heret segera S Ambiga ke muka pengadilan ! kerajaan tak komited tegakan keadilan .

بسم الله الر حمن الر حيم

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia komited untuk melindungi dan memastikan kebebasan berterusan badan kehakiman Kerajaan Komited Pastikan Kebebasan Badan Kehakiman

Budak ini sekadar mengabaikan notis dan gagal join PLKN saja digari dan diheret ke Mahkamah dan dijatuhi hukuman , sedang S Ambiga dan kuncu kuncunya dilayan bak bintang Hollywood ??


Bila agaknya pihak berkuasa mahu mengheret  Penganjur Bersih dan kuncu kuncunya ke muka pengadilan . Telah nyata dan jelas penganjur bersih tidak mematuhi peraturan dan undang undang dinegara ini , tetapi kelewatan pihak penguatkuasa dan Peguam Negara mengheret mereka yang terang terang telah melakukan pelbagai kesalahan dibiarkan berlarutan tanpa menerima hukuman setimpal dengan tindakan yang telah mereka lakukan . 



Ketidak adilan dan ketidak telusan penguatkuasa dalam isu keadilan awam memang ada double standard , memandangkan pelbagai kesalahan jelas telah dilakukan , tetapi untuk membawa mereka yang jelas telah melakukan kesalahan hanya tertumpu kepada kepentingan kelompok  tertentu sahaja . Kelewatan tindakan pihak penguatkuasa dan keteledoran peguam Negara dalam menangani isu keadilan ini telah sering diketengahkan tetapi tidak diambil perhatian oleh pihak kerajaan . Inilah masalah hilangnya sokongan awam terhadap pemerintah (BN) yang gagal sama sekali bertindak dengan adil dan saksama keatas semua warganegara atau orang asing dinegara ini .

Tindakan melewat lewatkan sesuatu pertuduhan keatas pesalah memang menjadi suatu igauan pada rakyat , terutamanya golongan sederhana dan miskin , yang sering dijadikan kambing hitam jika mereka melakukan kesalahan , sekelip mata saja muka muka merejka terpampang didada dada akhbar perdana telah dituduh dan dijatuhi hukuman. Fenomena ini melibatkan kesalahan yang sekecil kecilnya hinggalah kesalahan yang sebear besarnya .

Kerajaan melaungkan suatu dasar kesaksamaan keadilan , dalam waktu yang sama tidak memantau dan tegas serta telus mengambil tindakan kepada orang yang telah  melakukan kesalahan .

Apakah badan badan NGO terutamanya SUHAKAM yang angkuh dan kononnya berkaliber itu hanya melihat disudut yang berlainan demi membangunkan kepentingan mereka sahaja ? Inilah natijah yang perlu ditadah golongan sederhana dan rendah yang pasti kalah dan terngadah membela diri mereka dalam kancah keghairahan kemanusiaan membebaskan hak dan kebebasan nya . Dimanakan hak keadilan sejagat yang dilaung laungkan itu ?

Mungkinkah Satu Suruhanjaya Diraja perlu diujudkan ?????????? demi keadilan sejagat//

RTM Sedia Siarkan Video Rakaman Keganasan Perhimpunan Haram tapi tak bersedia mendedahkan kesalahan mereka

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand