an influence on the manner of Ambiga stubbornness

بسم الله الر حمن الر حيم


Datuk Ambiga Sreenevasan masih tetap mempersalahkan  pentadbiran DS Najib , setelah beliau tanpa segan silu dan turun ke jalanan meneruskan gagasan himpunan bersih 2.0 , sedangkan pelbagai saranan dilontarkan  ,  banyak  laporan polis dibuat membantah penganjuran himpunan bersih , malah YDP Agong telah menitahkan agar  akur dengan saranan majoriti rakyat , supaya tuntutan bersih bagi penambahbaikan  proses pilihanraya  dibincangkan dan diselesaikan mengikut saluran yang sebaik mungkin dan tidak menggunakan momentum ugutan dan desakan membabitkan rakyat dijalanan .

Pihak berkuasa juga menegaskan bahawa gagasan himpunan itu adalah himpunan haram , tetapi kedegilan Ambiga dan kuncu kuncunya memang disengajakan untuk menggamit momentum dan dokongan rakyat agar membuat ugutan serta kacau bilau dijalanan .

Ambiga  menolak tanggapan bahawa perhimpunan penghujung minggu lalu mirip kebangkitan rakyat  , tetapi  perlakuan berdemonstrasi  dan himpunan  dijalanan  yang berlaku itu jelas menunjukan kedegilan segolongan manusia yang hanya mahu memporak perandakan ketenteraman dan keamanan dinegara ini . Kebiadaban mereka jelas dan nyata .


Mereka terus melaungkan keegoan mereka  hanya semata mata mahu menagih simpati pihak lain , kononya hak asasi dan kebebasan tidak berlaku dinegara ini , lebih dari itu pihak penguatkuasa dipersalahkan kerana bertindak menyuraikan himpunan dengan menggunakan pelbagai kekerasan , serta meyalahi undang undang sedia ada , sedangkan pihak polis hanya menjalankan tugas yang diamanahkan untuk menjaga dan melindungi nyawa dan harta awam , dengan keupayaan sedia ada , mengikut situasi kejadian dipersekitarannya.

Bersih 2.0 sebenarnya bukan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bahkan telah menanamkan budaya samseng jalanan dikalangan rakyat Malaysia . Sikap dan adab yang ditunjukan oleh Ambiga dan pendokong bersih, jelas sekali hanya untuk mempelopori  budaya memberontak  dan menjatuhkan imej sebuah pemerintahan melalui protes dijalanan , bukan mahu menegakan  demokrasi secara jujur melalui proses musyawarah dan mematuhi  fitrah kemanusiaan , malah menanamkan kebencian umum kepada penguatkuasa keamanan yang memang diujudkan semata mata  untuk menentukan persekitaran  ini tidak dikotori dengan budaya  samseng yang menimbulkan  kacau bilau  dijalanan dan membawa kepada  ketidaktenteraman , kehilangan harta benda  dan  nyawa manusia.

Ambiga sepatutnya tahu dengan jelas peraturan sedia ada , sebagaimana yang telah termaktub dalam undang undang dan Perlembagaan , tetapi sebaliknya beliau telah mencabuli peraturan dengan sewenang wenangnya , malahan mengheret orang ramai untuk sama sama berhimpun dijalanan secara haram. Hasutan Ambiga ini tidak boleh dibiarkan berterusan , tindakan halus dengan menanamkan kebencian ini mesti dikuburkan.
Ribuan kudrat anggota Polis yang dikerahkan untuk menangani keserakahan individu dan kedegilan mereka  jangan sekali kali diputarbelitkan . Mereka hanya menjalankan tugas demi keselamatan dan ketenteraman awam . Apajua tindakan yang telah diambil sejajar dengan situasi  sekitarnya . Hanya mereka  mengerti akan kesukaran  untuk mendepani kerakusan orang awam yang telah hilang pedoman , gara gara kedangkalan dan kedegilan Si Ambiga dan rakan rakan perjuangan . Kepemimpinan mesti berani tampil kedepan , bukan memprovokasi dan mengambil tindakan sesuka hati  . Pada Ambiga dan pendokongnya …tengok kanan kiri kalau nak menyeberangi jalan . ..gunakan lah jejambat yang disediakan .

Majoriti cuma memerhatikan …dan  mengingatkan ……lain kali tiada maaf bagimu !!




Comments

Popular posts from this blog

The History of Al Aqsa Mosque

The destinies of Islam to Malaysia

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam