Tun Dr Mahathir - BertaubatLah!!

#Malaysia

Assalamualaikum wbt.

Tun Dr Mahathir Mohamad,
Aku menyayangimu amat-amat,
Engkaulah jurutera tamadun bangsa paling hebat,
Engkaulah pengukir lanskap zaman,
Satu dalam jutaan.

Tun Dr Mahathir Mohamad,
Malangnya engkau pendosa engkau pengkhianat,
Bersyahadahlah kamu,
Beristighfarlah kamu,
Minta ampunlah kamu
atas segala dosa yang kamu buat,
Semoga terlepaslah kamu daripada seksa Allah yang sangat azab
di alam akhirat.

Tun Dr Mahathir Mohamad,
Bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha,
Dan mohonlah kemaafan daripada rakyatmu,
(terutama kepada Pak Lah dan DS Najib )
yang telah engkau zalimi selama ini,
Semoga matimu dalam sejahtera
dan dikenang sepanjang masa
sebagai wira bangsa,
kerana kalau engkau mati sekarang
dalam keadaan bergelumang dosa dan noda,
maka matimu dalam celaka,
Meninggalkan namamu yang busuk lagi membusukkan
sepanjang masa.

nukilan: #pejuangbangsatanpanama

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand