YAYASAN DAN KEMARAHAN

بسم الله الر حمن الر حيم

Adakah kemandirian dan kebebasan Kerajaan Selangor dinafikan hak untuk menubuhkan Yayasan bagi membiayai kegiatan Politik  dan adakah dengan menubuhkan Yayasan itu mencerminkan ketidakbijaksanaan pimpinan dan mudah bagi pihak lain mengatakan itu hanya satu cara untuk menghalalkan perbuatan merompak dan menyalahgunakan wang rakyat ??
Selaku pimpinan yang baru Ketua Pemuda Umno Selangor ini nampaknya kurang sensitiviti  dalam mencernakan minda dan apakah keagresifan ini wacana yang mahu dibawa Pemuda Umno Sellangor untuk merebut kembali Pimpinan Kerajaan Negeri . Secara Logik mana mana pihak bebas untuk membuat saran untuk memacukan tujahan matalamatnya , asal saja ianya tidak menyalahi Undang Undang Negara ini . Jesteru kelantangan suara yang dilaungkan Pendita Baru ini akan hanya menghuruharakan situasi jika tidak diselusuri dengan kebijakan dan kajian Intelektual . Seharusnya kepemimpinan Umno Selangor perlu lebeh matang dalam mendepani Isu isu yang timbul dengan batas Akidah , Syariah dan Akhlak supaya dapat diteladani . Tindakan melulu dan buruk sangka hanya akan memusnahkan wadah perjuangan dan memecahbelahkan jejak jejak dan menjauhi adab dan kesopanan. Menerapkan nilai Akhlak disemua peringkat mesti dilebarluaskan jika UMNO/BN mahu merampas kembali  Kerajaan  Negeri Selangor , Kelantan , Kedah dan Pulau Pinang . Tunjukan lah kematangan dan pastikan semua penyokong mematuhi adab dan sopan santun di semua tempat , jika ini bisa dipelopori  pasti jatidiri akan lebih kukuh mewarnai tujahan perjuangan UMNO.

TELITI RENTAK PENDITA INI

Tubuh Yayasan Tindakan Terbaru Pakatan Rompak Wang Rakyat
Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh 0Share
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Cadangan kerajaan Negeri Selangor untuk menubuhkan yayasan bagi membiayai kegiatan parti-parti politik di negeri itu hanyalah satu tindakan silap mata bagi menghalalkan perbuatan mereka merompak dan menyalahguna wang rakyat.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata tindakan mereka itu sekadar mengaburi mata rakyat bagi memudahkan mereka mengguna wang sesuka hati dengan berselindung di sebalik nama yayasan
Hakikatnya tegas beliau mereka menggunakan duit Yayasan untuk kegunaan parti politik supaya rakyat tidak tahu bahawa duit yang digunakan adalah sebenarnya duit rakyat yang diperolehi daripada kerajaan negeri juga.
”Sebelum ini semua rakyat sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri telah menyalah-gunakan duit mereka utk tujuan politik.  Ini semua  adalah hasil nasihat dari penasihat ekonomi negeri Selangor yang kita tahu banyak tindakannya sebelum ini bertentangan dengan lunas undang-undang.
“Kenapa mereka melantik penasihat ekonomi iaitu yang pernah didapati bersalah dari segi moralnya oleh mahkamah. Kerajaan Selangor sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada menjaga kebajikan rakyat dan melaksanakan Manifesto 2008 mereka dalam kadar segera bukan cari peluang baru untuk merompak wang rakyat”  katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan yayasan bagi membiayai kegiatan parti-pari politik di Selangor yang kononnya bermatlamat untuk mengelakkan anggota parti daripada mengambil peluang dengan menggunakan naungan politik bagi mendapatkan projek dan juga menghentikan perbuatan rasuah.
Tegas Ungku Salleh lagi rakyat khususnya di negeri ini sudah muak dengan tindak tanduk kerajaan pakatan pembangkang yang hanya pandai membuat janji bohong.
”Kita tidak akan membiarkan rakyat terus-terusan menjadi mangsa terhadap tipu helah, penindasan dan mainan politik yang berlebihan oleh pakatan ini. Mereka tidak langsung mencerminkan kejujuran dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat,” ujarnya.

GERAKAN DAN SARANAN USAH LARI DARI SUDUT AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK !!!
Ketua Pemuda UMNO Selangor yang baru, Ungku Salleh Ungku Jamal hari ini meminta seluruh barisan Pemuda UMNO negeri itu untuk  berganding bahu dan mengembleng seluruh tenaga dalam usaha usaha memberi tekanan berterusan  kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang yang diterajui PKR.
Beliau berkata, pelantikan sebagai Ketua Pemuda Negeri merupakan satu tugas serta  tanggungjawab yang berat dan sewajarnya memerlukan bantuan serta kerjasama daripada seluruh kepimpinan Pemuda negeri untuk bergerak dengan lebih agresif selepas ini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin serta Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalannya, Datuk Seri Noh Omar atas kepercayaan yang diberi hari ini.
“Saya bertekad untuk melaksanakan amanah ini sebaik mungkin. Sekalung penghargaan kepada Suhaimi Ghazali yang telah memimpin dengan baik  Pemuda UMNO Selangor sebelum ini. Kita akan teruskan dengan segala perancangan serta pelaksanaan yang telah dibuat oleh beliau sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima surat pelantikan daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, di pejabatnya, di sini, hari ini. Turut hadir, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.
Ungku Salleh yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya menambah, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dalam usaha merencana segala strategi dan pelaksaanaan bagi memberi tekanan yang lebih kepada kerajaan negeri selepas ini.
“Sebenarnya  Pemuda Selangor sebelum ini  telah memulakan gerakan ini dan kita akan terus tingkatkan usaha untuk mendepani pakatan pembangkang yang kita lihat hari ini rata-rata sudah mula dicemuh oleh rakyat kerana rakyat sudah tahu dan sedar propadaganda serta tipu muslihat pakatan pembangkang.
“Pemuda sebagai sayap kanan dalam parti di peringkat negeri, akan terus mendesak kerajaan negeri untuk buat sesuatu yang dijanjikan semasa kemenangan mereka pada pilihan raya umum yang lalu. Kita lihat banyak isu-isu yang akan dibawa untuk menggoncang kerajaan negeri selepas ini,” katanya.
BERGERAKLAH DENGAN LEBIH AGRESIF TETAPI TEGUH DENGAN AKAL DAN BUDI PEKERTI YANG TINGGI !!!!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand