Utamakan Perpaduan Rakyat Malaysia

Dlm negara yg berbilang kaum dan anutan agama , setiap rakyat Malaysia wajar ada pendirian untuk memperhalusi etika, adab dan sosio budaya yg baik dan menjauhi perkara2 yg tidak bertika dlm hubungan kaum dan agama yg mampu mengheret perbalahan dan menimbulkan keresahan awam.

Perbalahan dan perbedaan dasar politik wajar disantuni dan diselesaikan secara matang mengikut saluran dan aturan undang2 sepertimana yg diperuntukkan Perlembagaan Malaysia.

Barisan Nasional @#Najib Razak sebagai PM masih mampu serasi dan menyantuni kepentingan semua golongan dan suku kaum serta anutan agama dikalangan rakyat Malaysia biarpun diasak dengan pelbagai fitnah dan persepsi bg merendahkan mertabat dan keterampilannya , namun selagi Islam masih jadi pegangannya , pasti sokongan dan dokongan rakyat  tetap kukuh . Dasar wasattiyyah nyata membuka luas pemahaman rakyat tentang ehwal keadilan dan ketelusan pemerintah Barisan Nasional dlm mengurustadbir negara yang memang nyata menyuguhkan manfaat dlm semua bidang untuk kepentingan yg berimbang semua manusia dan rakyat Malaysia.

Kita sebagai rakyat hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk masa depan negara dan mengharapkan seluruh kepemimpinan politik kembali bermaruah dan beretika dgn adab serta budipekerti yg baik dalam apajua halatuju dan pertikaian politik semata2 untuk terus membuka laluan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.

Salam...israk dan mikraj.
Alhamdulillah.
Aamiin..Allahumma'aamiin

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand