PM keliru siapakah tentera Raja Sulu ?

بسم الله الر حمن الر حيم



Penceroboh Persekutuan Malaysia di kg Tanduo , Lahad Datu Sabah (100 personal bersenjata  @ tentera raja sulu ) yang jelas sewajarnya diberikan keutamaan kerana ianya adalah  isu yang menyingkapi kesiapsiagaan pihak berkuasa mencegah pencerobohan dan apajua penderhakaan terhadap kedaulatan Negara  , tapi diselimuti rapat tanpa penjelasan yang kukuh .

Siapakah yang bertanggungjawab secara lansung dalam menjagai kedaulatan Malaysia , samada pihak Polis atau pihak tentera Malaysia dan siapa kah yang sepatutnya menguasai strategi dalam membendung isu isu pencerobohan dan pergulatan jenayah , yang nyata membelakangi peraturan dan keluhuran Perlembagaan Malaysia.

Apakah tanggungjawab PM ?
Apakah tanggungjawab KDM ?
Apakah tanggungjawab PDRM ?
Apakah tanggungjawab ATM ?

......atau apakah tanggungjawab kepatuhan DYMM Raja Raja Melayu , melalui keutuhan dan keluhuran Perlembagaan Malaysia dalam menyikapi persoalan yang melibatkan kedaulatan Persekutuan Malaysia ?

Adakah tragedi ini  sama situasi dan sisi pencegahannya sepertimana tragedi 13 Mei / Memali / Al Maubah / dll lagi , yang membebaskan kebuntuan rakyat umum melindungi kepentingan dan keselamatan mereka dalam sebuah negara yang berdaulat ?

Apakah mungkin penceroboh bersenjata ini mempunyai kelebihan dan kekebalan dan bebas mencerobohi dan memaksa pihak berkuasa untuk tunduk dan membelakangi Keluhuran Perlembagaan Malaysia yang sudah termaktub dengan pelbagai peraturan dan perundangan yang semestinya diikuti untuk dilaksanakan demi menegakan semua bentuk keadilan dalam mengamankan persekitaran Malaysia.

PM DS Najib dan kepemimpinan kroni politik ( BN ) yang diberikan mandat politik untuk mengurusi apajua bentuk dan kejadian , seharusnya mampu berdiri dibelakang jentera keselamatan negara yang diberikan mandat menangani situasi itu mengikut kecelekan minda , bukan sekadar melengah lengahkan masa serta membiarkan penceroboh itu terus berleluasa bebas memijak kemakmuran bumi Malaysia.

Jika ini tidak ditangani dengan ketekunan sepertimana lain lain jenayah yang melanggari norma kedaulatan dan keganasan kemanusiaan yg membuka fasa keresahan umum , pasti isu isu sebegini ditangani dengan segera dengan tidak berdolak dalik akan kedudukan siapakah yang sebenarnya dipertanggungjawabkan dalam menangani kemelut yang sudah berlarutan ini . Samaada  pihak PDRM atau pihak ATM yang sepatutnya diberikan mandat untuk menyekat dan menamatkan kemelut yang jelas sudah nyata memberikan keresahan awam ini , malah sikap melengah lengahkan sebarang tindakan itu jelas sekali , seperti lari dari pertanggungjawaban keatas keselamatan negara ini.

Sepatutnya ...pihak berkuasa yang diberikan kuasa dalam menguatkuasakan apajua perundangan , semestinya telus tanpa membeda bedakan atas satu kejadian dengan kejadian yang lain , yg jelas kejadian ini adalah salah disisi perundangan Malaysia , malah pencerobohan kawasan kedaulatan ini adalah ancaman yang serius yang mesti dibenteras dengan sewajarnya tanpa memberikan penceroboh ruang dan diberikan masa dalam apajua perundingan .

Persoalannya : Kenapa pencerobohan  ini ditatangi dan kerajaan seperti mengelak untuk tegak mendepani kebijakan dan mengangkat keadilan dan memusatkan sisi penamatan ini sejajar dengan Perundangan sedia ada , iaitu menjaga kedaulatan Negara dan memberikan keselesaan minda serta kehidupan rakyat Malaysia terus dijaga.


Jika permasalahan seperti pencerobohan ini dibiarkan tanpa tindakan segera , sudah pasti ruang kelemahan pihak  berkuasa ini akan melebarkan lagi jejak jejak penjenayah/petualang negara meneruskan agenda untuk mengganggu gugat kesejahteraan rakyat.


Usahlah berdalih dengan tidak menghormati pihak pihak yang bersengkang mata mengawasi persekitarannya ...usah sekali kali menyerahkan kehambaan dan kesetiaan kaum bawahan yang dibiarkan dan dipersalahkan akibat pencerobohan ini .

Angkatlah pertanggungjawaban itu dengan keberanian dan keikhlasan semua pihak dalam menangani apajua kemelut yang mampu meruntuhkan keluhuran perlembagaan Malaysia.

Siapakah yang bakal diangkat sebagai  " HERO " sebenar dalam kemelut , membenamkan pencerobohan , PM/KDN/PDRM/ATM atau kaum bawahan yang dibiarkan kukuh digarisan sempadan mengawal apajua kebejatan akal manusia yang mahukan keganasan dan merampas kekuasaan ?..

Adakah kematian itu mampu dielakan ?....kenapa mesti lemah dalam menghadapi situasi yang jelas melanggari undang undang sedia ada ?

...muga yg bijak tidak terlajak , yg tak bijak tidak dipijak pijak ...dan bawah tidak dibiarkan bercakaran dalam menangani pemberontakan ..berebutkan misi dan kedudukan dalam menamatkan pemberontakan dan pencerobohan.//..

..........................Komander pening Kepala .........................................

..........................menetukan siapa yg berkuasa sebenarnya .................

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand