Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan kabinet untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja ??
بسم الله الر حمن الر حيم
Pejabat Peguam Negara belum membuat keputusan tentang siasatan video seks yang dikatakan pelakon utama nya Ketua Pembangkang ! Individu yang mengedar dan mendedahkan kepada umum paparan video seks tersebut belum lagi dibawa kemuka pengadilan untuk diadili . Mahkamah belum lagi menjatuhi hukuman keatas perlakuan individu itu berhubung kesalahannya dibawah seksyen 292 KK .
DUA BULAN telah berlalu , pihak berkuasa masih gagal menguatkuasakan undang undang yang telah dikanunkan . Yang jelas memiliki ,menyimpan dan mengedar untuk tayangan umum video lucah adalah satu kesalahan , perlu diambil tindakan . Kenapa ianya mengambil masa begitu lama untuk menuduh individu yang terlibat , sedangkan individu itu telah membuat pengakuan terbuka tentang tindakannya ?
Menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menilai keabsahan pelakunya bukan keutamaan , jesteru ianya satu perlakuan yang menggamit dan menyogokan wadah lucah untuk dijadikan tontonan yang tiada berkesudahan . Bukankah ianya satu kesalahan disegi undang undang ?
Sedang yang jelas nyata kesalahannya masih belum dihadapkan kemuka pengadilan . Adakah menjadi dasar kerajaan atau strategi segolongan kepemimpinan yang memang mahu membelakangkan keluhuran undang undang ?
Jika Mahkamah telah membuat keputusan bahawa vidoe itu memang jelas vidoe lucah dan menjatuhkan hukuman setimpal keatas individu yang memiliki dan mengedarkan untuk tontonan umum , maka adalah tidak keterlaluan jika mana mana pihak mahu memunggah agenda yang berlawanan dengan perkara yang diketengahkan, seterusnya menggugah kerajaan menegakan kebijakan dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja agar ketulenan pelaku seks itu diwar warkan kepada umum . Nampaknya segolongan kepemimpinan tekal minda dalam meminggirkan undang undang , jelas sekali keluhuran undang undang itu kini mahu ditelanjangkan atas kepentingan pemikiran dan mencabuli kemuliaan badan kehakiman negara .

KUALA LUMPUR 6 April 2011 – Cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan pelaku mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikemukakan kepada Kabinet pada Jumaat ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.
“Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terlibat.
“Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas,” katanya kepada media di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.
“Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja,” katanya.
Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda Pas yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.
“Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu,” katanya.
source: link
Keghairahan ini tidak akan menguntungkan mana mana pihak , malah akan menghakis intergriti pihak berkuasa dalam menguatkuasakan undang undang . Keterampilan dan ketelusan pejabat peguam negara sebagai badan rujukan akan dipersoalkan dan keunggulan badan kehakiman negara makin digusur dan ditelanjangkan ...kebebasan dan hak asasi serta keadilan nya makin hanyut dengan pelbagai manipulasi pemikiran dan kecerdikan memutarbelitkan agenda untuk kepentingan golongan yang hanya mahu meraih pengaruh dan kekuasaan .
Comments