Melayu ditelanjangkan kebingungan dijalanan
بسم الله الر حمن الر حيم Ambiga Sreenevasan seorang peguam , malah pernah dilantik sebagai Presiden Majlis Peguam tentunya memahami prosedur undang undang dan sepatutnya akur dan mematuhi aspek perundangan dinegara ini , tetapi tindakan beliau yang terang terang membelakangkan keluhuran undang undang dan Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukan keegoan dan menanamkan kebencian minda awam , tetapi kebungkaman Majlis Peguam serta golongan peguam dinegara ini menunjukan kepincangan serta kedangkalan pemikiran golongan yang dikatakan cerdik tetapi tidak mampu dan ikhlas untuk mendaulatkan keluhuran undang undang dan keadilan sejagat . Pemikiran dan kedangkalan mereka menjerumuskan intergriti profesion guaman ketahap yang paling kotor dan rendah serta menjijikan .Jesteru ianya jelas dan nyata kerana golongan ini terus bungkam untuk menegakan keadilan sejagat dan tidak menghiraukan keresahan di persekitaran yang jelas akan me...