YANG BERHORMAT BERSIKAP BIADAP

بسم الله الر حمن الر حيم

Kebiadaban sebilangan ahli ahli Yang Berhormat samada dari golongan pembangkang dan pemerintah kini seakan akan mewarnai sidang sidang Parlimen dan ianya pertanda rendahnya nilai nilai kesopanan dan kesusilaan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara .
Biadab dengan kata kata akan menjuruskan minda dengan kosakata berunsur cercaan dan kata kata kesat yang bolih menimbulkan  pendengarnya mencabar kata ulang dan terus mendominasi persekitarannya.
Gejala ini terus menular dan dipraktikan sebagai gurauan pada permulaannya dan kini semakin tegar  digunapakai untuk menyerang peribadi seseorang  .
Jika budaya ini tidak tangani dengan kebijakan minda ianya akan menjerumuskan semua pihak dalam pemusuhan dalam mengusulkan perkara yang berbangkit diselitkan kata kata cercaan untuk merendahkan martabat seseorang dan tentunya suasana ini akan memalingkan keharmonian yang sekian lama telah dipertahankan.
Jika kata kata itu keluar dari orang yang tidak berpegang pada ajaran Islam kemungkinan kebiadapan itu memang direkabentuk untuk menjejaskan situasi sekitarannya dan merendahkan martabat pegangan orang orang disekelilingnya.
Andainya orang Islam yang dangkal ilmunya dan serakah mindanya tanpa pedoman akalnya pasti dia akan teruja meneriakan sama kata kata cercaan dan tentunya itulah yang diharapkan olih sebahagian mereka untuk memecahbelahkan wacana dan mencemarkan wajah pemerintah yang majoritinya Islam .
Kebiadaban ini mesti dihentikan dengan apa jua jalan dan ketentuan perjalanan sesuatu majlis atau persidangan , malah sidang Parlimen ini mesti dibersihkan dengan minda kebiadaban Yang Berhormat yang dipilih rakyat untuk menjalankan khidmat dengan cermat bukan berteriak kesat tanpa rasa hormat , sedang mereka itu lebih akal dan ilmunya. 
Adalah disarankan agar budaya ini dibendung tanpa rasa belas demi untuk memurnikan dan mengamankan persekitaran negara Malaysia . Pergunakanlah apajua peraturan mengikut ketentuan  untuk menyisihkan mereka agar keinsafan timbul dengan sendirinya betapa kemurnian sopan santun adalah adab dan budaya yang perlu diterapkan dalam memajukan sebuah negara . BIADAB akan mengiringi kemusnahan dalam wacana kenegaraan .

Pemerintah usah alpa dan wajah wajah ini makin gagah minda tapi sebenarnya mereka takut dan kecut jika majoriti kita yang mendominasi wacana ini akan terus kukuh dan tegak dengan adab dan kesopanan .
Sejarah kemerdekaan mesti dikembangkan kearah keamanan yang berterusan dan gagasan yang cuba meruntuhkan peradaban dengan menunjukan sikap kebiadaban mereka itu mesti ditenggelamkan dengan kebijakan dan bukan dengan ketakutan .
Kemegahan kita memang telah nyata keseluruh pelusuk dunia dan kebebasan kita mengunggulkan kepelbagaian dan keterangkuman bangsa Malaysia akan terus menjadi lebih mulia jika YANG BERHORMAT , kekal dengan adab dan kesopanan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia .

USAH TERKINJA KINJA DIJALANAN , DURI ITU TAJAM TAK KENAL SUKU BANGSA DAN KETURUNAN , TANJAKAN ITU ADALAH SEMPADAN DAN KEBIADABAN ITU AKAN DIREJAMKAN DENGAN KEIMANAN DAN KEMULIAAN ISLAM . USAH CUBA CUBA NYALAKAN API PERMUSUHAN , KEBINASAANMU  DIDEPAN  MUKA  SALDADU DAN PEJUANG YANG TAK KELIHATAN YANG RELA GUGUR DIMEDAN YANG AKAN DATANG . USAH TERTAWA SENDIRIAN JESTERU SERAK TAWAMU ITU YANG DITUNGGU TUNGGU .

Rujukan Media KEBIADAPAN YB





NATIJAHNYA BUKAN GOLONGAN YANG BERHORMAT MERASAKAN KEPERITAN DAN KESENGSARAAN  DIPERSEKITARAN MASYARAKAT TETAPI KERANA MINDA MEREKA INILAH YANG MENJERUMUSKAN SEGOLONGAN TERUS MENERUS KEKAL DENGAN KEBIADABAN DAN MENIDAKKAN KEHARMONIAN DAN KEAMANAN NEGARA .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand