Posts

Melayu ditelanjangkan kebingungan dijalanan

بسم الله الر حمن الر حيم Ambiga Sreenevasan seorang peguam , malah pernah dilantik sebagai Presiden Majlis Peguam   tentunya memahami prosedur undang undang dan sepatutnya akur dan mematuhi aspek perundangan dinegara ini , tetapi tindakan beliau yang terang terang membelakangkan keluhuran undang undang dan Perlembagaan Persekutuan jelas menunjukan keegoan dan menanamkan kebencian minda   awam ,   tetapi kebungkaman Majlis Peguam serta golongan peguam dinegara ini menunjukan kepincangan serta kedangkalan pemikiran golongan yang dikatakan cerdik tetapi tidak mampu dan ikhlas untuk mendaulatkan keluhuran undang undang   dan keadilan sejagat . Pemikiran dan kedangkalan mereka menjerumuskan intergriti profesion guaman ketahap yang paling kotor dan rendah serta menjijikan .Jesteru ianya jelas dan nyata   kerana golongan ini terus   bungkam untuk menegakan keadilan sejagat dan tidak   menghiraukan keresahan di   persekitaran   yang jelas akan me...

KDN (PDRM) hanya memperjudikan kudrat ribuan anggotanya.

بسم الله الر حمن الر حيم Perhimpunan Haram   anjuran   Gabongan Pilihanraya Bersih dan Adil ( Bersih ) yang dicanangkan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur telah mengundang keresahan awam dan mengundang pelbagai tanggapan serta persepsi dikalangan warga kota serta seluruh rakyat Malaysia hingga ramai yang telah membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan jalanan tersebut , serta meminta pihak berkuasa mengambil tindakan keatas pendokong pendokong pertubuhan yang terlibat yang dilihat   terang terang mendatangkan hasutan demi kepentingan golongan masing masing hingga sanggup menyuarakan apajua kemungkinan ianya akan tetap diadakaan , walau tanpa kebenaran pihak berkuasa . Tindakan Pemuda Umno (BN) serta pertubuhan Perkasa untuk sama sama terjun dijalanan dihari yang sama juga semakin mencemaskan persekitaran yang memungkinkan suatu kejadian perbalahan dan kekacauan awam lebih besar   ,   jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan drastik penguatkuasa ...

formula mengembalikan kekuatan dan keperkasaan Melayu hanya satu!

بسم الله الر حمن الر حيم Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh mnyapu segala sampah yang ada besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya". Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasululllah saw lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin & Ansar yang bersatu sabagai satu umat - umat Islam. Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikaitkan dengan agama. Dita'rifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam dibawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang. Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Qiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan ALL...

US promotes instability in Afghanistan

'US promotes instability in Afghanistan' بسم الله الر حمن الر حيم The   American military presence in Afghanistan has contributed to more instability in the country than peace and security. "The presence of Americans in every part of the world has not contributed to security," "The Americans claim that they are after maintaining security in Afghanistan, but they have acted in the opposite way," "More than 10 years have passed since the presence of the US forces and we have seen the exacerbation of the security situation in Afghanistan," The 2001 US-led invasion of Afghanistan that was launched with the declared objective of curbing militancy and bringing peace and stability to the country but many civilians had been killed .

Penjarakan saja golongan yang mahu mencetuskan huruhara dalam negara

بسم الله الر حمن الر حيم Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan perhimpuan haram yang dirancang oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011   sebagai satu cubaan pihak pembangkang untuk menjadikannya sebagai jalan pintas untuk memenangi pilihanraya dan impian mereka ke Putrajaya. Pembangkang sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah   memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya di Malaysia dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

Felda gagal mengungguli ketelusan sebagai sebuah agensi kerajaan

بسم الله الر حمن الر حيم Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata terdapat   sejumlah 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di 317 tanah rancangan itu di seluruh negara .Daripada jumlah itu, seramai 108,322 peneroka terdiri dari kaum Melayu, 1,097 kaum Cina, 1,522 kaum India dan dan selebihnya kaum-kaum lain. Pengambilan peneroka   dimulakan sejak pembukaan tanah secara besar-besaran oleh Felda pada tahun 1960 hingga akhir 1989 dan selepas itu kerajaan mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil peneroka mulai 1 Jan 1990. Pada 2006, dikatakan kerajaan ada membuat pengumuman bahawa Felda boleh dibuka semula untuk mengambil peneroka baru jika ada kerajaan negeri yang memberikan tanah, tetapi masih belum ada kerajaan negeri yang bersetuju dan bersedia memberikan tanah , manakala kerajaan negeri   Sarawak ada menyatakan hasrat mempelawa agensi-agensi pembangunan tanah termasuk Felda untuk membangunkan tanah adat, tetap...

Tindakan pemuda UMNO(BN) hanya mengundang kebobrokan pemikiran

Image
بسم الله الر حمن الر حيم Tindakan pemuda UMNO(BN) mahu mengadakan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada DYMM Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Julai 2011 bersamaan perhimpunan yang akan diadakan “ Demo BERSIH “ adalah suatu tindakan serta pemikiran yang sempit dan langsung tidak menghormati saranan pihak berkuasa agar mana mana pihak perlu menghormati undang undang dan tidak mengikut kebebasan golongan tertentu serta mematuhi   peraturan   hak kebebasan bersuara selaras dengan   peruntukkan   undang undang sebagaimana ketetapan  Perlembagaan Persekutuan . Keghairahan   pemikiran   pemuda UMNO(BN) dan pendokong Bersih ini hanya memupuk kebencian dikalangan masyarakat awam . Demonstrasi awam adalah suatu kaedah yang dicetuskan oleh pemikiran orang orang YAHUDI , jesteru kaedah perhimpunan   awam ini hanya membawa kepada kecelaruan pemikiran , kerendahan akal dan melanggar adab serta budaya orang orang Melayu Islam yang m...