Seminggu lagi , PDRM baru mampu tegakan keadilan ?

بسم الله الر حمن الر حيم
ha...aaahh Siasatan Berhubung Perhimpunan Haram 9 Julai, Dijangka Siap Minggu Ini

Ekoran gerakan bersih.20  untuk mengadakan himpunan awam dijalanan , kerana tuntutan pilihanraya yang bersih  dikatakan tidak mendapat ruang untuk ditegakan , keegoan mereka jelas dengan enggan patuh pada peraturan dan undang undang sedia ada dengan meneruskan himpunan yang jelas telah diharamkan pihak penguatkuasa (PDRM) sejajar dengan perintah yang dikeluarkan Mahkamah .
Himpunan haram itu telah pun berlalu , malangnya PDRM dilihat masih gagal membawa mereka yang didapati terang terang telah melakukan kesalahan kemuka pengadilan ,,,,,,,,,,,,,,,,,,, hanya seminggu akan datang siasatan dikatakan akan disiapkan .
 Kenyataan sebegini jelas menunjukan ketidak perihatinan penguatkuasa undang undang dalam menegakan sesuatu keadilan yang seimbang dikalangan orang orang yang telah melakukan sesuatu kesalahan dinegara ini .
Siasatan itu belum lagi diserahkan pada peguam negara untuk dikaji dan diselusuri mengikut kesesuaian pandangan terhadap fakta fakta kejadian yang mana perlu dituduh dan yang mana perlu dilepaskan tanpa sebarang tindakan .
Kuasa sebenarnya terletak atas kebijaksanaan Peguam Negara yang menentukan tindakan susulan . Jika siasatan PDRM masih memerlukan seminggu lagi untuk menyiapkannya , pasti ianya masih lama lagi untuk menuduh mereka diMahkamah ....
Jelas dan nyata kepemimpinan  PDRM masih bergelut dengan prosedur perundangan untuk menilai kesesuaian seksyen untuk menuduh mereka di mahkamah , sedangkan hal ini dari awal lagi sepatutnya telah jelas dan dimaklumi semua pihak pimpinan tertinggi PDRM , tentang sesuatu siasatan dan pertuduhan berkaitan  yang perlu diambil , kerana himpunan itu telah lama dirancangkan .
 
PENCEGAHAN ADALAH LEBIH BAIK DARI TERUS MEMBIARKAN  ORANG YANG JELAS BERSALAH MELAKUKAN  KESALAHAN YANG LEBIH PARAH ...JIKA PDRM SENDIRI MEMPERLEKEHKAN UNDANG UNDANG , ADAKAH UNDANG UNDANG SEDIA ADA  MAMPU DITEGAKAN ?

PDRM sepatutnya telah bersedia menanganinya , bukan setelah ianya berlaku , apalagi  gerakan yang dirancangkan itu  dari awal lagi telah melanggari undang undang sedia ada dinegara ini hinggalah ianya diwar warkan sebagai organisasi haram .
Tindakan memperlambatkan siasatan  ini , sepatutnya tidak berlaku . Keterampilan PDRM  boleh dipertikaikan . Seharusnya PDRM telah bersedia membawa mereka ke muka pengadilan sebaik sahaja mereka dibebaskan dengan jaminan Polis , sekurang kurang seminggu selepas kejadian itu memandangkan segala keterangan semestinya telah dikumpulkan untuk menuduh dan menyabitkan kesalahan mereka .
Persoalannya , kenapa PDRM mengambil masa yang lama dalam menangani  situasi ini , lebih lebih lagi gerakan ini jelas suatu gerakan yang telah diharamkan .
Adakah kepemimpinan PDRM bertelingkah sesama sendiri dalam membuat keputusan atau  terpaksa tunduk dengan tekanan luar ?
Kebebasan PDRM dalam memertabatkan keadilan awam mesti diambil perhatian dengan sebaik mungkin , agar semua tindakan penguatkuasaan PDRM dilihat tidak memihak kepada mana mana kepentingan kumpulan , tetapi teguh dengan ketegasan dan kekentalan mengungguli keadilan  demi kepentingan rakyat secara keseluruhan . Intergriti PDRM mesti dikekalkan  dalam apajua masaalah melibatkan undang undang negara ini .
Rakyat umumnya  ternanti nanti  perkembangan siasatan ini . Pelbagai isu membabitkan PDRM mesti diselesaikan dengan keberanian dan ketegasan yang jelas demi mengukuhkan persepsi orang awam terhadap keterampilan PDRM sebagai badan penguatkuasa yang unggul di rantau ini .
Mampukah PDRM mengheret kumpulan haram ini kemuka pengadilan ? Tunggu sajalah seminggu yang akan mendatang , samada PDRM akan dijulang atau ditelanjangkan terus dilapangan.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand