Bajet terus digembar gemburkan ,tapi perlaksanaan pembangunan masih tidak seimbang .

بسم الله الر حمن الر حيم

Kerajaan mencanangkan akan membentangkan  Bajet 2012 di Parlimen pada 7 Okt, 2011 yang dikatakan  bersifat  inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi bermatlamatkan  kejayaan untuk merealisasikan Malaysia  sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020 . 


Dalam waktu sama dasar dan strategi kerajaan dalam melaksanakan  usaha menyediakan pendekatan dan penyelesaian inovatif  terhadap peruntukan dan perlaksanaan Bajet 2011 - RM 212 billion , 2.8 peratus lebih tinggi daripada Bajet 2010 yang telahpun dicanangkan sebelumnya dilihat masih gagal menepati sasaran dan hala tuju untuk merealisasikan Malaysia sebagai Negara yang berpendapatan tinggi , apalagi untuk mensasarkan Negara sebagai Negara maju menjelang 2020 .

Kerangka  Kerja dasar  Model Ekonomi Baru ( MEB ) dikatakan mampu mendepani  pendekatan untuk mentransfomasikan Negara  kearah pencapaian yang mapan  yang telah pun dilaksanakan dan akan diteruskan ,sedangkan  ianya adalah harapan kerajaan dalam mengatasi kesesuaian persekitaran dan perkembangan dunia masakini  ,yang dilihat  tidak menampakan  kesan  yang memberansangkan bagi pertumbuhan ekonomi , jesteru  setiap tahun kerajaan akan menyediakan Bajet Baru dan ini akan berteruskan .

Dasar dan strategi kerajaan tertumpu pada pembentangan Bajet yang  diletakan sebagai asas pencapaian dan kemampuan kerajaan menyediakan dana yang lebih besar  setiap tahun , akan tetapi  kekalutan  perlaksanaan  dasar  itu tetap kabur dan malap hingga  kemampuan untuk  menjadikan perlaksanaan  mapan telah terarah kepada kegagalan dan pasti akan muncul lagi dasar dan strategi yang terus dicanangkan dalam Bajet Bajet akan datang .

Rancangan Malaysia ke sepuluh telah pun dilaksanakan , manakala Program Tranfomasi Ekonomi (ETP) dan Program Transfomasi Kerajaan (GTP) dijadikan asas yang kukuh untuk transfomasi ekonomi  dan kerajaan , akan tetapi inisiatif ini masih gagal , jesteru dasar dan strategi perlu diperkukuhkan setiap kali Bajet akan dibentangkan kerajaan  , seolah olah kerajaan mampu mengekalkan dan mengimbangi prinsip 1Malaysia  , dimana setiap rakyat diberikan tempat dan ruang  serta peranan mengikuti perjalanan transfomasi  pembangunan yang dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan secara berterusan dengan pertambahan dana menerusi Bajet yang berkesinambungan .

Persoalannya  adalah , setelah kerajaan bertungkus lumus mengarahkan pembuat dasar kerajaan menyediakan kehebatan dasar dan strategi untuk dilaksanakan dan direalisasikan saban tahun , jangkaan jangkaan keberhasilannya  masih juga mendatar  jesteru  kegagalan perlaksanaan yang kurang telus dan mantap ini bukan satu alasan dipihak kerajaan menyatakan pendirian  bahawa semua dasar itu menetapi keunggulan dan kesamarataan  bagi kepentingan rakyatnya .

Kerajaan dilihat  begitu komited dengan dasar dan strategi nya tetapi peningkatan proses transfomasi  itu makin goyah jesteru  semua dasar dan strategi kerajaan selama ini tidak disasarkan dengan keseimbangan dan kesamarataan pecahan majoriti kependudukan  yang memang haus untuk terus berada  disekeliling pembangunan Negara  .

Kerencaman politik  dan jurang kesamarataan ekonomi serta keberadaan  sosio budaya  masyarakat Negara ini juga telah memperlihatkan betapa ketidakseimbangan  dan kelemahan  dasar dasar dan strategi yang telah dilaksanakan olih kerajaan selama ini . Jurang ekonomi rakyat semakin melebar dan pembangunan  bandar makin terserlah , manakala diluar bandar masih terpinggir dari kemajuan sebenar .



Jika  dikatakan GTP menghasilkan keputusan yang ketara dalam mengurangkan jenayah, kemiskinan dan rasuah, selain meningkatkan akses kepada infrastruktur asas, keputusan pendidikan dan pengangkutan awam Bandar , apakah perlaksanaan dan pencapaian nya itu mencerminkan ketelusan kerajaan dalam mengatasi jurang dan persepsi masyarakat  secara keseluruhannya ?

Apakah yang perlu dibanggakan kerajaan dalam perlaksanaan enam bidang keberhaslan utama Negara (NKRA) untuk rakyat ?

Suntingan kenyataan pihak kerajaan adalah :

Kenyataan kerajaan tentang dasar dan strategi  ETP, sejak pelancarannya pada 25 Okt tahun lepas, 54 projek permulaan (EPP), yang merupakan 41.2 peratus daripada keseluruhan 131 projek, sudah memulakan operasi.

Pelaburan berjumlah RM106.4 bilion dijangkakan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM153.8 bilion dan mewujudkan 298,865 peluang pekerjaan.

Ia merupakan pencapaian yang ketara dalam tempoh yang pendek . pelaksanaan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT), serta aktiviti pelaburan yang semakin meningkat di koridor-koridor wilayah, terutama di Iskandar Malaysia, akan membantu mengekalkan momentum pertumbuhan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 7.2 peratus pada 2010, melepasi unjuran awal sebanyak 7.0 peratus , prestasi pertumbuhan yang menggalakkan  disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang pesat. Usaha untuk mencatat pertumbuhan 6.0 peratus, disebalik  faktor luaran, krisis di Timur Tengah dan Afrika Utara terus menjejaskan pasaran minyak mentah dunia, dengan gangguan bekalan telah meningkatkan harga makanan dan komoditi lain.

Inflasi tolakan kos semakin meningkat dan merupakan cabaran besar kepada banyak negara, termasuk Malaysia.

Krisis hutang negara di beberapa ekonomi di Eropah menimbulkan risiko penurunan terhadap kestabilan kewangan dunia dan pemulihan ekonomi di negara maju terus perlahan manakala Jepun perlu melaksanakan pembangunan semula besar-besaran selepas malapetaka tsunami serta krisis nuklear  .

Dalam negara, sumbangan pelaburan swasta terhadap KDNK masih rendah, sebanyak 10.7 peratus pada 2010 berbanding 30.3 peratus sebelum krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

Peningkatkan hubungan pelaburan dan perdagangan dengan negara yang pesat berkembang di Asia, terutama China dan India masih perlu diterokai bagi  mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan modal insan  supaya dapat menyokong ekonomi baharu.

Kerajaan akan memastikan daya saing Malaysia terus kukuh, dengan memberi tumpuan terhadap aktiviti bernilai tambah yang tinggi dan produktiviti, dan pada masa yang sama memperkukuh dan memastikan persekitaran yang menggalakkan inovasi dan kreativiti.

Kerajaan akan memberi tumpuan dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana yang inovatif dan meluaskan akses kepada risiko modal terutama pada pembiayaan peringkat awal.kedudukan fiskal, dan pengurusan kewangan berhemat perlu dilaksanakan bagi memastikan kemampanan fiskal.

Kerajaan komited sepenuhnya dalam memastikan rakyat menikmati kualiti hidup yang lebih baik . Cabaran baharu, termasuk peningkatan kos hidup dan perumahan mampu milik, terutama di kawasan bandar, manakala peningkatan kos menyediakan perkhidmatan kesihatan, akan ditangani segera.

Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif bagi menangani impak peningkatan harga makanan selain memudahkan bekalan perumahan.



Isu Bajet saban tahun terus dicanangkan sedang perlaksanaan hanya tinggal harapan tanpa kesudahan !!

