SIAPA AKU ? JAWA TETEKAN, SENI MELAYU MUNCUL KEMBALI ?

بسم الله الر حمن الر حيم
Masyarakat Malaysia dengan kepelbagaian suku bangsa  terus berasimilasi di seluruh pelusuk tanah air dengan kebebasan dan keamanan persekitaran , walaupun natijah dan andaian mereka keadaan semakin digugat dengan berkembangnya polarisasi sosial , seni dan budaya yang mewarnai persekitaran kehidupan dalam mendepani jajaran modenisasi tanpa batas sempadan minda dan intelektualnya . Keberadaan mereka terangkum dengan ketegaran dan keresahan yang memungkinkan kehidupan mereka akan menjadi lebih menonjol  terutama dalam  bidang ekonomi , jesteru situasi itu terus rencam dengan kepelbagaian tujahan dan kudrat untuk menegakkan jatidiri  supaya pengaruh dan kekuasaan bolih dijadikan sandaran untuk memayungi  pergerakan dan menyuarakan sergahan pada pemerintah sedia ada supaya lebih telus dan adil dalam segala ruang lingkup  kehidupan mereka . Jesteru sebahagian golongan terus cekal menerjah ruang kebebasan itu dengan garapan yang didokong lingkungannya agar dilihat lebih gah dalam mendepani permasaalahan yang melingkari  semua aspek membabitkan kepentingan mereka untuk berdiri sama tinggi sebagai warganegara Malaysia .
Natijahnya , keterangkuman minda dalam tindakan yang disuguhkan kepada awam telah menimbulkan pelbagai salah tanggapan dan menggamit keresahan majoriti rakyat yang sadar akan kepentingan pemerintah dalam mengekalkan keamanan dipersekitaran kehidupan mereka . Golongan ini ujud  dimerata tempat  kerana terpesona dengan sikap dan bawaan kepemimpinan yang ada di kalangan pemerintah dan pembangkang . Nilai dan jatidiri mereka telah diresapi kekuatan yang datang secara tiba tiba , kerana terbuai kata kata yang MELAYU MUDAH LUPA , tetapi  mereka juga mungkin lupa dengan pepatah kata MELAYU TAK HILANG DIDUNIA  , dan tentunya MELAYU BUKAN BODOH DAN BEBAL  jika dikatakan suka menerima upah yang dimomokan sebagai RASUAH YANG MENJADI BARAH DALAM KEPEMIMPINAN PEMERINTAH DAN PEMBANGKANG TANPA JURANG PERBEDAAN , jesteru kekuasaan yang ada ditangan mereka terus kekal dengan kegirangan dalam kealpaan , walhal  tindak tanduk mereka diperhati dengan penuh kesabaran olih segelintir pejuang yang tak kelihatan.
Ini bukan kupasan atau igauan tetapi keasyikan bait bait tujahan yang akan tegak dan menjulang perisai dimedan ...Dibalik keegoan sebahagian yang tercetus dari  kelam dan kehitaman , dengan ditemani jajaran kehijauan yang dilihat hendak mengawan tanpa batas dan keragaman igauan , nyata  ruang itu akan terus diperhatikan dengan cekal tanpa rasa ketakutan . Jesteru ia tidak kelihatan dan hanya bisa di hidu wangiannya dari kejauhan , kepastian itu akan muncul diundang kegundahan akan ketakutan ditelanjangkan, maka kebangkitan itu hanya nampak sekilas dibalik tabir dan sehelai selendang  tanpa kelihatan warnanya walaupun ia jelas terang .
Butakah mereka atau sengaja mencari laba atau bala ?
Mimpikah mereka kerana tiada peka apa yang ada dipersekitarannya ?
Gagahkah mereka hingga lupa didepan kedatangannya telah dinantikan ?
BACULKAH ORANG MELAYU JIKA TERLIHAT BUNGKAM DAN TIDAK ADA KEPERIHATINAN ?
BETULKAH ORANG MELAYU MAKIN BODOH DAN BEBAL SEPERTI DICANANGKAN SEGOLONGAN LAWAN ?
Jawaban sudah ada dalam diri kalian yang hadir meneliti suratan ini  dan kehadiran kalian telah pun ditentukan untuk sama sama berdiri dijajaran saf yang paling hadapan .
Di awal suratan itu dua patah dicantumkan , diakhir dua patah  yang diterjah , tergugah kebenaran dan keberanian untuk kalian menyatakan pendirian... jesteru kalian diperhati untuk dinobatkan bukan dengan keterpaksaan. Sisipkan khabar ...kepalkan tangan dan tadahkan kebangkitan yang tak kelihatan.
Kerlingan menemani pembicaraan dan hukuman. Pastikan kalian tetap kekal menantikan lambaian tangan yang tak kelihatan...WASSALAM///

Disinilah kita renungkan kembali kegigihan mereka menyandangkan senjata , walaupun nyawanya dinilai dengan picisan laba untuk sesuap nasi buat keluarga , yang nyata mereka gagah tegak memperjuangkan tanah air nya ...Adakah Gajah itu ikut sama menghalang kemaraan musuh disempadan jajaran kuasa dan tahta , sedangkan kaki si Kerdil itulah batas yang menghujat minda dan wacana bunga bangsanya . Tepuk dada tanya lah selera kita !! Acap kali tanda itu bisa merubah segalanya jika kita asyik dan teruja dengan kuasa dan tahta , sedangkan mereka terus ketawa melihat gelagat anak anak bangsa kita tersungkur derita dilembah lembah hina yang disuguhkan olih mereka yang rakus dunia .
Ini hanya sekelumit rasa , membongkar durja perlukan minda yang ditatang dengan tiang seri , satu ilusi dan mimpi ngeri mendepani kebiadaban sebahagian penghuni , dibentangkan hamparan ini agar kita akan teguh berdiri dengan akhlak dan budi pekerti yang tinggi , meneladani suruhan sang nabi dan membumikan tuntutan murni Al Quraan yang terang menyuluhi kehidupan yang sepi ini .
Selendangku lemparkan , pasti wangian itu semerbak kembali , kunanti mentari yang akan menjelang dan merubah wajah yang gundah dan terarah menujah aksara yang tak terlihat dan tersembunyi tapi dekat dan nyata ada DISINI !

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand