Cukupkah Bilangan Pegawai Dan Anggota Polis @Penguatkuasa pelbagai agensi @sukarelawan di Malaysia bagi mengesan dan menangkap serta membenteras kebanjiran warga asing di Malaysia ?

بسم الله الر حمن الر حيم




1.       Statistik Jabatan Imigresen, sehingga Mac 2013  terdapat 1.5 juta pendatang asing yang memegang pas lawatan kerja sementara , sementara statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN), sehingga Ogos 2012 terdapat  1.3 juta pekerja pendatang tanpa izin berada di Malaysia .

 

2.       Terkini : Tim.Menteri KDN bagi anggaran  693 buah balai polis di seluruh negara pada 2007 , tidak termasuk pondok pondok polis yg bertaburan diseluruh pelusuk negara.

 

3.       KDN menyatakan peningkatkan jumlah anggota PDRM/JPAM/RELA di jalanan (omnipresence) sepanjang tahun ini telah dirangka dengan komprehensif di mana Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan mempunyai jumlah kehadiran anggota serta sukarelawan seramai 62,191 orang pada tahun ini untuk digerakkan di seluruh negara. Jumlah ini merupakan penambahan seramai 35,029 orang pada tahun ini daripada 27,162 sedia ada pada tahun lalu. Penambahan tersebut adalah lebih dua kali ganda berbanding tahun lalu.

 

4.       Mengikut pecahan, daripada 62,191 orang, 42,387 adalah dari kalangan anggota polis, iaitu tambahan seramai 20,273 anggota daripada 21,624 sedia ada pada 2011. Pada masa yang sama, jumlah tambahan keseluruhan anggota sukarelawan adalah seramai 14,266 orang pada tahun ini. Mereka terdiri daripada 11,452 anggota Rela (tambahan 7,521 orang daripada 3,931 orang), 8,307 anggota Jabatan Pertahanan Awam JPAM (tambahan 6,700 orang daripada 1,607 orang) dan 45 orang lagi dari sumber lain-lain.

 

5.       Menteri@Tim Menteri KDN merasa penuh yakin usaha menurunkan kadar jenayah dan membentuk rasa selamat di kalangan rakyat seluruh negara ini menerusi penambahan kehadiran polis serta anggota sukarelawan di jalanan, dapat diteruskan dengan lebih berkesan pada tahun 2013.

 

6.       Dasar kerajaan untuk menurunkan kadar indeks jenayah di Malaysia sememangnya telah dilakukan sepanjang tahun sejak memerintah dan percaya kadar jenayah diseluruh negara mampu ditangani dengan berkesan .

 

7.       Persoalannya : bagaimana pula kadar indeks  keberadaan pendatang asing yang semakin tidak terkawal dan tentunya pelbagai Ops Bersepadu diantara pelbagai agensi penguatkuasaan dibawah KDN ini sudah digembelengkan dan pasti kekuatan itu mampu mencecah jutaan personal dan pastinya tangkapan dan pencegahan kebanjiran wargaasing diMalaysia dapat ditangani , jika  ops sepadu itu dilakukan secara berkala setiap minggu disepanjang tahun dan pasti , keupayaan penguatkuasa untuk mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin akan terus melonjak dan sayugia kebajinran warga asing dapat dibenteras dan dituntaskan.

 

8.       Merujuk kepada statistik sedia ada yang diwar warkan pada orang awam pastinya jumlah personal penguatkuasa tetap dan sukarelawan dikalangan agensi itu melebihi jumlah warga asing yang ada di Malaysia , dan mampukah mereka bertindak dan diselaraskan tenaga dan kekuatan  untuk mengesan dan menangkap pendatang asing tanpa izin yang berselerak diseluruh Malaysia.

 

9.       Apakah sebenarnya perlaksanaan@Operasi yang berskala besar yang diuar uarkan pihak penguatkuasaan bagi membasmi kehadiran pendatang asing ini , benar benar dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan semua pendatang@pensubahat yang terlibat serta dikenal pasti melakukan kesalahan dibawah Undang Undang di Malaysia sudah dan mampu diheret kemuka pengadilan.

 

10.   Adakah Kerajaan Malaysia melalui agensi yang dikatakan sudah profesional dan penuh dengan integriti itu mampu benar benar menjalankan dan melaksanakan strategi dalam memerangi kebanjiran warga asing yang tidak mematuhi undang undang di Malaysia .

 

11.   Adakah statistik yang diperolihi pelbagai jabatan itu dikaji semak @ sememangnya gagal di selaraskan dengan wajar dan berkeupayaan memberikan gambaran yang sebenar akan kemampuan dan kekuatan penguatkuasa dalam membasmi kebanjiran warga asing di Malaysia .

 

12.   Natijahnya , kewajaran dan profesionalisme serta integriti pelbagai Jabatan@Agensi terkait dibawah KDN ini memang agak muram dan suram , jika dilihat dari persepsi persoalan yang diajukan dan feedback kepada suatu jawaban atas statistik  indeks yang kukuh dan mampu diterjemahkan sebagai suatu indeks yang benar dan fakta yang kukuh bagi menyatakan komitmen pemerintah keatas dasar pembasmian pendatang asing ini , masih boleh dipertikaikan dari sisi jawaban lisan dan bertulis pihak Menteri@Tim Menteri KDN di dewan Parlimen dan sewaktu dengannya.
p/s : Sila komen dan jelaskan dengan pembetulan seandainya fakta dan intipati yang dikupas ini tidak wajar dan sememangnya tidak tepat atau kemungkinan kurang memberangsangkan untuk dikongsikan//.
 

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand