UMNO Selangor Saman Pas, Harakah - RM 10 Juta

UMNO Saman Pas, Harakah – Fitnah UMNO Dalang Operasi JAIS Serbu DUMC

بسم الله الر حمن الر حيم

SHAH ALAM, 14 Sept – UMNO Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk ‘Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS’.

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed yang bertindak sebagai plaintif di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.


Mengikut writ saman, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu.

UMNO Pulau Pinang vs DAP - RM30 Juta , manakala Umno Selangor vs PAS - RM10 Juta .

Nilai saman bukan persoalannya tetapi dikatakan demi menjaga kepentingan dan Intergriti UMNO sebagai Parti Politik yang bersih dan telus . Betul ker UMNO bersih dan telus dalam segala hal ehwal dasar perjuangannya ? Apapun tentunya ianya sedikit sebanyak dapat membungkam mulut mulut yang celupar dan pastinya pihak lain akan lebih berhati hati untuk melaungkan suara kebebasan untuk mencari ruang dan pengaruh murahan. Jesteru tindakan ini suatu perkara yang mungkin dilihat mampu mengekang fitnah masa kini . Bagi yang berkuasa dan kuat pengaruhnya ( Dana ) pasti tidak alergic langsung dengan hal saman keatas mereka , malah dijadikan wadah memanipulasikan persepsi dagangan politik mereka .

Kita tunggu dan lihat ..siapa yang akan terjerat . Musuh musuh politik tuh semua hebat kerana mereka mereka ini bergerak tanpa menggunakan kudrat tetapi melaungkan suara keramat , memperdagangkan keringat majoriti rakyat .  Saudagar dagang melakar sejarah silam //






Comments

Unknown said…
kita tunggu dan lihat

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga