti mampu membayarnya secara beransur ansur dan terus kekal menjalani hidup dan mengembangkan perniagaan mereka di kota kota dan pasti perlaksanaan ini akan memberikan ruang pemilikan harta bagi orang orang Melayu , biarpun kemampuan membayar semula memakan masa yang lama . Bila lagi MAJORITI MELAYU INI AKAN MERASAI BANTUAN DAN SOKONGAN KERAJAAN AGAR TETAP TIDAK TERPINGGIR HIDUP DIKOTA KOTA BESAR !! USAH MELAUNGKAN VISI DAN MISI SAJA , SEDANG MAJORITI ORANG MELAYU BERHAK DIBANTU DAN DISUAPI DINEGARANYA SENDIRI !!
Comments