Pentas Patriot ; Kisah dan tauladan

UMNO Online - Pemuda Anjur Pentas Patriot Salur Kisah Sebenar Sejarah Negara

بسم الله الر حمن الر حيم

" Syabas , muga perjuangan itu mampu diangkat dengan ketelusan minda dan keterampilan tanpa ada retorik kemelayuan , manipulasi itu akan tetap timbul dan terus diperdebatkan , hak dan kebebasan minda tanpa keterikatan bawaan penjajah memecahbelahkan wadah mengolah jajaran kekuasaan " Kalian akan terus diperhatikan , keegoaan nasionlisme bangsa itu bisa saja meruntuhkan keempunyaan dibalik tabir sejarah //.

SHAH ALAM, 27 Sept – Pemuda UMNO akan menjadi pemudah cara kepada kepada bekas-bekas tentera serta polis dan pihak lain dalam usaha menyalurkan kisah sebenar sejarah lalu kepada umum agar ianya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
Serentak dengan komitmen berkenaan, pergerakan itu akan menganjurkan Pentas Patriot berhubung isu kontroversi yang ditimbulkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang menganggap komunis sebagai hero berbanding pihak polis.



“Kita akan bekerjasama dengan bekas-bekas perajurit dalam usaha memastikan sejarah sebenar dapat diketahui umum. Kita akan mulakan pentas berkenaan di Bukit Kepong, Parlimen Pagoh di Johor pada 29 Okt ini dengan kerjasama beberapa persatuan bekas polis dan askar serta pejuang peristiwa berdarah itu.
“Selain ceramah, kita juga akan mengadakan pertandingan esei untuk pelajar sekolah pada sebelah siang selain taklimat daripada bekas anggota keselamatan. Kita akan terangkan isu ini kerana ia sangat sensitif kepada semua pihak lebih-lebih lagi pejuang kemerdekaan serta perkara yang membabitkan sejarah.
“Pemuda tidak akan benarkan mana-mana pihak untuk memutar belit sejarah demi kepentingan mana-mana pihak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), berkata seiring dengan langkah kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, beliau berharap kerajaan turut memberi perhatian terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
“Kita  berharap kerajaan memansuhkan Seksyen 15  AUKU yang melarang pelajar daripada terbabit atau meluahkan rasa simpati  serta sokongan kepada mana-mana parti politik negara ini. Permintaan ini disuarakan golongan mahasiswa menerusi BN Youthlab yang dilakukan pergerakan itu tahun lepas.
“Kita harap kerajaan teliti Seksyen 15 AUKU ini bagi memberi peluang kepada penuntut di Institusi Pengajian Tinggi terbabit secara langsung dalam politik,” katanya.

PUTRAJAYA, 5 Sept – Pihak yang merasa tersinggung dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis adalah pejuang dan wira sebenar kemerdekaan negara, disaran mengambil tindakan sewajarnya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan saman di mahkamah mungkin antara yang boleh dilakukan oleh pihak yang tersinggung terutamanya anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara serta persatuan-persatuan bekas polis.
“Saya rasa pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan kerana kadangkala nak tunggu siasatan dari pihak polis dan Peguam Negara mengambil masa.
“Ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu, dan saya sendiri sebagai cucu Datuk Onn (Jaafar) terasa terhadap dakwaan-dakwaan yang berunsur politik, tapi ada had dan batasan dalam nak politikkan sesuatu. lebih-lebih lagi bila ianya bersandarkan kepada sejarah,” katanya di sini hari ini.
Hishammuddin juga berharap pihak polis akan mempercepatkan proses siasatan.
Mengenai permintaan beberapa pihak supaya Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri, beliau berkata akta itu hanya boleh digunakan jika tindakan individu itu menjejaskan keselamatan negara.

"  Lihatlah gelagat dengan berhemat , biar putih tulang jangan putih mata "  sejarah lalu kembali bergema , kuasa yang mendominasi dunia itu telah meninggalkan negara , kemampuan kita mendepangkan tahta dijadikan sumber pertelingkahan , sedang keutamaan memerdekakan persekitarannya masih gagal dilaksanakan. Keunggulan dan kemutlakan Islam mesti dijadikan landasan , menjejaki keaiban dan keegoaan tak mungkin bisa menobatkan kelestarian kuasa yang diagung agungkan , jesteru pegangan dan kekuatan yaang ada terus dimanipulasikan  atas rentetan minda yang terus keliru dan cemburu . Ihsan itu masih belum teraku . Kembalikanlah matlamatmu , payungilah jatidirimu , jauhi manifestasi itu , seldadu itu sentiasa menunggumu "

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand