Serakah Melayu membenamkan halatuju UMNO .


بسم الله الر حمن الر حيم

  1. Assallamualaikum wbt. Muga seadanya diberkahi Allah swt , dan kemampuan kita akan terus terserlah dalam apajua yg mahu dimercutandakan disisi keluarga dan kemasyarakatan.
  2. Situasi dan polemik dipersekitaran kita hari ini semakin rencam dan menggugat keserasian kita utk kekal mendominasikan kesatuan serta kesepakatan minda dan pemikiran , yg jelas akibat pergolakan mereformasikan sistem demokrasi diMalaysia. Kemampuan kita sudah diterjah dan mahu terus dirubah arah oleh segolongan masyarakat yg jelas tidak mahu tunduk dan akur dgn apajua peraturan dan perundangan yg sudahpun digubal . Keluhuran Perlembagaan terus dipertikaikan dan kemerdekaan yg kita rasai dan gauli ini sudah bercambah dgn pelbagai sumpah dan seranah . Kerakusan manusia sudah semakin terserlah , sedang majoriti menyakini tatanan Islam dinegara ini .
  3. Keghairahan individu dalam mengungguli suatu organisasi parti politik makin bercambah dan memecahbelahkan sisi pematuhan kesepakatan etnik dalam menyuarakan hak dan kemanusiaannya. Kebebasan itu sudah jembar dan kini yg jembar itu sudahpun mengecilkan jejak dan dasar membangunkan kekuatan organisasi yg diperjuangkan dgn pelbagai suara yg tidak menyatukan kesungguhan kelompok dalam organisasi yg sewajarnya diperkukuhkan, apalagi menggauli isi dan pedoman yg sudah diteladankan utk diikuti kepemimpinan khususnya pemimpin Islam didalam membangunkan kemutlakan Islam agar terus mekar dan damai .
  4. Malah organisasi dan parti yg dikatakan mengungguli Islam sudah makin kelam , malah tunduk dgn desakan kepemimpinan bukan Islam , apalagi ada parti tunggal yg besar dokongannya ikut terarah menyikapi kerenah kelompok bukan Islam.
  5. Apakah Islam tidak mampu ditegakan atau kemungkinan kepemimpinan yg menduduki kuasa mengembangkannya gagal yakin dgn apajua yg sudah ditradisikan, walhal  disudut  sejarah pun sudah jelas didedahkan.
  6. Malaysia , sebuah wadah didokongi kuasa Islam , namun  apa yg mampu dilihat disisi pelbagai kemajuan dan persekitarannya , semakin kehilangan dasar keutamaannya . Pimpinan Islam sudah goyah dan tak mampu tegak menilai sisi kepentingan Islam mesti diberikan keutamaan dalam apajua kemajuan serta dasar pemerintahan , yg mana sudah jelas mereka mampu melaksanakannya , tetapi masih gagal menyakini prinsip Islam utk dikembangbiakan.
  7. Pertelingkahan Ilmuan yg mahu mendominasikan kuasa politik Islam dan Hak Melayu  serta Bumiputera terus menerus gempar disana sini , terutamanya setelah pemilihan kepemimpinan dlm PRU 13 yg sudah berlalu , tetapi keresahan itu masih terus dijadikan sandaran utk menyalahkan dasar dan perjuangan mereka , tak kira yg sudah dimenangkan dan apalagi yg memang tidak memenangi kerusi yg dipertandingkan, lebih dari itu mereka mereka yg tidak ikut terpilih dalam perebutan kerusi yg dipertandingkan makin rancak menyebaabkan jarak kesatuan dan kekukuhan suatu organisasi jadi goyang dan susah utk dicari keputusan yg kukuh , jesteru mereka terus bergaduh . Tunggak kepemimpinan seperti sudah kehilangan arah , masyarakat yg sadar kekal tunduk dan mewajarkan apasaja yg mereka inginkan iaitu menjauhi perpecahan , tetapi pimpinan terus bertelagah dan tidak sanggup mendepani imuniti mereka utk bergerak dlm satu barisan dan mematangkan sikap , menguatkan organisasi yg ditatang.
 
Pimpinan UMNO dlm gambar gagah dilihat , megah tangan diangkat namun hati dan perasaan terus berbalah menafikan keserasian mendukungi permufakatan sebagai orang Islam.
 
 
Inilah persoalan yg mahu diketengahkan , semangat Melayu sudah semakin hilang , jesteru mereka menganuti Islam , tetapi tidak teguh memberikan ruang keutamaan untuk Islam digerakan dengan kesungguhan yang mesti dilaksanakan dalam apa saja sisi kemajuan dan pembangunan. Jika konsep muafakat melayu mahu diangkat ianya jauh sekali disetujui , jeteseru mereka sering kali lantang dan tak dilihat ada kesatuan yang selari dan gagal ditangani kepemimpinan Melayu itu sendiri,.



کامي تق ريلا ملايو هيلڠ کواس ممرينته نݢارا اين. کامي تق ماهو مليسيا منجادي سيڠاڤوري. کامي تق ماهو چينا مڠواساءي کراجاءن سچارا هالوس. کامي دسق ªسلام ديجيمبارکان دان دبريکن کأوتاماءن دالم اڤاجوا داسر ڤمرينتهن مليسيا .

کڤميمڤينن ترتيڠݢي اومن...و مستي ممهمي دان مراساءي نلوري اکر اومبي رعيت مليسيا يڠ ماجوريتيڽا مڠانوتي ªسلام دان ميمڠ واجر دبريکن کأوتاماءن دالم اڤاجوا ڤمباڠونن اکن داتڠ.

ڤميمڤين ملايو اوسه تروس منروس جادي خدم کڤد بوکن ªسلام


Hakikatnya Najib bakal mendepani musuh-musuhnya dalam UMNO sendiri yang sedang mencari peluang untuk menjatuhkan beliau. Dan isu penyusutan jumlah kerusi Parlimen BN dalam PRU lalu mampu dijadikan "alasa...n kukuh" untuk menolak Najib dalam pemilihan parti pada November nanti.

Apalagi gelagat DS Najib yg terus dilihat tunduk dgn pelbagai desakan bukan Melayu dan dilihat menjauhi kepentingan Islam@Melayu, malah keghairahan Datin Seri Rosmah yg terus lantang mengungguli dan membayangi kepemimpinan suaminya sebagai PM @presiden UMNO pasti makin melemahkan sokongan akar umbi , yg melihat ketegasan pimpinan Melayu nombor satu negara sudah tenggelam dan punah , dan tidak sejajar dgn ketegasan yg ditatan disisi syariat Islam.

Krisis dalaman UMNO ini pasti suatu yg mampu dilihat sebagai permulaan utk meminggirkan PM sebagai Presiden UMNO dlm pemilihan pada hujungan tahun ini.

..P/s: Muga kebijakan akar umbi ahli UMNO mampu tegak dgn kesatuan suara dan membongkar kekhilafan , memastikan pemilihan pucuk kepemimpinan yg benar benar mampu menguasai kekuatan Islam@Melayu/Bumiputera dlm mengekalkan kuasa politik dan tunggak urus tadbir Negara.

 

sisipan dari carian mediamaya dikembarkan utk perkongsian//.

( DS Najib Sila ambil maklum. Sebelum PRU13 para blogger pro kerajaan banyak membantu kempen untuk memenangkan Umno. Malah para pelawat blog juga sama2 memainkan peranan membela Umno




Selapas keputusan PRU13 diumumkan, mereka ini lah juga yang tak putus2 memuji anda dan mengucap tahniah kepada anda.




Bilangan mereka ramai. Saya yakin dan teramat yakin, para2 blogger dan pelawat2 blog berkenaan telah memberikan undi kepada Umno pada PRU13 yang lalu.




Saya dan mereka tidak undi Umno kerana nak selamatkan BN atau kerana nak angkat anda jadi PM. Kami undi Umno kerana nak selamatkan kuasa politik melayu.




Kami tak rela melayu hilang kuasa memerintah negara ini. Kami tak mahu Malaysia menjadi Singapore. Kami tak mahu DAP menguasai kerajaan secara halus.




Ya, memang kami teramat yakin, andai kata PR berjaya membentuk kerajaan, pasti DAP lah yang akan menentukan halatuju kerajaan PR.




Kami buka mata dan buka minda, kami kaji apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang selepas PRU12 (Perak berjaya diselamatkan oleh Umno). Di Selangor, memang MBnya melayu, memang wakil rakyat PR melayu ada dari PKR dan ada dari Pas. Mereka itu semua betul2 jadi kupang tembaga atau tunggul. Yang control kerajaan negeri Selangor adalah DAP.




Kes Datok Hassan Ali, contoh yang dirujuk. Di Pulau Pinang, tak usah cakap lah. Wakil2 melayu dalam DUN, bukan tunggul lagi tapi tak ubah macam alas kaki saja. Melayu ditekan, melayu dihimpit .. berani kah wakil melayu dalam DUN melawan arahan Lim Guan Eng.




Lim Guan Eng menjadi Maharaja Cina di Pulau Pinang Tetapi selepas anda membentuk barisan kabinet baru, kenapa orang2 yang sama yang telah mengundi Umno pada PRU13, kini tidak lagi senang dengan anda, tapi tidak dengan Umno.




Pasti ada yang tak kena dengan anda wahai DS Najib. Mahasabah lah diri anda. Zaman wakil rakyat atau YB nak berlagak sombong dah berlalu.




Wahai DS Najib Tolong lah tolong. Jaga kemuliaan institusi raja2 melayu. KDYMM Yang Dipertuan Agong dihina, apa tindakan anda?




Institusi2 yang sedia ada di naungi oleh raja2 melayu dan Yang Dipertuan Agong, jangan sekali2 diusik. Perbuatan anda meletakkan SPR dibawah kawalan parlimen, ini tindakan menghina mertabat serta maruah Yang Dipertuan Agong, kami tidak undi Umno untuk membolehkan anda memijak2 kedaulatan raja2 melayu.




Bangsa melayu dihina oleh guru bangsa cina komunis, apa tindakan anda ?

Tapi bila satu orang cikgu melayu dalam perhimpunan di sekolah beliau mengajar telah mengeluarkan nasihat yang mengingatkan kaum pendatang tentang untung nasib mereka dinegara ini, beliau dituduh rasis dan tindakan serta merta diambil.




DS Najib Anda jangan hanya berani merotan bangsa sendiri, sedangkan bangsa lain (cina dan india) nak menjentik pun anda tak berani.




DS Najib Jangan ingat melayu2 yang telah mengundi Umno pada PRU13 tidak tergamak mengkafankan Umno pada PRU14 sekiranya, Umno gagal menjaga hal2 berkenaan melayu dan raja2 melayu. Melayu hari ini dah banyak belajar daripada pengundi cina.




Kalau pengundi cina boleh berpakat secara diam2 untuk memenangkan DAP, bukan mustahil pengundi melayu boleh memenangkan Pas asalkan Pas bersedia berpisah daripada DAP.




DS Najib Anda jangan buat keputusan sorang2. Minta pendapat serta pandangan ahli MKT Umno sebelum buat sesuatu keputusan.




Ahli2 MKT Umno pula, jika cadangan Najib tidak menguntungkan melayu, jangan takut untuk mengatakan " TIDAAAKKKK ".




Parti Tunggal sebagai contoh, terbela kah nasib dan masa depan bangsa melayu jika ianya dilaksanakan ???????




DS Najib Janji kami kepada anda hanya satu. " Anda Jaga Melayu, Melayu Pasti Akan Jaga Anda ".

..Hj Ariffin//.

بنركه تراديسي جاوي سماكين هيلڠ

هاڽ ڤلاجر-ڤلاجر يڠ برمينت دان برسكوله اڬام سهاج سريڠ دتراڤكن دڠن توليسن دان باچان جاوي، مانكالا دسكوله كبڠسأن اياڽ دأجر سقدر اونتوق ملڤسكن كايڠينن مندالمي تراديسي اسلام تاڤي اياڽ تيدق دجاديكن ترس ڤمبلاجرن يڠ ككال


" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (128) At Taubah
لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢٨)
..

p/s: muga kebaikan/kasihan belas itu terus melimpah ruah dari segenap arah kehidupan kita semua ..InsyaAllah.

facebook wadironi..

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand