Usah perlekehkan HUDUD , kajilah dengan cermat .
بسم الله الر حمن الر حيم
PM - Najib Sifatkan Hudud Hanya Taktik Pas Untuk Tagih Perhatian Rakyat
Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan Di Negara Ini, Kata Ahmad Zahid
Pas Jadikan Hudud Sebagai Modal Pilihan Raya – Ahmad Maslan
Hukum Hudud Hanya Gimik Politik Pas Ikut Skrip DAP: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam
Assallamualaikum saudara saudari, muslimin dan muslimat , khususnya yang menjadi warganegara Malaysia , yang dinyatakan sebagai sebuah Negara Islam dan jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia agama Islam adalah agama RESMI Negara ini . DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dan Raja Raja Melayu , dikatakan sebagai pemayung Islam dengan perantaraan pemerintah ( JAKIM ) yang mengatur pentadbiran Islam bersama Jabatan Agama Islam Negeri Negeri di Malaysia ; dilihat tidak mempunyai suara jelas dan nyata untuk bangkit dan berdiri teguh dalam isu HUDUD yang jelas tercerna didalam Al Quran dan dilaungkan oleh parti pembangkang PAS sejak sekian lama dan isu HUDUD terus ditimang timang dan diperdebatkan kehebatan untuk diketengahkan malah dipolemikan dalam jajaran merebut pengaruh dan kekuatan dokongan dalam merebut kekuasaan memerintah dan mentadbir sejajar aturan demokrasi yang di amalkan diMalaysia .
Melihat kekuasaan sedia ada dalam kerajaan yang jelas dikuasai MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ( UMNO ) yang dikatakan parti keramat memimpin kearah kemaslahatan umat ( rakyat ) tetapi gagal menebarkan akal kepemimpinan sejajar dengan amalan serta anutan keagamaan dalam menegakan jisim keimanan dan keyakinan sejajar suruhan Al Quran dan Al Sunnah . Merujuk kepada kenyataan kepemimpinan UMNO terhadap isu HUDUD yang dicanangkan parti PAS , nampaknya kepemimpinan UMNO ( Muslim/Muslimat ) itu kelu lidah , malah kasar minda untuk berdalih tanpa keberanian dan keyakinan dalam mengenengahkan adab dan kesopanan kedudukan serta kekuasaannya menilai kesesuaian HUDUD yang jelas tercatat untuk diamalkan dan ditegakan sebagai hukum syariat Islam yang perlu diberikan keutamaan . Kerajaan sedia ada yang terdapat ramai pakar pakar perundangan Islam , serta ilmuan dan cendikiawan yang bergelar ulama besar tetapi GAGAL bergabong minda untuk mendepani kajian keberkesanan dan kemutlakan hukum HUDUD dan bangkit seiring membimbing PAS bagaimana kemutlakan tuntutan Islam itu boleh mampu diterapkan sebagai hukum Islam dan dijadikan undang undang Negara .
Persoalan mengabaikan HUDUD dengan alasan kesesuaian masa dan persekitaranya yang digembar gemburkan kekuasaan UMNO mentadbirkan Negara ini amat jelas menunjukan minda Islam yang tertanam diakal kepemimpinan Islam tidak menyakini tuntutan Al Quraan . TETAPI kuasa tadbir ditangan mereka itu yang jelas mampu bangkit dengan gagah untuk mendepani isu HUDUD dengan menjalin minda kebersamaan dengan PAS , agar hukum HUDUD dibuat kajian secara menyeluruh dengan cermat tanpa mencemarkan kemurniaan aturan yang ditetapkan sebagaimana termaktub didalam AlQuraan untuk diperjelaskan dan diangkat dijadikan suatu undang undang di Negara ini . Sikap meminggirkan dan memperlekehkan kesungguhan PAS untuk tegak dan teguh dengan keinginan menjadikan HUDUD suatu undang undang , sepatutnya diterima dengan minda serta akal yang terbuka , bukan terus menafikan kejelekan saranan PAS yang dipangku orang orang Islam yang sama bangsa dan keturunannya .
Pihak berkuasa yang mempunyai mandat untuk menjaga kepentingan Islam dan mengamalkan AlQuraan dan Al Sunaah mesti gagah mendepani isu isu yang berkait rapat dengan tuntutan Al Quraan seperti hukum hudud agar ianya dapat dibuat kajian dan dapat diangkat untuk dijadikan undang undang Negara
Sikap yang ditunjunkan kepemimpinan UMNO jelas kebanyakannya tidak yakin bahawa hukum hudud seolah olah bukan suruhan Allah yang perlu diangkat dan dilaksanakan oleh pemimpin yang berkuasa , apalagi UMNO adalah tunjang kuasa Muslim dan Muslimat yang mentadbirkan kerajaan dinegara ini , sepatutnya tidak memperlekehkan saranan PAS . Mereka mesti berani tegak dengan kebenaran dengan memikul tanggungjawab bagi membuat kajian dan menubuhkan suatu JawatanKuasa Khas menilai dan mengkaji agar hukum HUDUD yang disarankan Al Quraan itu dapat di ketengahkan dan diangkat sebagai suatu undang undang untuk dilaksana di Negara ini .
Alasan bahawa Negara ini didiami masyarakat majmuk dengan kepelbagaian agama , bukan suatu alasan yang kukuh untuk tidak medaulatkan keutamaan Islam , sedangkan kekuasaan pemerintahan Negara ini jelas dan nyata dikuasai Islam . Apalagi majoriti rakyat adalah Islam . Keutamaan Islam mesti ditegakan dan diangkat dan jangan sekali kali meminggirkan dengan alasan dan hujah hujah yang tidak bersandarkan Al Quraan dan Al Sunnah . Oleh itu pemerintah yang jelas ramai dikuasai Muslim dan Muslimat dinegara ini mesti berani dan yakin bahawa hudud itu adalah hukum yang jelas nyata terkandung dalam Al Quraan , yang perlu diangkat kemuliaan dan kemutlakan untuk diterapkan dan dilaksanakan .
Persoalannya : Dimanakan keyakinan kepemimpinan Islam dalam UMNO , yang memang jelas nyata majoriti adalah Islam , tetapi gagal memertabatkan kemuliaan ajaran Al Quraan ?
Jakim sebagai badan yang menjaga perlaksanaan dan pengurusan agama Islam mesti bangkit dengan kekuatan dan keberaniaan , mendepani kajian hukum HUDUD dan diambil keputusan yang jelas untuk diterapkan dan dilaksanakan sebagai undang undang dinegara ini . Adakah ilmuan Islam tidak mampu bergabong minda dan membuat penjelasan yang wajar selari dengan saranan Al Quraan dan Al Sunnah ?
Usahlah sekali kali mengorbankan kemuliaan dan kemutlakan ajaran Islam sepertimana terkandung dalam al Quraan serta selari dengan Al Sunnah , dengan alasan Negara ini didiami masyarakat majmuk ? Dimanakah letaknya keyakinan kepemimpinan Umat untuk tampil dengan yakin menegakan kebenaran Islam ? Kuasa sudah ada ditangan , jangan sampai hilang kekuasaan baru mahu memegang pedang untuk menegakan tuntutan Islam .
Comments