UMNO Pulau Pinang duduk sebumbung tapi terkepung ?

Guan Eng Dituntut Mohon Maaf Secara Terbuka Atau Berdepan Saman RM30 Juta

بسم الله الر حمن الر حيم

GEORGE TOWN, 13 Sept – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menghantar notis tuntutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana membuat tohmahan dan fitnah terhadap UMNO bertujuan mencemar nama baik dan kredibiliti UMNO sebagai sebuah parti politik orang Melayu.

UMNO Pulau Pinang telah melantik Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Jahaberdeen & Co. sebagai peguam mengendalikan kes saman malu ini dan membuat tuntutan sebanyak RM30 juta.

" Apa pasal saya mau mohon maaf ? KM PP Lim Guan Eng tak mungkin terkedu atau tunduk dengan tuntutan saman RM30 Juta . Nampaknya Umno dan DAP Pulau Pinang telah berjaya menggerakan evolusi baru menangani segala salah laku kepemimpinan yang telah TERAKU  . Inilah yg paling nyata . Kuasa pemerintahan kerajaan negeri , pengaruh umum dan kekuatan dokongan terus dimanipulasikan dan diperdagangkan. Kerja orang Politik memang menggamit seribu satu persoalan dan membentangkan natijah kedangkalan pemikiran dengan berselindung dibalik tabir ihsan serta tauladan pemimpin yang budiman . 


UMNO Pulau Pinang sepatutnya membiarkan DAP dan rakan gabungan PKR  mentadbir negeri dengan keterampilan mereka sebagai pembangkang sebelum ini . Biarkan lah mereka mengolah kepintaran minda mereka untuk memajukan atau merencanakan dasar dan strategi pembangunan . UMNO Pulau Pinang khususnya orang Melayu Pulau Pinang sepatutnya memikirkan cara terbaik untuk menyatupadukan suara mereka dan membangunkan persekitaran tanpa pertolongan DAP sebagai pentadbir negeri .

Kuasa perintah dan tadbir telah tiada ditangan BN , dan UMNO mesti sadar hak dan kebebasan itu telah digusurkan pembangkang . Jika UMNO yakin dengan ketentuan itu pasti kepemimpinan dan ahli UMNO mampu bangkit memadukan tenaga mengembangkan pendekatan ihsan dan memuliakan persekitaran setelah hilang kekuasaan. Jangan memperbodohkan diri mengikut jejak pembangkang , jesteru mereka pernah menguasai dagangan dan pembangunan. Adakah UMNO Pulau Pinang hanya mampu melaungkan kepincangan DAP sebagai pentadbir negeri ? Tetapi mereka terus gagal menangani dan membangunkan jatidiri mereka sebagai Melayu yang bijaksana yang mempunyai pegangan yang Mutlak !!!

Tiada gunanya melalak ? Lebih baik jaga akhlak dan mengembangkan jejak membangunkan dagangan yang mutlak sebagai penggerak bangsa Melayu yang berselerak //

Sekiranya menang wang ini kita akan gunakan untuk rakyat negeri ini, Bantu orang miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan " ????

Peruntukan dana untuk mengheret SI  Guan Eng tuh ke Mahkamah sepatutnya boleh dijadikan sandaran dan keutamaan mengembangkan jejak dagangan yang hilang , bukan ditatang untuk mencari ruang agar dilihat lebeh matang dalam menegakan kebenaran . Haaa inilah kesilapan UMNO Pulau Pinang ....sepatutnya mereka terus mampu mengembangkan kewibawaan yang terbilang menatang bangsa Melayu yang dipinggirkan , jesteru mereka telah mampu berkembang dengan kuasa sebelumnya . Bila lagi agaknya minda Melayu akan merubah wajah dan menjejak wadah dagangan dan pembangunan setelah sekian  merdeka , tetapi terus hilang arah memimpin bangsa Melayu dipersekitarannya sendiri ... Bermimpikah bangsa Melayu ? Kenapa mereka terus keliru dan terkedu ? Dimanakah kudrat dan kepaduan jatidiri bangsa Melayu yang ditatang dan di ampu ampu sejak dahulu ?

MIMPIKAH AKU YANG DUDUK SEBUMBUNG TAPI TAK TERTAMPUNG . MENDOKONG TAPI TERUS TERKEPONG , MELOPONG DAN DIHIMPIT DERITA YANG TAK TERTANGGUNG ??




Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand