Perhimpunan Agung UMNO - 2011
بسم الله الر حمن الر حيم Perhimpunan Agung UMNO sudah semakin hampir dan pastinya ianya akan mengungkapkan pelbagai sudut pandangan dan pembaharuan dalam mendepani percambahan minda dalam menegakan ketegasan dalam mengangkat martabat dan perjuangan orang orang Melayu/Islam yang majoritinya mendokong UMNO sebagai tunggak kuasa pemerintahan negara melalui kesepakatan dalam Barisan Nasional . Merumuskan pendekatan permuafakatan dalam memupuk perpaduan umat bagi bersama sama menjulang kegemilangan negara dan memanfaatkan segala sumber sedia ada agar terus mampu menuju kearah satu tujuan yang sama dalam kepelbagaian suku bangsa dinegara ini , adalah wajar dan semestinya himpunan itu dijadikan wacana membuka ruang yang seluas luasnya kepada kemampuan menatang kebebasan dan ketelusan , semata mata untuk mengangkat semangat ukhuwah didalam kesinambungan kepemimpinan negara , Proses membangunkan ketamadunan dan peradaban bermula disini , jesteru ianya adalah tunjang yang menjaga kemaslah...