Siapa sebenarnya Jawa di Malaysia

بسم الله الر حمن الر حيم


Sikap sesetengah orang Jawa  Malaysia yang terlalu rendah diri untuk mempertahankan hak mereka sebagai orang Jawa  dan membincangkan masalah mereka kerana bimbang dilabelkan sebagai perkauman ,  malah untuk berbahasa Jawa dan menyebut  asal usul  berturunan  dari Tanah Jawa  juga  dianggap perkauman , sedangkan  kenyataan itu ada dalam sejarah  Malaysia , bahwa suku  jawa adalah bangsa yang sudah merdeka .

Sesungguhnya orang Jawa  telah banyak berkorban dan mengalah sejak dahulu untuk mengekalkan perpaduan kaum dan mengasimilasikan diri dengan budaya Melayu  dan menyelami keserasian hidup dengan kaum kaum lain dan membantu pembangunan  serta melestarikan kehidupan  dinegara ini.

Orang Jawa  perlu mengekalkan perpaduan di kalangan mereka bukan untuk merampas hak orang lain tetapi untuk mengekalkan hak dan keistimewaan bangsa  Jawa dan keMelayuan nya .

 Golongan yang terlalu mengutamakan  kepentingan pencapaian  dan merit sebenarnya memberikan ruang kepada kaum bukan Jawa @Melayu   untuk muncul sebagai yang terbaik dan akhirnya orang orang Jawa dan keMelayuan nya  akan terus kehilangan budaya dan bahasa serta ketinggalan disegi pencapaian pendidikan dan pembangunan ekonomi, begitu juga sosio budayanya makin tenggelam , malah lebeh dari itu bahasa nya akan terus hilang dan pupus , jesteru kealpaan dan kerendahan hati dan naluri si jawa yang durjana terhadap diri dan leluhurnya .

 Walaupun diasimilasikan Jawa pada keMelayuannya  tetapi orang Jawa  akan tetap teraniaya dan terpinggir  , jesteru asal usul dan keturunan yang masih diperlekehkan dan dilondehkan kewibawaan serta  keikhlasan dalam mendepani persekitaran kehidupan mereka .

 Bukan mahu mengatakan orang Jawa  ini tidak berkeupayaan tetapi kalau tak nak melihat orang Jawa dengan keMelayuannya ,  kehilangan budaya dan bahasa serta keterampilan dan kepakaran , pasti kita mampu  bersuara dan mempertahankan hak kejawaan dan keMelayuan  yang telah meresapi jiwa raga kita  dalam mengutarakan kepentingan bersama memacukan keunggulan dipersekitaranya.

Adakah minda orang Jawa terperosok hingga tidak berani bangkit menggugah Kaum Jawa di Malaysia ?

Adakah orang Jawa akan terus ketinggalan dalam semua hal pencapaian dan pengelibatannya dalam arena politik  yang memang tak pernah wujud walaupun mereka mempunyai majoriti jika setanding  kaum  India dan Cina  dllnya ?

Banggakah kita mengatakan diri kita Jawa sedangkan natijahnya kita terpenjara minda dan menjadi perlarian di bumi Malaysia  yang merdeka ?

Keberanian  entiti  bangsa akan tetap  memayungi kesengsaraan minda si  Jawa dengan keMelayuannya.  Adakah rasis jika orang Jawa bersuara menegakkan kepentingannya ? .


Hayati dengan matahati , perjuangan itu mesti ditegakan dengan keberanian dan kelantangan , menggugah persekitaran memenuhi kebersamaan hak dan kebebasan kemanusiaan yang mutlak . Islam adalah keutamaan yang abadi .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand