Konsep Taqiyyah ( Anutan/Rukun Iman Mazhab Syiah )

بسم الله الر حمن الر حيم

Salah satu kepercayaan ganjil yang menjadi pegangan kaum Syiah ialah konsep Taqiyyah yang menghalalkan mereka berpura pura atau bermuka muka kepada orang orang bukan Syiah untuk kepentingan mereka sendiri .

Konsep taqiyyah pada dasarnya ialah sikap orang munafik , tetapi tokoh tokoh Syiah pada awal sejarahnya menghalalkannya untuk menyelamatkan diri mereka dari buruan ejen ejen Abbasiah kemudiannya, tetapi lama lama kelamaan konsep ini menjadi sebahagian dari rukun iman mereka di samping konsep Ra’iyah, Al Imamah dan lain lain lagi. Tentulah konsep itu tidak ada dalam sejarah Islam, kerana ia biasanya dengan sikap orang munafik.

Menurut kenyataan yang diperoleh dari tulisan tokoh tokoh mereka , dasar Taqiyyah diambil dari maksud sepotong ayat Al Quran surah Ali Imran ayat 28 yang maksudnya :-
“ Janganlah orang mukmin mengambil orang kafir sebagai pemimpin mereka, selain orang mukmin. Siapa yang berbuat demikian , mereka itu menyimpang dari jalan Allah , kecuali jika kamu tersangat takut kepada mereka “

Ungkapan terakhir ….” Kecuali jika kamu tersangat takut kepada mereka “ ..Dalam ayat ini dirumuskan oleh tokoh tokoh Syiah untuk menghalalkan sikap Taqiyyah untuk faedah mereka. Akhirnya konsep ini pun menjadi salah satu rukun Iman mereka.

Pengertian sebenar ayat tersebut ialah : Orang Islam tidak boleh mengangkat orang kafir menjadi penguasa mereka , kecuali jika mereka di paksa atau terpaksa berbuat demikian untuk keselamatan diri dan keluarga mereka .

Dengan lain perkataan , ayat tersebut bukan bertujuan menghalalkan orang Islam bersikap pura pura atau berdusta dalam semua situasi dan kepada sebarang orang, sebaik sahaja keadaan memerlukan mereka berbuat demikian. Malangnya orang Syiah menafsirkan ayat untuk menghalalkan mereka berpura pura dan berdusta hingga kepada orang Islam sendiri. Maka konsep taqiyyah inilah juga yang menghalang usaha yang pernah di pelopori Universiti Al azhar , Mesir untuk mencari persefahaman bagi mendekat jurang perbezaan diantara kepercayaan dan amalan mazhab Syiah dengan pegangan dan amalan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Sesudah ketetapan diambil menubuhkan sebuah panitia yang bertugas untuk merancang cara cara mencari penyelarasan itu, usaha panitia itu bukan saja diberi sambutan dingin , baik oleh Teheran atau lain lain pusat Syiah di Najef atau Qum, bahkan tiba tiba terbitlah beberapa buah buku oleh tokoh tokoh ulama mereka yang memusnahkan segala usaha yang murni itu .

Misalnya , salah seorang ulama Syiah bernama Ar Rizki di najef telah menulis kitabnya yang setebal tiga jilid , diantara isinya bukan sahaja mencerca Khalifah Omar Al Khattab , bahkan menyebut kononnya beliau pernah mengidap sejenis penyakit ganjil yang hanya boleh diubati dengan air mani lelaki .

Seperti diketahui , Saiyidina Omar Al Khattab  ialah salah seorang sahabat besar Nabi saw dan salah seorang Khalifah Al Rasyiddin yang di tuduh oleh tokoh tokoh pemimpin Syiah sebagai perampas jawatan  Khalifah yang kononnya menjadi hak mutlak Sayiddina Ali . Lain lain sahabat yang menerima tuduhan yang sama ialah Abu Bakar Al Siddiq dan Osman bin Affan.

Jika benar satu penyelesaian hendak di capai , para ulama Syiah juga sepatutnya mengorak langkah kea rah   yang  sama  sechanya secara positif seperti yang dilakukan oleh Al Azhar . Malangnya , selama itu usaha  tersebut  hanya seperti bertepuk sebelah tangan sahaja.

Dan sementara dipusat pusat pengajian tinggi  Ahli Sunnah telah diadaakan korikulum pengajian untuk mencari pendekatan kepada  mazhab Syiah , tetapi sebaliknya tidaik ada langsung  usaha seperti itu dipihak institusi pengajian tinggi di negaraa Syiah sendiri .Nyatalah bahawa batu penghalang kea rah usaha tersebut  ialah tidak lain dari konsep Taqiyyah.

Pada suatu ketika mereka menyatakan persetujuan untuk mencari pendekatan  diantara mazhab Syiah dengan mazhab Ahli Sunnah , tetapi pada hakikatnya mereka hanya mengamalkan konsep Taqiyyah .

Sejarah kedaulatan Islam  dizaman silam membuktikan bahawa orang orang Syiah dengan cepat boleh “ bersalin kulit “  menjadi pengikut Mu’tazilah atau khawarij atau  menjadi penyokong Ahli Sunnah bila dalam keadaan memerlukan.

Beberapa sejarawan Islam menyebut bahawa ketika Daulah Bani Umaiyah hamper tumbang , orang orang Syiah memberi sokongan penuh kepada para pemimpin Abbasiah untuk memperhebatkan  gerakan revolusi mereka , baik dengan tenaga atau harta benda.

Tetapi ketika daulah Abbasiah sedang di ancam  oleh serangan tentera Monggol pemimpin Holaco yang beragama Majusi , ramai tokoh Syiah telah berkomplot dan mengkhianati Daulah Abbasiah dalam suasana genting itu . menurut catatan sejarah ,salah seorang tokoh Syiah yang turut terlibat ialah Al Nasr Al Tusi .

Ketika Daulah Abbasiah sedang berkuasa penuh , Al Tusi dikatakan telah menggubah beberapa buah sajak dan syair yang memuji dan mendewakan khalifah Al Mu’tasim . tetapi kemudian Al Tusi ini juga yang berpaling tadah dan menjadi spy kepada tentera Holaco yang datang menggempur kota Baghdad dan akhirnya Berjaya ditawan.

Bahkan Al Tusi juga dikatakan turut menyaksikan tindakan kejam tentera Holaco membunuh penduduk awam yang tidak bersalah dan seterusnya membakar beribu ribu buah kitab ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya di perpustakaan kota Baghdad dan kemudian menghumbankannya kedalam sungai Dajlah hingga air sungai itu menjadi hitam selama beberapa hari.

Peranan Al Tusi dalam tragedy kejatuhan kota Baghdad itu diakui sendiri oleh para penulis Syiah. Seorang penulis yang bergelar Al Khanssa’ari misalnya menyanjung Al Tusi dalam kitabnya berjudul “ Raudah Al Hinnah “ atas jasanya menumbangkan daaulah Abbasiah ditangan Holaco. Sanjungan itu membayangkan rasa gembiranya terhadap peristiwa itu. Nyata bahawa kejatuhan kota Baghdad yang dianggap sebagai  suatu tragedy bagi kaum muslimin di dunia , sebaliknya dianggap suatu rahmat kurniaan Allah bagi orang Syiah.

Bahkan provokasi oleh tokoh tokoh Syiah terhadap Ahli Sunnah Wal Jama’ah  berlaku terus menerus menerusi kitab kitab karangan para ulama mereka walaupun sesudah ada persetujuan untuk mencari persefahaman  aliran diantara kedua dua pihak hingga mereka rela memberi gambaran yang keliru pada pihak orang asing tentang ajaran Islam yang sebenar.

Misalnya dari kitab kitab Syiah yang keliru itu lah para ilmuan Orentialis Barat menceduk sumber tulisan mereka untuk memberi gambaran salah kepada dunia barat terhadap Islam.

Salah seorang Ilmuan Orentialis bernama Neoldeke ( 1836 – 1930 ) dilahirkan di german dikatakan telah menulis buku “ Sejarah Musyaf Musyaf “ dalam  mana beliau menyalin sebuah surah palsu  yang diceduknya dari kitab karangan  seorang ulama Syiah Muhsin Fan Al Kasymiri . Dari kitab karangan Syiah itulah Nokdicah merumuskan kononnya kitan suci Al Quran itu tidak lengkap . Tulisan beliau disiarkan dalam akhbar  Asia yang terbit di Perancis tahun 1942.

Seorang Orentialis lagi bernama Berney , adalah pemilik sebuah naskah Al Quran tulisaan tangan berasal dari Iran dimana terdapat sebuah surah palsu yang dinamakan “ Surah Al Wilayah “ . Didalam surah itulah dijumpai sepotong ayat yang tidak terdapat dalam Al Quran Mushaf Osmani yang digunakan oleh semua umat Islam sekarang. Ayat itu ditafsir dalam bahasa Iran dengan maksud “ Wahai orang orang yang beriman kepada nabi dan wali ( pemimpin ) yang telah kami utus, yang kedua duanya akan memberi hidayah dan pemimpin kepada kamu sekelian kea rah jalan yang lurus “

Oleh seorang pentafsir Syiah , yang dimaksud dengan wali ( pemimpin ) itu tidak lain dari Saiyiddina Ali r.a.

Ulama tafsir Syiah itu bernama Mirza Hussin Al Nuri Al Tabrasi . Beliaulah yang menulis tafsir Quran yang mendedahkan bukti kononnya isi Al Quran yang diakui sah dulu oleh Islam di seluruh dunia telah di selewengkan.

Penyelewengan yang didakwa terdapat dalam mashaf osmani itu ialah kerana surah Al Wilayah itu tidak ada didalamnya, berbeza dengan Quran mushaf Syiah yang mengandungi surah tersebut.

Pendedahan oleh Al Tabrasi itu pada mulanya menimbulkan kegemparan dikalangan para ulama Syiah , kerana mereka rata rata menganggap pengetahuan tentang adanya surah Al Wilayah didalam mushaf Syiah itu adalah milik mereka sendiri .

Tetapi kemudian usaha beliau itu dipandang mulia dan bila beliau meninggal dunia jasadnya dikbumikan dalam kawasan makam Saiyiddina Ali di Najef sebagaai penghormatan tertinggi kepada nya.

#..sbhg catatan tentang : syiah sejarah dan pengajarannya
Terbitan Bil (17) tahun (4) 1993…
Mustaffa Suhaimi @ Maal Hijrah tahun 1414H/1993
Jab. Agama Johor.

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand