merdeka tapi berpecah belah

بسم الله الر حمن الر حيم

Sambutan Hariraya Aidilfitri 1 Syawal 1432H,  telah pun berlalu dan masih terasa kemeriahannya diseluruh pelusuk negara , manakala sambutan Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 54 ditangguhkan sementara kerana bertembungan sehari tarikh hariraya . Sebagaimana diuar uarkan sambutan kemerdekaan akan diadakan pada tarikh 16 September 2011 sempena lahirnya Negara Malaysia .
Kepemimpinan pemerintah dan pembangkang terus mendepangkan tangan masing masing untuk menggerakan keterampilan dalam memupuk perpaduan yang berlanjutan didalam menggapai kekuasaan dan pengaruh dikalangan mereka , semata mata mengungguli persepsi duniawi , sementelahan mereka punya kekuasaan dan pengaruh yang tersendiri , maka terdapat  kelompok manusia  yang terlalu bangga mendabik dada bahawa merekalah pejuang sejati yang hadir menyuguhi kecerdikan dan kematangan ilmu sejajar dengan ketamadunan dunia masa kini.
Ilmu dan pemahaman yang pelbagai sering menjadi sandaran pemikiran untuk diluahkan dan diadaptasikan didalam mengasimilasikan pembangunan sosial dan ekonomi . Kekuasaan dan kekayaan dalam menguasai dan memonopoli percaturan untuk mendapatkan tempat bagi mempengaruhi persekitarannya menggamit keghairahan manusia untuk mencari pengaruh agar kekal dan mampu memberikan ruang kuasa bagi memanipulasikan pemikiran manusia yang sememangnya haus dan dahaga dalam menerima apajua yang disuguhkan kepada mereka .
Kecerdikan minda kepemimpinan sering kali menghanyutkan kemuliaan dan ihsan serta jatidirinya , jesteru kesengsaraan hidup yang  tidak pernah dirasai atau sengaja dilupakan disebabkan keberadaan mereka telah sedia  memiliki kuasa dan harta ,  sedang majoriti yang mendokong hanya mampu mengikuti  dan tunduk agar serasi duduk  dikalangan mereka . Inilah natijah yang sebenarnya , sesiapa sahaja mahu memiliki harta dan kekayaan untuk hidup senang dan mampu berbuat apa sahaja samada kebaikan atau keburukan .
Kuasa Politik adalah keutamaan untuk membangunkan kekuatan kelompok menguasai segala bentukrupa kehidupan dan kenegaraan . Hanya dengan kekuatan kuasa politik saja ruang sosial dan ekonomi mampu dikembangkan dan ditatang tanpa belas dikalangan kepemimpinan sedia ada , seiring mengembangkan jajaran membangun sebuah negara dan kepentingan kelompok yang hadir mendukung perjuangan sesama mereka .
Bangsa , ugama dan persekitaran sosial sudah tidak lagi mampu dikekalkan berjalan sendirian tanpa didokong kekuatan kuasa politik dan ekonomi dipersekitaranya .  Si celik dan sibuta sudah mampu berbicara apa sahaja , asal mereka kekal berkuasa dan meluaskan pengaruhnya . Menghulur dan menyuguhi kewangan yang tak kelihatan , bukan suatu persoalan untuk jadi seorang yang budiman atau dermawan , sementelah harta yang disuguhkan bisa berkembang dikalangan yang menerima dan mendukungnya . Memang disedari dan cuba dihindari agar tidak timbul persepsi, kekeliruan itu tetap akan ada dan berterusan kerana ianya sudah menjadi lumrah untuk kekal aman dan sopan berkongsi keterampilan , walaupun ianya dipersoalkan ramai orang.
Persengketaan tidak akan bisa didamaikan , jesteru hak dan kebebasan bersekongkol serta berjuang merubah arah agar mampu terus gagah menutupi serakah yang dibina bersama , kekeliruan itu memang bermakna sebagai pemangkin mahligai yang dibina untuk didiami dan dipelopori . Perseteruan itu sekadar hebatnya jajaran emosi dan keegoan yang tersendiri tanpa dimengertikan akal yang empunya diri . Tabir itu kekal sebati dan terus diwarnai dengan keceriaan yang tersendiri. Logiknya si celik dan si buta tetap ceria duduk bermeditasikan keupayaan dan kekuatan mengungguli pemikiran dan perkembangan untuk terus menggapai kebahagian yang tentunya tidak akan kekal . Persoalannya , Adakah perpecahan dan pemikiran  itu bisa disatukan ?  Merdeka tapi masih dijajah minda yang serakah . Emosi terus mewarnai kemutlakan dan kekuasaan . Asimilasi melenyapkan peradaban dan kemuliaan . Malaysia pasti akan terus jadi medan pertembungan pemikiran dan keceluparan ilmu yang mendominasi kepeimimpinan dijajaran modenisasi dan globalisasi dunia masa kini.
 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand