Aliran Ahli Sunah Waljamaah mengungguli persekitaran kehidupan manusia
بسم الله الر حمن الر حيم Ahli Sunah Waljamaah terkenal kerana sejarah perkembangan pemikiran akidah Islam yang dinisbahkan kepada Jamaah majoriti terbesar umat Islam yang beriltizam kepada ajaran Islam. Mereka tidak terdorong dan didorong oleh sikap, pegangan dan penghayatan Islam yang menyeleweng, menepati Sunnah Rasul dan Sahabat-sahabatnya. Mereka adalah golongan yang benar-benar mendalami dan menguasai ilmu ketuhanan, kenabian, hari akhirat, kewibawaan memimpin dan berijtihad dan mengisbatkan sifat-sifat Allah seperti yang dilakukan oleh sebahagian ulama kalam.