( Double Standard ) Kerajaan ditelanjangkan , keadilan: siapa nak bersihkan ??

بسم الله الر حمن الر حيم

Keadilan budak ni dah ditegakan ...kerajaan berpuashati dengan tindakan membawanya kemuka pengadilan hanya kerana kesalahan gagal menyertai program PLKN pada tahun 2005 . Dah nasib budak ni kot ...sebab tuh kerajaan dan penguatkuasa tak segan silu tangkap dan tuduh di mahkamah. Ramai yang mengeluh dan hanya mampu melihatnya saja . Lain pulak dengan Si Ambiga dan kuncu kuncunya , walaupun jelas melakukan kesalahan tapi dibiarkan  , malah ditatang ??? // laporan lanjut lihat sini

Si Ambiga yang jelas mengetuai suatu kumpulan  yang telah digazetkan sebagai Pertubuhan Haram , malah dibenarkan mengadap YDP Agong dan bebas bergerak tanpa di heret ke Mahkamah .


Tengok pulak yang sekor nie ????????????? Si Ambiga dan kroni mereka jelas telah menyalahi undang undang dinegara ini tetapi kerajaan langsung tidak mengambil apa apa tindakan keatasnya ??????

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, menjadi remaja pertama di negara ini yang dihukum oleh mahkamah kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara .
Beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret.
 Disebabkan kesempitan hidup, Ahmad Hafizal yang mengambil upah membuat bendang untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara.  Ahmad Harizal, yang tidak diwakili peguam dan tanpa ditemani keluarga, dituduh mengikut Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.  
Dia didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah, pada 25 Julai 2004.  Berseluar jean, berbaju T biru dan berselipar, Ahmad Harizal yang mulanya tenang ketika hukuman dijatuhkan, kelihatan agak sebak ketika dibawa polis untuk dihantar ke penjara.
Walaupun sudah dijatuhkan hukuman, Ahmad Harizal, masih perlu mengikuti PLKN seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 18 (2) akta yang sama. Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira latar belakang tertuduh yang terpaksa bekerja untuk menanggung dua adik dan ibunya.
 “Walaupun datang daripada keluarga miskin, kamu tidak seharusnya membelakangkan arahan kerajaan yang mewajibkan setiap remaja lepasan sekolah menjalani PLKN.
“Kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk menyediakan PLKN bertujuan membentuk sahsiah dan menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda.
"Saya berharap hukuman ini menjadi pengajaran kepada remaja lain supaya tidak memandang ringan arahan kerajaan apabila diminta menghadiri PLKN," katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norfiza Mohamed Noordin.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, menerusi Pegawai Akhlak, Wan Shuhairee Wan Salim, turut mengemukakan laporan kepada mahkamah yang mengesahkan Ahmad Harizal daripada keluarga miskin.
Dalam rayuannya, Ahmad Harizal meminta mahkamah meringankan hukuman kerana keluarganya miskin dan perlu bekerja untuk menanggung dua adiknya yang masih bersekolah.
Anak kedua daripada empat beradik itu juga mengakui tidak menyedari bahawa kegagalan menghadiri latihan PLKN sebagai satu kesalahan.
Beliau tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai seorang pembantu tadika dan tiga adik beradiknya yang lain setelah ibunya berpisah dengan bapanya.
Sementara, Norfiza dalam hujahnya berkata, walaupun miskin, Ahmad Harizal tidak terlepas daripada menjalani PLKN seperti yang diwajibkan kepada remaja lain.
Katanya, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada remaja lain supaya tidak sewenang-wenangnya mengingkari arahan kerajaan.

Jelas sekali mereka telah menyalahi undang undang , tapi pihak penguatkuasa gagal untuk mengambil tindakan demi keluhuran undang undang .
Jika dibandingkan kesalahan yang dilakukan olih seorang anak petani yang miskin dan hanya gagal hadir untuk menyertai program PLKN anjuran kerajaan pun  diheret ke Mahkamah dan merengkok kat lokap , manakala si Ambiga dan kumpulannya masih bebas , malah dibenarkan mengadap YPD Agong dan media massa jadi bungkam , sedangkan si ambiga makin lantang bersuara dan pihak berkuasa terus pejam mata  .Tindakan ini jelas menunjukan pihak berkuasa tidak bertindak dengan telus dan adil dalam menegakan keadilan dinegara ini .
( Double Standard )  yang ujud dinegara ini , jelas merendahkan martabat ujudnya sebuah kerajaan yang sepatutnya melaksanakan dasar dengan ketelusan . Tidak hairan jika suatu waktu negara ini akan menjadi medan perbalahan dan kemungkinan perang disebabkan ketidakadilan  berterusan berlaku . Natijahnya ada didepan mata kita semua ???

Comments

nikko Nhance said…
Memang betul tak mengikut arahan kerajaan, tetapi berapa ramai samseng2 yang tak ikut arahan kerajaan, memperlekehkan adalah, ada ke kerajaan mengambil tindakan...eeemmm rasanya tidak...dan kerajaan tak akan berani ambik tindakan. TETAPI.. konon nak tegakkan keadilan, yang menjadi mangsa..org-org miskin yg x mampu membayar peguam berjuta-juta ringgit,..tindakan hakim tu memang nampak betul untuk jadi pengajaran kepada yang lain tetapi kenapa tidak menggunakan budibicara, undang-undang manusia pulak tu...siasat latarbelakang budak tu, kenapa beliau tidak ikut PLKN..wajar ke kena penjara 14 hari...tapi PETUALANG negara yg nak membuat kacau di dalam negara..di biarkan...kebal sangatke mereka2 tu..entahlah, dimana keadilan untuk rakyat biasa..TAK TAULAH...sbb org macam kami ni tak mahir bahasa undang-undang, hanya ikut logik akal sahaja, bukan nak menghina keputusan mahkamah, tidak sama sekali...hanya memberi pendapat ikut logik. terima kasih.

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand