Hak Mutlak Islam melindungi keamanan negara mesti dipertahankan

بسم الله الر حمن الر حيم

Hak Mutlak Pemerintah Islam negara ini dalam melindungi keamanan negara ini sudah dicabuli , oleh segolongan manusia yang berfikiran kuffar , yang jelas ghairah menegakan ideologi yang bertentangan dengan kepentingan Islam yang menaungi keamanan sejati .
Jesteru  gagasan  yang mengungguli kerakusan kuffar itu  hanya memanipulasikan agama Islam sebagai agama resmi dinegara ini perlu dibenteras secara habis habisan .
Kerajaaan ( Ketuanan Melayu Islam ) mesti bangkit dengan ketegasan mutlak sejajar dengan kekuatan dan keyakinan ajaran Islam dalam memerangi keserakahan golongan yang semakin lantang untuk menutupi keaiban mereka sendiri dan menjadikan negara ini medan melebarluaskan gerakan mereka untuk merusak dan mencerobohi hak mutlak Islam , memecahkan keamanan dan ketenteraman awam .
Kebangkitan kita untuk menegakan hak kebebasan dan keamanan mutlak Islam mampu  memerangi  keegoan mereka dalam menyusupi pemikiran rakyat terutama umat Islam . Majoriti rakyat beragama Islam  masih mendominasi seluruh negara dan kekuatan kuasa pemerintahan sedia ada masih kental untuk bangkit menguatkan jajaran nya . Kesombongan kita adalah suatu keyakinan mutlak demi menegakan kebesaran serta keunggulan agama Islam dinegara ini .
Mereka hanya gagah melaungkan hak kebebasan manusia mengikut acuan dan akal mereka sahaja , sedang natijahnya mereka tidak  mempunyai kebebasan mutlak untuk menafikan keujudan agama Islam dalam menggenggam keamanan dan ketenteraman persekitarannya . Pencabulan mereka jelas amat mengaibkan kemutlakan kekuasaan dan keunggulan Islam . Pegangan dan pemikiran mereka tidak selaras dengan dasar Islam .
Sayugia diingatkan bahawa kemutlakan tuntutan Islam melebihi segala galanya didunia ini . kekuasaan pemerintahan negara ini ditangan kekuasaan Islam , tetapi telah dicabuli sewenang wenangnya . Mereka hanya mencari ruang kesalahan pemerintahan , sedangkan mereka gagah merusakan keamanan dan ketenteraman  , tanpa mahu mengikut pedoman dan petunjuk yang berlandaskan tuntutan Islam.
Pemerintah perlu tegas , bangkitlah , sudah tiba  masa bagi pemerintah bertindak mengujudkan suatu badan khas Islam untuk menjalankan Inkuiri terhadap pihak pihak yang mencerobohi kemurniaan  ajaran Islam .
Gerakan golongan ini jelas dengan sengaja dan  sewenang wenangnya mahu menghancurkan ketenteraman dan keamanan yang sentiasa dilindungi oleh pemerintah ( Ketuanan Melayu Islam ) diMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand