Pertembungan Intelektual


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut: 

1. Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
2.Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam 
3.Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam; 
4.Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara; 
5.Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
6.Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini; 
7.Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan 
8.Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa
KENYATAAN MEDIA
SUHAKAM TELITI ISU SYIAH DI MALAYSIA
Mesyuarat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada hari ini (8 Februari 2011) telah memutuskan bahawa ia akan meneliti isu Syiah di negara ini. Ini adalah berikutan aduan yang telah dikemukakan kepada Suruhanjayamengenai ketidakpuasan cara pihak berkuasa menangani isu Syiah di Malaysia. Untuk tujuan tersebut, SUHAKAM akan diwakili oleh Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid sebagai Pesuruhjaya yang bertanggungjawab dalammengendalikan isu ini. SUHAKAM akan mengambil beberapa tindakan yang melibatkan semua pihak yang berkenaan seperti  agensi Kerajaan, badan agama, kedutaan dan sebagainya. SUHAKAM juga akan mengadakan satu Perbincangan Meja Bulat bersama semua pihak yang terbabit dengan matlamat untuk mencari satu jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak. Oleh itu, SUHAKAM berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan.

PROF DATUK DR MAHMOOD ZUHDI HAJI ABDUL MAJID
Pesuruhjaya
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
8 Februari

 
Muzakarah Khas JKF Bincang Isu Orang Bukan Islam Baca Al-Quran
Tarikh : Januari 14, 2011 - 9:03am
Editor : norizan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan isu orang bukan Islam membaca dan menterjemahkan ayat-ayat suci al-Quran dalam Muzakarah Khas yang telah diadakan pada 3 Disember 2010, jam 8.30 malam bertempat di Pan Pacific KLIA.  Muzakarah Khas ini diadakan ekoran daripada tindakan beberapa  orang ahli politik bukan Islam yang menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran di dalam ceramah-ceramah politik yang diadakan. Muzakarah Khas yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dihadiri oleh Sahibus Samahah Mufti-mufti dan Timbalan-timbalan Mufti serta Ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Turut hadir Y. Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah JAKIM selaku Setiausaha Jawatankuasa Fatwa dan Tuan Hj. Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM. 
Muzakarah Khas yang diadakan ini telah meneliti rakaman siri-siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan teks al-Quran yang digunakan serta pandangan dan hujah-hujah para ulama’ muktabar dalam isu ini dan berpandangan bahawa:
“ Bahawa pada dasarnya bagi tujuan untuk mempelajari, memahami dan mendekatkan diri kepada ajaran Islam atau bagi tujuan untuk menjadikannya panduan hidup di dunia dan akhirat atau bagi tujuan dakwah, Islam tidak pernah menghalang mana-mana pihak termasuk bukan Islam untuk membaca dan mendalami teks-teks suci Islam termasuk al-Quran dan tafsirannya.  Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan jujur dan ikhlas bagi tujuan tersebut dan bukan untuk kepentingan dan tujuan tertentu/peribadi, apatah lagi jika ianya dilakukan dengan kesalahan samada pembacaan atau huraiannya yang menyimpang dari kehendak sebenar teks-teks tersebut kerana perbuatan seperti ini boleh mencemarkan kesucian al-Quran dan Islam serta sekaligus  menimbulkan keraguan, keresahan dan fitnah kepada masyarakat.
Maka dalam situasi yang berlaku di akhir-akhir ini, berdasarkan realiti dan fakta, ahli-ahli muzakarah sebulat suara berpendapat bahawa tindakan pemimpin-pemimpin politik bukan Islam menggunakan teks suci Islam termasuk al-Quran secara sewenang-wenangnya dan tidak menepati maksud yang sebenar di ceramah-ceramah politik, tidak menunjukkan ciri-ciri keikhlasan yang sebenarnya bagi mempelajari Islam.  Oleh itu, perbuatan yang sedemikian boleh mendatangkan penghinaan berterusan terhadap kesucian Islam khususnya al-Quran sekiranya dibiarkan.
Justeru, bersesuaian dengan kaedah Usul al-Fiqh Sadd az- Zarai’, Muzakarah bersetuju bahawa perbuatan orang-orang bukan Islam membaca dan menghuraikan teks-teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri  dengan tidak menepati maksud yang sebenar di samping tidak terdapat unsur-unsur keikhlasan dan kejujuran adalah merupakan suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran dan boleh mendatangkan keraguan dan fitnah di dalam masyarakat.  Oleh itu, ianya perlu dihentikan dengan segera. 
Muzakarah juga menasihatkan semua pihak supaya berhati-hati agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat suci al-Quran demi meraih sokongan atau mendapatkan sesuatu kepentingan.”
 Kebelakangan ini pelbagai isu berhubung peradaban dan kemurnian Islam terus menjadi pertikaian awam dan menular serta dijadikan wacana dan tujahan intelektual yang terpelajar tanpa rasa hormat . Situasi ini terus berlanjutan dengan keterangkuman minda awam yang gagal dikawal . Jika ianya terus dijadikan tujahan untuk mendapatkan kekuasaan dan kepentingan individu tanpa melihat sejarah peradaban Islam dan kemerdekaan negara , saya percaya ianya bisa menjerumuskan negara dalam kancah huruhara yang berpanjangan. Jesteru kesucian Islam dalam wacana kemerdekaan Malaysia mesti dipertahankan tanpa sempadan demi kepentingan awam dan keunggulan agama Islam itu sendiri . Jakim sebagai badan Induk yang memantau perkembangan Islam dilihat gagal menterjemahkan tujahan demi kesucian Islam , malah Ijma' Ulama diketepikan dan dipandang sebelah mata saja . Apakah peranan Ulul Amri dan Ulama Ulama mursyid dalam menangani isu ini ? Persoalannya kenapa Islam terus di terjah dan kemanakah sebenarnya tujahan pemerintah yang dilihat Gah ? Diam dalam keterujaan membungkam kebejatan yang semakin rakus tanpa kesopanan dan kesusilaan sebagaimana Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia yang kini ditelanjangkan . Adakah Suruhanjaya DiRaja telah hilang sengatnya ? Suatu pandangan yang mendambakan penyuluhan .

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga