Imam as-Syafie pengasas mazhab

بسم الله الر حمن الر حيم

Sekadar Hiasan

Mazhab Syafie
Mazhab ini diasaskan oleh Al-Imam Abu Abdullah, Muhammad bin Idris al-Qurasyi al-Hasyimi al-Muttalibi bin al-Abbas bin Othman bin Syafie,(rahimahullah) bercantum nasabnya dengan Rasulullah SAW pada datuknya Abdul Manaf.
Beliau dilahirkan di Ghazzah Palestin pada tahun 150H, iaitu pada tahun wafatnya Abu Hanifah dan wafat di Mesir pada tahun 204H. Selepas kematian ayahnya pada usianya seawal dua tahun, ibunya telah membawanya ke Makkah, kemudian kembali ke kampung halaman asal keluarganya.
Imam Syafie diasuh dan dibesarkan dalam keadaan anak yatim. Beliau telah menghafal al-Quran sejak kecil lagi. Beliau pernah tinggal bersama kabilah Hudhail di al-Badiyah, satu kabilah yang terkenal dengan kefasihan bahasa Arabnya.
Imam as-Syafie banyak mempelajari dan menghafal syair mereka. Imam Syafie adalah tokoh bahasa dan sastera Arab. Al-Asmai pernah berkata bahawa syair Hudhail telah diperbaiki oleh seorang pemuda Quraisy bernama Muhammad bin Idris. Ini jelas menunjukkan bahawa beliau adalah imam dalam bidang Bahasa Arab dan memainkan peranan penting dalam perkembangannya.
Imam as-Syafie telah belajar di Makkah daripada muftinya , Muslim bin Khalid al-Zinji sehingga beliau mengizinkan Imam Syafie untuk memberikan fatwa. Pada masa itu Imam Syafie hanya berumur kira-kira 15 tahun. Selepas itu, beliau pergi ke Madinah.
Disana beliau menjadi anak murid kepada Imam Malik bin Anas. Beliau menghafal dan mendalami kitab al-Muwatta’ dalam masa sembilan malam sahaja. Beliau juga meriwayatkan Hadis daripada Sufian bin Unaiyah, Fudayl bin Iyad dan bapa saudaranya Muhammad bin Syafie serta lain-lain.
Imam Syafie telah pergi ke Yaman dan bertugas di sana , kemudian ke Baghdad sebanyak dua kali iaitu pada tahun 182H dan 195H. Beliau juga telah mempelajari kitab fuqaha’ Iraq daripada Muhammad bin Hassan. Beliau juga telah mengadakan perbincangan dan pertukaran pendapat dengan Muhammad bin Hassan. Hal ini telah menggembirakan al-Rasyid.
Imam Ahmad bin Hanbal telah bertemu dengan Imam Syafie di Makkah pada tahun 187H dan di Baghdad pada tahun 195H. Beliau mengajar Imam Ahmad ilmu fiqah dan usul fiqah serta ilmu nasikh dan mansukh al-Quran.
Di Baghdad, Imam Syafie telah mengarang kitab Qadim berpindah ke Mesir pada tahun 200H. Di sana lahirlah Mazhab Syafie. Beliau telah wafat di Mesir dalam keadaan syahid kerana ilmu selepas Asar pada hari yang sama.
Di antara hasil karya beliau ialah al-Risalah yang merupakan penulisan pertamanya dalam bidang ilmu usul fiqah dan kitab al-umm di bidang fiqah berdasarkan mazhab jadidnya. Imam As-Syafie adalah seorang mujtahid yang mutlak. Beliau merupakan imam dalam bidang fiqah, Hadis dan usul. Beliau telah berjaya mencantumkan ilmu fiqah ulama hijaz dengan ulama Iraq. Imam Ahmad pernah menyebut bahawa Imam Syafie adalah orang paling alim berhubung dengan kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.
Beliau juga pernah berkata, “tiada sesiapapun yang memegang ditangannya tinta dan pena, melainkan terhutang budi kepada Imam al-Syafie”. Tash Kubra Zadah , dalam kitabnya Miftah al-Saadah menyebut, “ulama daripada kalangan ahli fiqah, usul, hadis, bahasa, tata. taqwa, pemurah, elok tingkah laku dan tinggi budi pekerti yang wujud dalam diri Imam Syafie biarkan banyak pujian yang diberikan, namun ia tetap tidak memadai”.
Ulama yang meriwayatkan kitab lamanya al-Hujjah ialah empat orang daripada kalangan orangIraq yang mrenjadi muridnya, iaitu Ahmad bin Sulaiman al-Muzani, al-Za’farani dan al-Karabisi. Riwayat yang paling baik ialah riwayat al-Za’farani.
Mazhab baru Imam as-Syafie pula telah diriwayatkan dalam al-umm oleh empat orang muridnya daripada kalangan Mesir. Mereka ialah al-Muzani, al-Buwaiti,al-Rabi’ al Jizi dan al Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi dan lain-lain.
Fatwa yang terpakai dalam mazhab Syafie ialah qaul jadidnya dan bukan qaul qadimnya, kerana Imam Syafie telah menarik balik dengan berkata “aku tidak membenarkan orang meriwayatkannya daripada aku”. Hanya dalam beberapa masalah sahaja iaitu sebanyak lebih kurang 17 masalah difatwakan berdasarkan qaul qadim melainkan ia adalh Mazhab Syafie. Diriwayatkan bahawa Syafie berkata , “Jika sah suatu hadis, maka itulah mazhabku, oleh itu tinggalkanlah pendapatku”.Imam Syafie mempunyai pengikut dan murid yang ramai di Hijaz, Iraq, Mesir dan Negara-negara Islam yang lain.
Kaedah Pengambilan Hukum
Sumber Mazhab Imam Syafie ialah al-Quran dan sunnah. kemudiannya diikuti pula olh ijma’dan qias. Beliau tidak mengambil pendapat sahabat kerana ia merupakan ijtihad yang berkemungkinan salah. Beliau juga tidak beramal dengan istihsan yang diterima dalam mazhab Hanafi dan Maliki.
Dalam hal ini, beliau pernah berkata “sesiapa yang melakukan istihsan bererti membuat syariat sendiri”. Beliau juga telah menolak masoleh mursalah dan tidak bersetuju menjadikan amal ahlul Madinah (perbuatan penduduk Madinah) sebagai hujah. Ahli Baghdad telah menyifatkan Imam Syafie sebagai Nasir Sunnah (penyokong sunnah).

kebersamaan menggugah minda menilai mutiara


Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

JUSTLY SHARING

ASAS BERTIKTOK