INTERLOK ,TAHTA DAN SINGGAHSANA DITELANJANGKAN

بسم الله الر حمن الر حيم


INTERLOK ,TAHTA DAN SINGGAHSANA DITELANJANGKAN

Terngiang telinga dan pedih mata melihat telatah segelintir warganegara Malaysia dalam menilai kosakata INTERLOK novel sasterawan Negara , membuat kita sebahagian besar warganegara mulai sedar betapa durja minda mereka membangkitkan perkara yang dikatakan durja , sedangkan ianya hanya cebisan kata dalam membentuk cerita sejarah dan budaya hidup kalangan warganegara .

Mereka mungkin juga terlupa sindiran kosakata novel itu juga ada merujuk pada budaya bangsa peribumi Malaysia ( Orang yang berkulit sawo bukan hitam legam macam arang ) TETAPI MAJORITI MEREKA DIAM SAJA MEMBACA KOSAKATA KIASAN yang merendahkan budayanya .

Ini lah natijah kebebasan hidup di Malaysia dan mungkin satu satunya dibelahan dataran dunia , warganegara yang ditatang menentang kiasan kosakata cela disudut pandangan budaya mereka , sedangkan sorotan cerita bukan hanya tertumpu khusus pada budaya satu bangsa sahaja . Cela dan kerendahan budaya bangsa majoriti nampaknya bisa di gadaikan minda jesteru kebodohan dalam menilai budayanya atau mungkin menganggap kebebasan minda , lebih maju dan hebat dan tak mudah terperanjat dan tergeliat geliat untuk mencari kata sepakat yang dianggap tidak ada keberkatan mengekalkan sejarah warisan dan peradaban di NEGARA SENDIRI .

BEJAT dan BIADAP kemungkinan tepat diterjemahkan , bukan untuk memadamkan hujatan dan entity kebudayaan dan kewarganegaraan , tetapi entity kebebasan dan kemerdekaan yang perlu di terjemahkan dengan keasyikan minda yang dikejar leka dipersekitaran kemajuan dan kemodenan hingga kelekaan itu menjerumuskan nilai kemasyarakatan menilai suatu kebebasan dan kemerdekaan yang sering di canang dan dipermainkan malah kini ditelanjangkan .

Tindakan ini dilakukan hanya untuk mencengkamkan pengaruh dan menggamit tindakan dan tekanan diluar jajaran budaya Malaysia . Ini lah ragam dan rencam yang mesti dinilaikan dengan kesaksian dan kesedaran yang mendalam entity bangsa dan warganegara majoritinya agar lebih peka dan teruja minda untuk tegak bersama memalingkan muka kebejatan dan kebiadapan . Kemerdekaan kita dalam Negara dengan kekuasaan tahta dan singgahsana , tetapi minda kita terpenjara dibalik kekolotan minda Cendikiawan yang buta melihat durja didepan mata , jika ini tidak ditadah dan diterjah jangan salahkan wajah merdeka melangkah gagah menjarah sejadah dan budaya serta singgahsana .

Ketentuan itu telah sirna , merdeka itu telah pun berbuah , tetapi kebebasan itu masih dinodai di persekitarannya . Ibupertiwi kesepian sendiri di balik dua nisan yang menandai kekeramatan warisan budaya dan sejarahnya . Waktunya telah tiba untuk mewangikan semula persekitaran kebebasan dan kemerdekaan dengan kekuatan dan kebanggaan budaya bangsa dan sejarahnya . Kini hanya masa dan waktunya menggerakan kudrat menjejaki derajat dan kerabat mengikat sendat tautan makrifat memagari jajaran desa dan kota , mengekalkan tahta dan singgahsana .

Rujukan UMNO ONLINE :-
KUALA LUMPUR, 24 Mac 2011– KERAJAAN BERSETUJU dengan dapatan PANEL BEBAS Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 PERKARA daripada 106 BENTUK CADANGAN PINDAAN BOLIH DIANGGAP MENYENTUH SENSITIVI MASYARAKAT INDIA .
TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan “tali” dipinda kepada “taali”.
“Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu (Paria) dalam novelnya.
“Tiga perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai,” katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) bersama empat lagi pertanyaan anggota Parlimen lain pada persidangan Dewan Rakyat berhubung kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara yang menjadi teks Komponen Sastera (Komsas) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata daripada 13 perkara yang berbaki, tujuh perkara dapat diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan “errata” di dalam novel terbabit bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India.
Katanya, enam perkara lain juga telah dapat diselesaikan kerana penulis sekali lagi telah bersetuju untuk meminda perkata “tuhan” kepada perkataan “dewa” dan menggugurkan frasa “orang berkulit hitam” daripada novel itu.
“Oleh yang demikian, kesemua ahli panel termasuk wakil masyarakat India telah bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit untuk membuat suntingan yang wajar kepada novel ini dalam cetakan akan datang,” katanya.
Selain itu, katanya, kementerian akan menyediakan satu glosari untuk memperjelaskan beberapa frasa dan konsep yang terkandung dalam novel Interlok bagi memudahkan murid memahami teks dan konteks novel yang memaparkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
“Alhamdulillah, dengan persetujuan yang dicapai oleh Panel Bebas dan perakuan yang dikemukakan kepada kerajaan, isu ini telah dapat diselesaikan dengan baik. Ini adalah satu testimoni yang amat nyata bahawa di negara kita tidak ada satu isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja perundingan.
“Dengan semangat musyawarah dan muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima, kita telah buktikan bahawa serumit manapun kemelut yang kita hadapi, kita dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.
“Episod Interlok ini menjadi bukti kepada kita betapa semangat perpaduan, penerimaan dan hormat menghormati antara kaum selaras dengan Gagasan 1Malaysia terus subur di negara kita,” katanya.
Muhyiddin berkata Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang.
Katanya, melalui adunan realiti dan imaginasi, novel itu cuba memaparkan suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka.

Comments

Salam,

Isu Interlok, bukan masalah besar tepai masalah "jiwa kecil" di kalangan segelintir kaum India.

Seperti biasa, pemimpin kita menanganinya dengan "jiwa besar" walaupun sebahagian kita berasa sukar menerima.

Tulisan sdra amat dalam maknanya. Teruskan mengupas isu semasa untuk meningkatkan audiens kita berkiran luas, kritis dan matang.

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand