Ali Rustam perlekeh Lim Guan Eng

بسم الله الر حمن الر حيم

Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gelugor mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah  seorang pemimpin diktator dan autokrasi , jesteru kepimpinan Lim pernah ditolak oleh Parti DAP Melaka , dimana beliau pernah tewas dalam pertandingan Jawatankuasa negeri beberapa tahun lalu . Begitu juga nasib isterinya Betty Chew Gek Cheng .
Senario itu  menjelaskan bahawa Parti DAP Melaka tidak menyukai sikap Lim Guan Eng dan sikap beliau itu dibawa sama dalam pemerintahan Pulau Pinang . Rakyat Pulau Pinang dinasihatkan jangan terpedaya dengan sandiwara dan perlakuannya.
 
Lim adalah seorang yang gagal menunaikan janji yang dibuatnya sebelum pilihan raya dan sanggup menindas kaum lain untuk kepentingan sendiri,  malah Lim membina rumah yang tidak mampu dimiliki oleh majoriti rakyat Pulau Pinang .
Dasar dan tindak-tanduk Lim Guan Eng  amat membimbangkan kerana beliau akan terus membina rumah yang tidak ada kuota, harga terlalu tinggi dan akhirnya  Pulau Pinang tidak ada lagi tempat untuk orang sederhana dan miskin , tetapi hanya akan mampu dimiliki dan diduduki oleh golongan kaya saja.
Keadaan itu akan terus kekal  sekiranya DAP masih memerintah Pulau Pinang . Jesteru  dasar pemerintahan Pulau Pinang  tidak akan memberikan peluang serta ruang kepada orang Melayu dan majoriti rakyat Pulau Pinang .
Suntingan : UMNO online
Masanya sudah tiba !!
Orang Melayu  Islam Pulau Pinang mesti bangkit untuk menegakan jatidiri mereka dengan tidak terus bersekongkol  dan menjauhi apajua  kegiatan dan aktiviti DAP @ bukan Islam . Bumiputera /Melayu Islam mesti bersatu hati dan menghindari ekonomi yang dibangunkan DAP @ kaum  bukan Melayu .
Sudah tiba masa kekuatan cengkaman ekonomi itu diruntuhkan  dengan ukhuwah dan jatidiri orang orang Melayu  Islam .  Orang orang Melayu Islam Pulau Pinang mesti mempelopori  pemboikotan perniagaan dan dasar DAP@bukan Melayu dan segera beralih membantu kaum Melayu /Bumiputera  membangunkan ekonomi dikalangan mereka .
Boikotkan saja semua perniagaan yang dikembangkan olih DAP/kaum lain dan sedia  ikhlas serta sucihati membantu pembangunan perniagaan kaum Melayu /Bumiputera . 
Jika ini dapat ditonjolkan dan diterjemahkan , sudah pasti ianya akan memberikan kelebihan terhadap ekonomi orang Melayu di Pulau Pinang  , malah bukan saja Melayu Pulau Pinang perlu merubah arah , seluruh orang orang Melayu Islam di negara ini semestinya telah sadar akan kepentingan ekonomi Islam dan sedia menjalin ukhuwah dan kesetiaan dalam membantu perniagaan orang Melayu Islam supaya berkembang , apalagi orang orang Melayu
Islam /bumiputera adalah rakyat majoriti di negara ini .

Tentunya keterampilan minda orang orang Melayu/bumiputera  ini akan menggegarkan minda bukan Melayu dalam  memberikan persaingan  monopoli perniagaan dan pasti ia akan mengimbangi keserakahan kaum bukan Melayu di Malaysia.

UMNO –Melayu tak perlu terkial kial
Kekukuhan minda dan jatidiri orang orang Melayu mesti dikembangkan dan dibenturkan agar selari dalam membantu perkembangan ekonomi orang orang Melayu sendiri . Melihat persepsi dan perkembangan politik yang  makin menjerumuskan  dan melenyapkan minda dan jatidiri Melayu dibumi sendiri ini , sudah jelas nyata bahawa tindakan orang orang Melayu dalam membantu mengembangkan persaingan perniagaan tidak ada salahnya , demi untuk menegakkan kembali kekuatan dan kekentalan jiwa Melayu .
Orang orang Melayu mesti berubah arah dalam menjalani kehidupan dipersekitaran mereka dengan menjauhi apa jua bidang yang bukan memberikan kemaslahatan  untuk kepentingan orang orang Melayu . Orang Melayu adalah penduduk majoriti di negara ini , jesteru itu jika orang orang Melayu bersatu hati membangunkan perniagaan orang orang Melayu dengan menjauhi perniagaan orang bukan Melayu , sudah pasti ianya akan membantu mengukuhkan ukhuwah dan perkembangan persekitaran dan yang jelas ia akan memberikan ruang saingan yang ketara dalam tempoh singkat. Olih itu sudah sampai masa  orang orang Melayu tidak lagi menjengok pintu premis perniagaan  orang bukan Melayu .
Apajua keperluan saraan hidup dikalangan orang orang Melayu mesti diperolihi dari premis milik orang orang Melayu . Dengan cara ini saja orang orang Melayu bolih bangkit dan membangunkan ekonomi dalam kelompoknya sendiri .
Tidak ada salahnya , jika orang orang Melayu mahu berubah arah dan mengasah minda kembali memurnikan jiwa dan membangunkan bangsanya dan agamanya dinegaranya , kerana sejak merdeka orang orang Melayu , majoritinya sudah lupa diri dan hanya menghambakan kebutuhan mereka pada kaum lain saja .
AYUH KITA KAYUH DAN KEMBALIKAN KEKUKUHAN MINDA DARI PERHAMBAAN YANG TELAH LAMA MERACUNI KERENCAMAN DAN KEBUTUHAN KEHIDUPAN .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga