MKN gagal basmi keujudan Wahabi yg dilabelkan sebagai pengganas ?


بسم الله الر حمن الر حيم

" Isu Wahabi ini menjadi duri dalam daging , jika Majlis Keselamatan Negara (MKN ) telah pasti ianya menyalahi peraturan dinegara ini , pastikan golongan wahabi ini telah diambil tindakan dan tidak lagi menjadi suatu persepsi yang mengelirukan orang awam , jika kegiatan mereka ini ada unsur unsur keganasan , sebaiknya ianya dibenteras secara habis habis . MKN sepatutnya mengkuarantinkan mereka yang terlibat agar rakyat tak terjerat dan terpaksa menanggung mudarat berpanjangan . Bertindaklah dengan cepat sebelum ia nya makin melarat dan menjejaskan keharmonian rakyat "


KUALA LUMPUR, 26 Julai 2011 – Pemuda UMNO mendesak Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi penjelasan berhubung laporan media kononnya semasa mesyuaratnya yang telah diadakan semalam telah mengenalpasti bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Asri Zainul Abidin, serta beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas

Sambil meliharkan rasa terkejut, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan tersebut betul.
Tegas beliau sebarang maklumat yang telah dibentangkan itu hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa dan tidak memberikan peluang kepada Dr Asri serta mereka yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas itu membela diri dan memberikan hujah bagi menjelaskan kedudukan mereka.

“Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah.
“Saya tidak nampak langsung sebarang tindakan atau usaha subversif daripada Dr Asri yang melayakkan beliau untuk dilabel sebagai pengganas”, katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.
Jelas beliau lagi sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima apatah lagi apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas.

“Oleh yang demikian, saya mendesak agar Majlis Keselamatan Negara memberi penjelasan berhubung laporan media yang berkenaan dan sekiranya benar memberi Dr Asri dan mana-mana tokoh agama Islam yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas peluang untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan”, katanya. - umno-online

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand