Posts

Cukupkah Bilangan Pegawai Dan Anggota Polis @Penguatkuasa pelbagai agensi @sukarelawan di Malaysia bagi mengesan dan menangkap serta membenteras kebanjiran warga asing di Malaysia ?

Image
بسم الله الر حمن الر حيم 1.        Statistik Jabatan Imigresen, sehingga Mac 2013   terdapat 1.5 juta pendatang asing yang memegang pas lawatan kerja sementara , sementara statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN), sehingga Ogos 2012 terdapat   1.3 juta pekerja pendatang tanpa izin berada di Malaysia .   2.        Terkini : Tim.Menteri KDN bagi anggaran   693 buah balai polis di seluruh negara pada 2007 , tidak termasuk pondok pondok polis yg bertaburan diseluruh pelusuk negara.   3.        KDN menyatakan peningkatkan jumlah anggota PDRM/JPAM/RELA di jalanan (omnipresence) sepanjang tahun ini telah dirangka dengan komprehensif di mana Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan mempunyai jumlah kehadiran anggota serta sukarelawan seramai 62,191 orang pada tahun ini untuk digerakkan di seluruh negara. Jumlah ini merupakan penambahan seramai 35,029 orang pada tah...

Rasis tanpa basis...Melayu usah terus mengemis.

Image
بسم الله الر حمن الر حيم Apakah wajar RASIS terus disentuh , sedang amalan kita sudahpun disusun atur secara fitrah dalam menyakini keteguhan hati dan sanubari kita sehari hari . Wahai Melayu saudaraku...sentuhilah  isterimu , gaulilah agamamu tanpa kamu keliru , akan   kelompongan yang mesti ditutupi , agar bau itu tidak meloyakan   saudaramu sendiri serta   menyesakan hiduan   dikalangan masyarakat negara ini.   1. Bukan semua cina , india , sikh, serani, bidayuh , iban , kadazan dll .warganegara malaysia ini angkuh dan sombong , natijahnya , segelintir yg cina tongkang   , india yg paria kasta ..yg sentiasa merintis jalan jadi petualang dan menjembarkan jarak perpaduan kebangsaan kita. 2. Adalah   wajar pemerintah tidak terus tunduk dan pasti   mampu tegak menyemarakan perpaduan dikalangan pelbagai etnik ..membangsakan warganegara dgn satu sistem dan dasar yg seragam , tanpa tunduk dengan desakan .   ...

Serakah Melayu membenamkan halatuju UMNO .

Image
بسم الله الر حمن الر حيم Assallamualaikum wbt. Muga seadanya diberkahi Allah swt , dan kemampuan kita akan terus terserlah dalam apajua yg mahu dimercutandakan disisi keluarga dan kemasyarakatan. Situasi dan polemik dipersekitaran kita hari ini semakin rencam dan menggugat keserasian kita utk kekal mendominasikan kesatuan serta kesepakatan minda dan pemikiran , yg jelas akibat pergolakan mereformasikan sistem demokrasi diMalaysia. Kemampuan kita sudah diterjah dan mahu terus dirubah arah oleh segolongan masyarakat yg jelas tidak mahu tunduk dan akur dgn apajua peraturan dan perundangan yg sudahpun digubal . Keluhuran Perlembagaan terus dipertikaikan dan kemerdekaan yg kita rasai dan gauli ini sudah bercambah dgn pelbagai sumpah dan seranah . Kerakusan manusia sudah semakin terserlah , sedang majoriti menyakini tatanan Islam dinegara ini . Keghairahan individu dalam mengungguli suatu organisasi parti politik makin bercambah dan memecahbelahkan sisi pematuhan kesepakatan etnik dal...

PM keliru siapakah tentera Raja Sulu ?

Image
بسم الله الر حمن الر حيم Penceroboh Persekutuan Malaysia di kg Tanduo , Lahad Datu Sabah (100 personal bersenjata  @ tentera raja sulu ) yang jelas sewajarnya diberikan keutamaan kerana ianya adalah  isu yang menyingkapi kesiapsiagaan pihak berkuasa mencegah pencerobohan dan apajua penderhakaan terhadap kedaulatan Negara  , tapi diselimuti rapat tanpa penjelasan yang kukuh . Siapakah yang bertanggungjawab secara lansung dalam menjagai kedaulatan Malaysia , samada pihak Polis atau pihak tentera Malaysia dan siapa kah yang sepatutnya menguasai strategi dalam membendung isu isu pencerobohan dan pergulatan jenayah , yang nyata membelakangi peraturan dan keluhuran Perlembagaan Malaysia. Apakah tanggungjawab PM ? Apakah tanggungjawab KDM ? Apakah tanggungjawab PDRM ? Apakah tanggungjawab ATM ? ......atau apakah tanggungjawab kepatuhan DYMM Raja Raja Melayu , melalui keutuhan dan keluhuran Perlembagaan Malaysia dalam menyikapi persoalan yang melibatkan ...

Konsep Taqiyyah ( Anutan/Rukun Iman Mazhab Syiah )

بسم الله الر حمن الر حيم Salah satu kepercayaan ganjil yang menjadi pegangan kaum Syiah ialah konsep Taqiyyah yang menghalalkan mereka berpura pura atau bermuka muka kepada orang orang bukan Syiah untuk kepentingan mereka sendiri . Konsep taqiyyah pada dasarnya ialah sikap orang munafik , tetapi tokoh tokoh Syiah pada awal sejarahnya menghalalkannya untuk menyelamatkan diri mereka dari buruan ejen ejen Abbasiah kemudiannya, tetapi lama lama kelamaan konsep ini menjadi sebahagian dari rukun iman mereka di samping konsep Ra’iyah, Al Imamah dan lain lain lagi. Tentulah konsep itu tidak ada dalam sejarah Islam, kerana ia biasanya dengan sikap orang munafik. Menurut kenyataan yang diperoleh dari tulisan tokoh tokoh mereka , dasar Taqiyyah diambil dari maksud sepotong ayat Al Quran surah Ali Imran ayat 28 yang maksudnya :- “ Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir sebagai pemimpin mereka, selain orang mukmin. Siapa yang berbuat demikian , mereka itu menyimpang dari jalan A...

UMNO ( Barisan Nasional ) menguasai kemenangan sebelum PRU 13 meranapkan benteng pembangkang.

بسم الله الر حمن الر حيم Kronologi jatuh bangun UMNO ( BN ) dan hubungkaitnya dengan dunia internet dan teknologi elektronik baru . Ramai yg keliru dan ramai yg terkedu . Yg menang termanggu manggu   , yg kalah tersipu sipu . Ego dan riak   terkumpul di benak   pimpinan , terngadah dan melatah , melihat sejarah kekalahan ditangan oposisi yg ghairah dgn reformasi .   Segelintir insaf dan segelintir terus memikirkan apa yg terukir , hanya senyuman serakah mewarnai persekitaran. Oposisi yg diterjah makin gundah , sebab dulu mereka sudah merasai unik suatu dokongan yg memenangkan   penguasaan , mencalar dan membongkar kepemimpian dgn celupar. Kini UMNO ( BN ) selangkah lebih jauh mendepani kemenangan diluar pertandingan sebenar akibat keasyikan oposisi dgn dunia yg dicalarnya sendiri. Natijahnya pemimpin datang dan pergi , jelas sekali pendokong diterajang    sesuka hati . Liar memang liar , jesteru ia sudahpun menjalar dan sukar untuk dibentur...

Syiah sejarah dan pengajarannya khusus buat Umat Islam

بسم الله الر حمن الر حيم Sudah banyak diperkatakan tentang mazhab Syiah, tetapi topic tersebut masih timbul tenggelam dari masa ke semasa hingga kadang kadang orang ramai terkeliru .Hingga hari ini masih ada orang yang bertanya : Apakah itu Syiah ? Dan sejauh mana perbedaannya dengan pegangan umat Islam yang lain ? Memang Banyak . Salah faham terhadap aliran tersebut hingga ramai orang yang menganggap mazhad Syiah seratus peratus menyalahi akidah dan mereka terkeluar dari Islam. Dalam pada itu ada pula bukti sejarah yang menunjukkan banyak pemesungan berlaku akibat kerenah orang orang Syiah. Kebanyakan orang Islam tentu tahu bahawa ada perbedaan diantara aliran Syiah dengan dasar Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Tetapi yang menjadi masaalah ialah memastikan samada ajaran Syiah itu telah menyebabkan penganutnya terkeluar dari Islam ? Atau masih dianggap Islam juga ? Setengah orang menganggap   perbedaan itu menyentuh urusan cabang (far’iyyah) sahaja, sedangkan ada ulama yang berka...