S.Ambiga , andartu ? KDN tak bernafsu !


بسم الله الر حمن الر حيم



Ambiga Sreenevasan, adalah orang yang menjadi peguam kes murtad Lina Joy dan bertanggungjawab, bagi pihak Majlis Peguam, menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) kira-kira 10 tahun lalu. Gagasan Bersih hanya suatu platform untuk  beliau mengembangkan sayap perjuangannya yang jelas hanya untuk meruntuhkan pegangan dan kekuatan pemikiran  ketuanan Melayu Islam dinegara ini .

Gagasan bersih yang diketuainya jelas dimonopoli suku kaum India  dan Cina , manakala hanya segelintir orang Melayu yang sesat  dan terjerat  dijadikan kuda tunggangan untuk memalingkan kebejatan mereka memporak perandakan Negara ketuanan Melayu Islam dirantau Asia Tenggara .

" Without Fear or Favour , Ambiga Sreenevasan must be put behind bars before she resurfaces"


Walaupun  himpunan bersih mendapat bantahan daripada berpuluh pertubuhan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat Islam dan ratusan laporan polis dibuat oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan terhadap penganjur perarakan itu cukup untuk menunjukkan bahawa majoriti rakyat Negara ini menolak budaya demonstrasi jalanan dan amat menghargai keamanan.

Himpunan dan perarakan  haram itu tidak lebih daripada cubaan pendokong liberalisasi mengembangkan  pengaruhnya  dengan penyertaan  parti politik pembangkang untuk mencetuskan momentum baru , bukan semata mata bagi menghadapi pilihan raya umum tetapi  sebagai strategi  dan dasar yang mahu dilebarluaskan untuk meruntuhkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan ketuanan Melayu Islam.

Pilihan raya di negara ini bukan tidak bersih kerana pihak pembangkang telah ikut serta bertanding , malah mampu memenangi beberapa negeri dan menyebabkan  parti pemerintah kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen .

Himpunan dan perarakan haram itu tidak lebih daripada cubaan penganjur yang jelas dicanangkan oleh S Ambiga dan kuncu kuncunya dengan dokongan parti pembangkang sebenarnya  bukan mahu menuntut pilihan raya bersih dan adil tetapi mahu memberi nafas serta modal baru kepada pengembangan dasar liberalisme penganjur  dan penyertaan parti pembangkang nyata digerakan untuk  menjatuhkan sistem demokrasi sedia ada dan meruntuhkan kekuasaan ketuanan Melayu Islam .

Dasar dan strategi gagasan S Ambiga ini telah pun berlarutan dan dibiarkan hingga mereka makin berani mecanangkan ruang  pemberontakan dijalanan dan meminggirkan kesantunan adab dan budaya orang orang Melayu Islam , memperlekehkan undang undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Penerimaan rakyat berbilang kaum kepada kerajaan bukan suatu persoalan buat gagasan bersih , tetapi pemikiran liberalisasi dalam era globalisasi yang  membiak dan bertapak diseluruh pelusuk Negara Negara Islam  telah menjadikan mereka makin lantang menyuarakan hak kebebasan , keadilan dan kemanusiaan tanpa menginsafi keberadaaan mereka yang jelas hidup dalam situasi aman dan damai , dikaburi dengan keserakahan minda mereka untuk menegakan ideology  yang didokong oleh kuasa kuasa besar dunia , sedangkan mereka sendiri teraniaya dan dijarahi minda serta persekitarannya .

Malaysia sebuah Negara Islam sejak dimerdekakan memang masih dijarah dengan pelbagai penyusupan ideology demi  kepentingan ekonomi dan menjarahi pengembangan agama  Islam , penyusupan mereka dalam pelbagai agensi telah memungkinkan mereka bergerak dengan dokongan rakyat tempatan dan jelas sekali himpunan bersih ini terus digerakan walaupun mendapat bantahan majoriti rakyat , malah titah YDP Agong hanya dipandang remeh dan langsung tidak dihormati , jelas sekali keberanian mereka mencabuli persekitaran ketuanan Melayu Islam makin jelas dan perlu dibenteras dan dihapuskan segera .

Malaysia  mempunyai pelbagai undang-undang bagi mencegah perkara yang boleh mencetuskan keadaan huru hara .KDN(PDRM)  tidak seharusnya takut untuk bertindak walaupun pelbagai tomahan dan andaian  antarabangsa ditumpukan kenegara ini , yang penting ialah ketenteraman majoriti rakyat negara  yang cintakan keamanan dan ketenteraman , malah keadilan serta keunggulan Islam mesti ditegakan bukannya pandangan negara atau media asing.

Jesteru itu sudah sampai masa bagi pihak berkuasa mengambil tindakan yang sekeras kerasnya keatas petualang petualang  tersebut , terutama S.Ambiga dan kuncu kuncunya , demi mengekalkan perpaduan  dan keutuhan sistem demokrasi sedia ada dinegara ini .

p/s: Aduhai  S Ambiga betul ker kau andartu ??? kalau berani buat lah  lagi …KDN(PDRM) pun suka tengok  , makan minum free style vvip lagi …lepas makan makan relax pasti boleh bebas lagi . …hak semua rakyat yang melarat . Pasti dijamu dengan pelbagai juadah yang sedap sedap .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand