Thursday, May 12, 2011

Tokoh Melayu Terbilang menggerakkan tranformasi UMNO

rبسم الله الر حمن الر حيم

Dua orang anak  Melayu yang dinobatkan dengan anugerah sebagai Tokoh Melayu Terbilang sempena sambutan ulangtahun Umno ke 65 dilihat mampu mengangkat martabat  dan keterampilan kaum Melayu dan tentunya masih belum terlambat bagi Umno untuk mendepani kenyakinan dan keterampilan yang ditunjuki dua sosok anak Melayu ini .

Usaha Umno ini sesuatu yang mampu memberikan kesedaran dalam memupuk semangat keintelektualan agar terus dipelopori dalam semua bidang yang mampu menggerakan pemikiran orang orang Melayu agar lebih mampu mendepani keilmuan selaras kemajuan dan pencapaian ilmu yang tinggi dan didikasi tersendiri .



Jesteru itu Umno perlu memanfaatkan keterampilan dan kepakaran serta keintelektualan kedua dua tokoh ini bagi mewarnai tranformasi perjuangan orang orang Melayu . Pandangan dan lontaran pemikiran mereka tentu sekali akan memberikan impak yang lebih besar untuk mengukuhkan kenyakinan perjuangan orang orang Melayu  .  Diluar sana masih ada ramai lagi tokoh ilmuan Melayu yang mampu diraih sumbangan pemikiran mereka untuk manfaat perjuangan orang orang Melayu .

Umno perlu jelas dan tegas dalam apajua halatuju perjuangan  dan seharusnya sudah mampu meletakkan  asas kajian dan penyelidikan ilmuan bagi memacukan kekuatan perjuangannya dan perlu yakin menggembelengkan kepakaran dan keterampilan  serta analisis  kajian yang kukuh bagi menyediakan dasar dan strategi transfomasi  demi mengupayakan kelestarian dasar untuk dilaksanakan dalam mendepani kemapanan masa depan Umno dan juga kerengka keutuhan kepemimpinan orang Melayu dinegara ini .

Kemungkinan dalam sambutan ulangtahun akan datang Umno tidak keberatan  tampil untuk menobatkan pula anugerah sosok Melayu yang  berketerampilan  dalam mengungguli bidang Dakwah Islam  dalam  menjulang keagungan dan kemurniaan Islam  dinegara ini .
Berita penganugerahan : lihat sini




KUALA LUMPUR, 11 Mei 2011 – Ulang tahun UMNO ke-65 kali ini menyaksikan satu kelainan apabila dua orang tokoh dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Melayu terbilang.

Tokoh tersebut ialah Profesor Datuk Dr. Syed Naquib Al-Attas yang mempunyai kepakaran dalam bidang keagamaan, kebudayaan, sastera, bahasa dan banyak menyumbang dalam penghasilan karya-karya besar yang menyuntik semangat nasionalisme, falsafah dan tradisi masyarakat Melayu.

Ketokohan beliau meliputi pelbagai bidang termasuk bertanggungjawab merancang dan merekabentuk bangunan kampus Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan Antarabangsa (INSTAC) selain bertanggungjawab sepenuhnya dalam melakar bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ pada tahun 1946.

Bagi penerima kedua anugerah tersebut, UMNO telah mengiktiraf penglibatan wanita dalam memperkasakan bangsa iaitu Datuk Dr. Mazlan Othman.

Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang astrofizik telah merintis kecemerlangan dalam kajian Sains Angkasa dan menerajui mikrosatelit negara iaitu Satelit Tiung-SAT 1 dan RAZAKSAT.

Berikut biodata penerima anugerah Melayu Terbilang:

PENERIMA PERTAMA

YM. PROF. DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

1. Nama - Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas

2. Tarikh lahir - 3hb. September 1931

3. Tempat lahir - Bogor, Jawa

4. Pendidikan Awal


i) Mulai belajar pada usia lima (5) tahun di Johor.

 ii) Semasa pendudukan Jepun dia telah pergi ke Jawa untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Al-Urwatul-Wathqa.

 iii) Di dalam tahun 1946, beliau telahpun pulang ke Johor dan belajar di sekolah menengah.

 iv) Setelah tamat belajar di sekolah menengah pada tahun 1951, beliau telahpun menyertai askar Melayu selaku seorang pegawai kadet.


5. Pendidikan tinggi -

i) Telahpun belajar di Eaton Hall Chester, Wales.

 ii) Belajar di Royal Military Academy di Sandhurst, England (1952-1955).

 iii) Mulai berjinak dan mendalami ilmu sufi dengan menggunakan perpustakaan akademi di England.

 iv) Telahpun menjelajah ke Sepanyol dan Afrika Utara untuk mendalami ilmu keagamaan.

 v) Telahpun melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di Singapura dari tahun 1957 ke 1959.

 - Mulai menjadi penulis di dalam ilmu keagamaan sejak di menara gading.

 vi) Melanjutkan pengajian di Mc Gill University di Montreal, Kanada dan telahpun dianugerahkan Ijazah Sarjana “Cemerlang” di dalam bidang Falsafah Islam pada tahun 1962 – melalui tesisnya bertajuk “Raniri dan Wujudiyyah di abad ke tujuh belas di Acheh”.

 vii) Beliau telahpun melanjutkan pengajiannya “School of Oriental and African Studies” di University London.

 viii) Di dalam tahun 1962, beliau telahpun menulis tesis dua jilid bertajuk mistik Hamzah Fansuri.

6. Karier -

 i) Di dalam tahun 1965, beliau telahpun dilantik sebagai Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya.

 ii) Menjadi Dekan Fakulti Sastera di Universiti Malaya dari tahun 1968 ke 1970.

 iii) Di dalam tahun 1970, beliau telahpun berhijrah ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Kesusasteraan dan kemudiannya beliau menjadi Dekan Fakulti Sastera

 –beliau telahpun mencadangkan kegunaan Bahasa Malaysia secara lebih mendalam dan berkesan di dalam Pengajian

 Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan dan menekankan pengaruh Islam.

 iv) Beliau telahpun menubuhkan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 untuk merealisasikan visinya untuk memperkasakan Bahasa Malaysia.

 V) Di dalam tahun 1987, beliau telahpun menubuhkan Institut Antarabangsa mengenai pemikiran dan tamadun Islam di Kuala Lumpur di mana beliau telahpun memberikan perhatian dan penekanan kepada kajian yang mendalam kepada aspek-aspek metafizik, kebenaran, Mahiyyah (quiddity) dan wujud.


7. Beliau juga telahpun menerima banyak anugerah dan ijazah-ijazah kehormat dari pelbagai universiti hasil dari kejayaannya di dalam dunia pengkajian, falsafah dan akademik. Diantaranya :-


i) Raja Hussein dari Jordan telahpun melantik beliau sebagai ahli Akademik diRaja Jordan pada tahun 1994.

 ii) Pada bulan Jun 1965, Universiti Hartoum, Sudan telahpun menganugerahkan beliau dengan Ijazah Kehormat Falsafah di dalam bidang kesusasteraan.


8. Sumbangan-sumbang besar di peringkat Nasional ialah :-


i) Beliau adalah seorang falsafah dan ahli fikir di dalam dunia keIslaman.

 ii) Telahpun banyak menulis buku – buku berlatarbelakangkan sejarah, kebudayaan, kesusasteraan, ilmu sufi, pemikiran,

 falsafah Islam dan metafizik.

 iii) Beliau juga adalah pencipta logo-logo pasukan tentera, polis Diraja dan parti UMNO.

9. Buku-buku dan monograf yang telah dihasilkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah seperti berikut:-

• (1953) Rangkaian Ruba’iyat (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka).

 • (1963) Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays (Singapore: Malaysian Sociological Research Institute).

 • (1969) Raniri and the Wujudiyyah of the 17th Century Acheh (Kuala Lumpur : Monographs of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society).

 • (1970) The Mysticism of Hamzah Fansuri (Kuala Lumpur : University of Malaya Press)

 • (1970) The Correct Date of the Terengganu Inscription (Kuala Lumpur : Museum Department).

 • (1972) Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka).

 • (1975) Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjatu’l Sidiiq : A Refutation (Kuala Lumpur : Museum Department)

 • (1978) Islam and Secularism (Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM); reprint, Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), 1993).

 • (1980) The Concept of Education in Islam (Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM); reprint, Kuala Lumpur International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).

 • (1986) A Commentary on the Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri : Being an Exposition the Salient Points of Distinction between the Positions of the Theologians, the Philosophers, the Sufis ad the Pseudo-Sufis on the Ontological relationship between God and the World and Related Questions (Kuala Lumpur : Malaysian Ministry of Culture).

 • (1988) The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqa’id of al-Nasafi (Kuala Lumpur : University of Malaya).

 • (1989) Islam and the Philosophy of Science (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)) (tr. Into German by Christoph Marcinkowski as Islam und die Grundlagen von Wissenschaft, Kuala Lumpur : ISTAC, 2001).

 • (1990) The Nature of Man and The Psychology of the Human Soul (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilizatin (ISTAC).

 • (1990) On Quiddity and Essence (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).

 • (1990) The Intuition of Exixtance (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).

 • (1992) Islam : The Concept of Religion and the Foundation of Ethnics and Morality (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).

 • (1993) The Meaning and Experience of Happiness in Islam (tr. Intro Malay by Muhamamd Zainiy ‘Uthman as Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam, Kuala Lumpur : ISTAC; and into German by Christoph Marcinkowski as Die Bedeutung und das Erleben von Gluckseligkeit im Islam, Kuala Lumpur ; ISTAC, 1998).

 • (1994) The Degress of Existence.

 • (1995) Proglegomena to the Metaphysics of Islam : An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).

 • (2001) Risalah untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).

 • (2007) Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam (Penang, Malaysia : Universiti Sains Malaysia.

10. Kriteria tokoh dipilih :-

Tokoh ini telahpun banyak menyumbangkan di dalam bidang keagamaan, falsafah, bahasa, budaya, kesusasteraan dan mempertingkatkan tahap nasionalisme di Negara kita. Sepanjang hayatnya sehingga kini karya-karyanya juga banyak dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para mahasiswa dan cendikiawan Islam.

PENERIMA KEDUA

YBHG. PROF. DATUK DR. MAZLAN OTHMAN

1. Nama - YBhg. Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman

2. Tarikh lahir - 11hb. Disember 1951

3. Tempat lahir - Seremban, Negeri Sembilan.

4. Pendidikan awal - Kolej Tunku Kurshiah (tamat tahun 1963)

5. Pendidikan tinggi - University of Otago, New Zealand (Bidang astrofizik)

 Catitan : – Beliau merupakan wanita Malaysia yang pertama membuat pengkhususan di dalam bidang astrofizik.


6. Karier - (i) Berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai tutor pada tahun 1975.


(ii) Mendapat ijazah kedoktoran di dalam bidang astrofizik dari University of Otaga pada tahun 1981 – dinaikkan pangkat menjadi pensyarah.


(iii) Pada tahun 1990 beliau telah mula berkhidmat dengan Bahagian Planetarium, di bahagian Kajian Sains  Angkasa.

(iv) Dari tahun 1992 sehingga 1999 beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah di bahagian Kajian Sains Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.


(v) Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Profesor Astrofizik di Universiti Kebangsaan Malaysia.


(vi) Dari Oktober 1999 sehingga Jun 2002, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Hal Ehwal Angkasa Lepas, Pertubuhan Bangsa – bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Austria. (Catitan : – Beliau merupakan wanita kedua dilantik ke jawatan itu)


(vii) Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah di bahagian Kajian Sains Angkasa di Jabatan Perdana Menteri. Di Jabatan Perdana Menteri beliau telahpun diamanahkan menerajui mikrosatelit Negara iaitu :-

• Satelit Tiung-SAT 1

 • RAZAKSAT

Mulai Julai 2002 beliau telahpun menubuhkan agensi Angkasa Lepas dan mengetuainya. Mengetuai Planetarium Malaysia mulai Julai 2002.


7. Diantara sumbangan-sumbangan besar tokoh ini.


(A) Dalam Negara

 (i) Merangka Dasar Udara Nasional.


(ii) Terlibat dengan perbincangan dan koordinasi kerja-kerja yang berkaitan dengan kegiatan udara.


(iii) Merangka undang-undang dan program-program di udara Malaysia.


(iv) Terlibat dengan merangka perjanjian dan konvensyen udara.


(v) Terlibat dengan merangka infrastruktur, modal insan, rekacipta, pembinaan satelit dan lain – lain kegiatan yang berhubung kait

 dengan udara.


8. Hasil-hasil karyanya :-


(i) Teaching aids in Physics Education Astronomi Sezaman terbitan Fajar Bakti (1987)

 (ii) The Power of Water A-Malaysia Odyssey (1997)


9. Anugerah-anugerah dan gelaran-gelaran yang diterima :-


(i) Pingat Khidmat Cemerlang dari Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994.

 (ii) Pada tahun 1996, beliau menerima Anugerah Wanita Cemerlang, Tan Sri Fatimah Avon di dalam bidang pendidikan

 (iii) Pada tahun 1997, beliau telahpun menerima bintang Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

 (iv) Pada tahun 1997, beliau telah menerima anugerah Ijazah Kedoktoran Sains dari Universiti Ortaga.

 (v) Pada Julai 2003, beliau telahpun dianugerahkan Tokoh Saintis Khas oleh Centre for Intelectual Promotion and Technological

 Advancement (CIPTA)

(B) Luar Negara

 Semasa bertugas di Bangsa-bangsa Bersatu beliau telahpun memberikan ceramah-ceramah dan ucaptama di merata dunia mengenai tajuk-tajuk yang berhubung kait dengan ‘astrophysic’, teknologi satelit dan dasar-dasar mengenai angkasa lepas.

Beliau telahpun menjadi penilai dan pengadil/hakim kepada beberapa kertas-kertas kerja mengenai fizik dan udara serta mempengerusi beberapa persidangan, simposium dan bengkel.

10. Kejayaan paling cemerlang tokoh ini ialah :-

Segala kerja-kerja penyelidikan dan sumbangan-sumbangan besar beliau di dalam bidang ilmu sains angkasa telahpun menjadi perintis untuk melahirkan angkasawan Negara seperti Dr. Sheikh Muszaffar dimana dihari-hari depan rakyat Malaysia akan merasa bangga di atas pencapaian Negara kita di dalam menerokai angkasa lepas menjelang tahun 2020 yang meletakkan asas untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara yang maju, moden, berinovasi dan menyerlah di dalam bidang sains dan teknologi.

No comments:

Kekalkan Dominasi Pemerintahan Islam Malaysia

(Ikhtibar dan Ikhtiar) Dominasi pemerintahan Islam wajib dikekalkan di Malaysia. UMNO@Barisan Nasional. Selagi kepemimpinan UMNO yg mendo...