Monday, July 25, 2011

150,000 ahli Umno Pulau Pinang mesti berdiri tegak , jangan jadi GAGAK.

بسم الله الر حمن الر حيم

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman , tak perlulah nak menggelabah tentang  birokrasi kerajaan negeri sedia ada . Adalah lebih baik tumpukan usaha untuk menggembelengkan tenaga dan mengumpulkan dana bagi kepentingan orang Melayu Islam Pulau Pinang untuk bergerak maju menguasai apajua bidang agar Melayu Islam Pulau Pinang tidak ketinggalan dan dipinggirkan .
Walaupun umno (BN) tidak lagi menguasai pemerintahan Pulau Pinang , bukan bermakna kepemimpinan Umno tiada jalan yang lain untuk menggugah minda dan pemikiran mereka untuk bangkit dengan kekuatan yang ada agar teguh melakukan perubahan minda mereka . Sebaiknya Umno Pulau Pinang berusaha mengembangkan ukhuwah Islamiah dikalangan mereka dan mencari dana awam melalui sumbangan dengan kegiatan kegiatan yang dilaksanakan , agar kemampuan mereka membangunkan ekonomi Islam dirasai dan bisa dibangunkan  dengan kekuatan yang ada . Kawasan kawasan Melayu islam sedia ada masih boleh dikembangkan ekonominya denga membangunkan prasarana dan kegiatan yang memberikan keuntungan dan maslahat dan keutamaan orang orang Islam di Pulau Pinang .
Jika kepemimpinan  Umno memang mahu membantu dan membangunkan persekitaran yang baik , tak perlu mengharapkan  sumbangan , kumpulkan kepaduan minda orang orang Islam , bangunkan ekonomi dan persekitaranya dengan ukhuwah Islamiah . Inilah masa bagi Umno Pulau Pinang memperlihatkan kekuatan dan keikhlasan kudrat membangunkan wawasan dan wadah perjuangan Islam .
Inilah yang semestinya disemerbakan dikalangan masyarakat Islam dan kalangan orang orang Melayu . Dana tentunya bisa dikumpulkan , asal saja kepeminpinan Umno Pulau Pinang  sedia turun padang membanting tulang dan kudrat dengan lapang dada , bukan melaungkan suara yang tak mungkin mampu menggamit  telapak tangan DAP yang berkuasa diPulau Mutiara itu .
150,000 ahli Umno Pulau Pinang usahlah  jadi burung gagak yang suka membiak dan akhirnya mati tertembak !!
Apakah kepemimpinan Umno Pulau Pinang juga telah hilang arah dan hala , hingga tak mampu berdiri teguh dengan keyakinan yang kukuh memadukan ukhuweah Islamiah dikalangan mereka ?
Saya percaya , jika kepemimpinan  Umno sedia ada di Pulau Pinang pasti mampu  berubah minda , apalagi sedikit masa lagi kita menghampiri kemulian bulan yang  mulia , letakanlah genggaman dan kekuatan ukhuwah Islamiah dipersekitarannya .
Keikhlasan pimpinan Umno Pulau Pinang mesti keterdepan dengan keutamaan melaungkan perpaduan dikalangan orang Islam , sambil mengumpulkan dana awam demi membangunkan kemudahan dan prasarana ekonomi Islam secepat mungkin . Bila lagi kepemimpinan Umno akan mampu tegak tanpa kuasa ditangannya ????
( Sekilas pandang )
“Kalau UMNO yang buat demonstrasi, jumlahnya bukan 1,000 orang seperti semalam tetapi jumlahnya akan jadi berpuluh ribu orang,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman “
saya kata " Kalau semua 150,000 orang ahli Umno tampil menyumbangkan dana seikhlas mungkin , pasti keberkatan itu akan melimpah ruah dan mampu membangunkan persekitaran yang lebih baik khususnya untuk orang orang Melayu Islam ....belum lagi yang bukan ahli Umno , ,,,tak ke begitu ker DATUK ????
Satu Minggu satu kawasan( Mesjid ) ...setahun akan datang pasti semua orang Islam akan merasai kegemilangan dipersekitarannya //

 

No comments:

Kekalkan Dominasi Pemerintahan Islam Malaysia

(Ikhtibar dan Ikhtiar) Dominasi pemerintahan Islam wajib dikekalkan di Malaysia. UMNO@Barisan Nasional. Selagi kepemimpinan UMNO yg mendo...