Bajet 2011 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat ini dijangka lebih menumpukan kepada usaha memantapkan dasar- dasar baru kerajaan. dasar-dasar itu termasuklah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).akan diberi pendekatan lebih lanjut oleh kerajaan kerana ia penting sebagai sebahagian langkah yang digariskan untuk mencapai wawasan ekonomi berpendapatan tinggi dasar-dasar lain yang bakal menjadi tumpuan pada Bajet 2011 ialah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).


Sampai bila agaknya Bajet ini disasarkan untuk terus kekal mendominasi pembangunan dikawasan Bandar dan persekitaranya , sedangkan pembangunan diluarkan Bandar bergerak  begitu perlahan seakan akan didiamkan olih kerajaan .

Jika ini berteruskan sudah tentu jurang ekonomi dan sosio budaya dibandar dan luar Bandar terus gagal diseimbangkan dan tentu sekali ianya jelas menunjukan ketidaksamarataan pembangunan untuk kepentingan seluruh rakyat .

Majoriti masyarakat luar Bandar juga mahu mengecapi pembangunan dikawasan mereka  dan melihat bangunan  bangunan seperti kota besar ujud dibandar bandar sekitarannya .

Jika kerajaan mampu membangunkan semua Bandar Bandar kecil diluar Bandar , sudah tentu pertumbuhan yang seimbang  dalam menjayakan pembangunan itu dapat  dirasai masyarakat secara keseluruhannya .

Kerajaan dilihat terlalu mementingkan  pembangunan di zon Bandar besar dan terus menerus memberikan sokong pihak swasta untuk  bertumpu kekawasan kawasan tersebut hingga gagal menggugah pihak swasta untuk beralih kekawasan luar Bandar sedangkan infrastruktur di Negara ini telah mampu mendekatkan jarak zon luar Bandar dan Bandar untuk dikembangkan tanpa melihat kepada keuntungan  jangka pendek tetapi akhirnya meninggalkan kesan yang besar terhadap corak ekonomi  dan sosio budaya masayarakat secara keseluruhannya.

Adakah keutamaan dasar dan strategi kerajaan  ini akan terus dilaung laungkan tetapi  tujahannya  tidak dapat  dimanfaatkan dipersekitaran majoriti masyarakat Negara ini ?

Kepentingan majoriti kaum seharusnya dijadikan asas dalam membuat apajua dasar agar ianya dapat diseimbangkan tentang pencapaian disegi ekonomi dan sosiobudaya dan seterusnya mampu memberikan ruang pembangunan itu dinikmati  dan mempertingkatkan kualiti hidup disekitarnya .

Jika matlamat untuk rakyat didahulukan , sudah semestinya Bajet yang dibentangkan itu telahpun memberikan impak yang besar sejak Malaysia mencapai kemerdekaan  dengan kepelbagaian dasar dan strategi kerajaan yang dilaksanakan , sedangkan jurang pertumbuhan pembangunan antara Bandar dan luar Bandar makin tidak seimbang .

Adakah sistem perlaksanaan yang digubal untuk diterapkan memang meminggirkan kawasan kawasan yang dianggap tidak strategik , sedangkan perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan lain dinegara ini sudah berada ditahap yang amat baik yang boleh dijadikan sandaran untuk menjangkau kawasan kawasan luar Bandar , jika memang kerajaan mahu berbuat demikian .

Kemungkinan keuntungan jangka pendek tidak mampu memberikan pertumbuhan  segera , jesteru itu kerajaan enggan  menggalakan mana mana pihak untuk mendepani pembangunan itu . Jika ada kesungguhan kerajaan  merubah dasar , sudah tentu dalam jangka masa panjang  pasti ia akan memberikan impak yang amat besar dan kesan ketidakseimbangan  pembangunan akan dapat diatasi dengan kesamarataan hak dan pencapaian kerajaan membangunkan negara  maju dan berpendapatan tinggi  dapat dirasai olih semua rakyatnya .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga