LUBUK EMAS ( LANTHANIDE ) ATAU KESAN RADIOAKTIF YANG JADI PERTIKAIAN PEMUDA UMNO MALAYSIA ???

بسم الله الر حمن الر حيم


Sumber Utusan Online  - Syarikat perlombongan dan pemprosesan kimia Australia, Lynas Corporation Ltd. telah menghentikan kerja-kerja pembinaan kilang pengeluaran lathanides bernilai RM1.2 bilion di kawasan perindustrian Gebeng, Pahang berikutan gangguan pasaran modal.
Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis berkata, bagaimanapun projek itu akan dimulakan sebaik sahaja pihaknya mendapat pembiayaan.
Katanya, projek itu diberhentikan berikutan pertikaian dengan pemegang bon tentang pembiayaan hutang boleh ditukar sebanyak AS$95 juta (RM342 juta).
''Kami mengambil peluang gangguan berkenaan untuk menstruktur semula asas pembiayaan supaya ia seiring dengan projek jangka panjang.
''Kami mengharapkan penglibatan daripada bank-bank di Malaysia kerana percaya bank-bank tempatan yang melabur secara langsung dalam projek adalah rakan perkongsian jangka panjang yang lebih baik agar kami dapat melindung nilai dana," katanya kepada pemberita pada taklimat media mengenai penangguhan projek lathanides, di sini hari ini.
Lathanides ialah produk kimia daripada bahan mentah sekumpulan elemen logam yang antara lain digunakan sebagai pemangkin bagi pengeluaran mentol jimat tenaga dan bahan bateri sel kering.
Menurut Curtis, Lynas ingin mengumpul dana sebanyak A$200 juta (RM460 juta) daripada kira-kira A$170 juta (RM391 juta) yang telah dibelanjakan di loji perlombongan di Australia dan RM100 juta di Malaysia.
''Meskipun kami masih memberi keutamaan untuk bekerjasama dengan bank-bank di Malaysia tetapi pada masa yang sama kami sedang berbincang dengan bank-bank asing dari Timur Tengah," katanya.
Beliau memberitahu, harga pasaran lathanides kini ialah AS$10.20 (RM36.72) sekilogram berbanding AS$14.50 (RM52.20) sekilogram, sembilan bulan yang lalu.
Tambahnya, kerja-kerja pembinaan kilang di Gebeng yang bermula Julai 2007 bakal menjadikannya sebagai PENGELUAR LATHANIDE TERBESAR DIDUNIA . ( LUBUK EMAS DUNIA !!!)
''Projek yang sepatutnya siap pada Disember tahun ini dijangka mengambil tempoh antara sembilan hingga 11 bulan untuk selesai apabila ia disambung semula.
''Lathanides penting dalam teknologi bahan mentah dan dimanfaatkan dalam industri automotif dan elektronik berikutan permintaan tinggi untuk kenderaan hibrid yang menggunakan magnet dan bateri," ujarnya.
Curtis menjelaskan, reka bentuk kilang itu telah siap 100 peratus, kerja-kerja pemerolehan (60 peratus) dan pembinaan (20 peratus) di kawasan seluas kira-kira 100 hektar yang merangkumi 24 bangunan.
''Pembangunan projek itu mempunyai dua fasa yang mana sebanyak 10,500 tan lathanides mampu dihasilkan menerusi fasa pertama dengan nilai RM800 juta manakala fasa kedua mampu mengeluarkan 21,000 tan dengan nilai RM300 juta untuk pengembangan kawasan yang telah dilombong," katanya.
Menurut beliau, bahan mentah sebanyak 35,000 tan akan diangkut dari lombong kawah terbuka milik syarikat tersebut di Mt. Weld, Australia untuk diproses menjadi lathanides di Gebeng.
Curtis berkata, China menguasai sepenuh pasaran bahan mentah untuk dijadikan lathanides tetapi ia telah menyusut dengan cepat berikutan kejatuhan nilai bahan mentah tersebut.
''Namun sekarang, China hanya membenarkan 30,000 tan bahan mentah itu dieksportkan dalam setahun berbanding 55,000 tan setahun tiga tahun lalu berdasarkan kuota rasmi yang ditetapkan.
''Kini, Mt. Weld adalah sumber alternatif untuk mengeluarkan bahan mentah itu selain China memandangkan China juga tidak mampu memenuhi permintaan dunia yang semakin meningkat iaitu antara 170,00 tan hingga 180,000 tan," terangnya.
Katanya, sebanyak 350 peluang pekerjaan tetap akan disediakan apabila loji berkenaan siap kelak manakala segmen pembinaan akan melibatkan antara 1,500 hingga 2,000 pekerja.
''Kami memilih Pahang sebagai tumpuan pelaburannya kerana negeri ini mempunyai sistem infrastruktur bermutu dan industri kimia terbesar di rantau itu serta sokongan daripada kerajaan negeri Pahang," ujarnya.
Gebeng yang terletak berdekatan Pelabuhan Kuantan, mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap termasuk bekalan gas, wap, air dan elektrik yang penting dalam pengeluaran lathanides.

SIDANG MEDIA KETUA PEMUDA UMNO

Mari kita buka minda dan selusuri pertikaian ini dengan kebijakan  serta keterampilan ( the side shadow ) tentang isu ini yang disudut ekonomi dan keserakahan atau kebutaan menilai jejak penjajahan minda orang orang kita . Perebutan Lubuk Emas ini akan terus menjadi suatu misteri dengan jejak jejak sejarah dari kini ia terus di jajah olih Intelektual dan Cendikiawan Barat yang gagah menerokai laba dimana mana pun ia berada dibelahan dunia ini . Keserakahan mereka akan terus sirna jesteru pemerintah tidak peka dengan penyuluhan dan Ideology yang diserapkan dalam minda pemimpin pemimpin kita melalui metodologi seni yang tersembunyi . Memang tidak dinafikan teknologi mereka  mampu merubah wajah modenisasi , apakah keutamaan mereka dan apakah keuntungan kita disebalik kebijakan dan kepakaran yang disuguhkan dimata ?? Inilah wadah kedurjanaan Barat dan inilah juga wajah kerakusan bangsa kita !!! LABA ITU HANYA SEMENTARA , YANG SENGSARA  BANGSA KITA ...KETELITIAN DAN KERUGIAN MEMBAKAR PERASAAN ...BANGKITLAH PEJUANG KEADILAN UNTUK MENEGAKAN KEKELIRUAN ZAMAN GLOKAL....1.2 BILLION  DISOGOKAN ...BERBILLION   DOLLAR  AKAN HILANG DARI SIMPANAN  !!!
BANTAHAN MP KUANTAN LIHAT SINI

Selidikilah dengan matahati..   Ilmu untuk dikongsi / Hasil Bumi usah digadaijanji !!!

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand