Perhimpunan Agung UMNO - 2011

بسم الله الر حمن الر حيم


Perhimpunan Agung UMNO sudah semakin hampir dan pastinya ianya akan mengungkapkan pelbagai sudut pandangan dan pembaharuan dalam mendepani percambahan minda dalam menegakan ketegasan dalam mengangkat martabat dan perjuangan orang orang Melayu/Islam yang majoritinya mendokong UMNO sebagai tunggak kuasa pemerintahan negara melalui kesepakatan dalam Barisan Nasional .

Merumuskan pendekatan permuafakatan dalam memupuk perpaduan umat bagi bersama sama menjulang kegemilangan negara dan memanfaatkan segala sumber sedia ada agar terus mampu menuju kearah satu tujuan yang sama dalam kepelbagaian suku bangsa dinegara ini , adalah wajar dan semestinya himpunan itu dijadikan wacana membuka ruang yang seluas luasnya kepada kemampuan menatang kebebasan dan ketelusan , semata mata untuk mengangkat semangat ukhuwah didalam kesinambungan kepemimpinan negara ,

Proses membangunkan ketamadunan dan peradaban bermula disini , jesteru ianya adalah tunjang yang menjaga kemaslahatan umat / rakyat dinegara ini . Penumpuan semua ahli sepatutnya telah jelas dan nyata maampu mengangkat kemaslahatan bagi menjana wadah kepemimpinan yang mampu menggalas pertanggungjawaban yang sejajar dengan persekitaran jajaran kekuasaan Islam .

Oleh itu semua ahli mesti teguh dan sedia memberikan laluan kepada suatu dinamisme baru dengan memegang prinsip kesepakatan minda , agar kepemimpinan yang dipilih bukan semata mata  gagah dengan pengaruh dan persekitarannya tetapi mereka yang benar benar berwibawa dan layak untuk memertabatkan jajaran Islam dalam mengemban  keutamaan dan memperkasakan idea dan paradigma pemikiran Islam yang bersifat progresif.

Inilah masanya , arah dan hala tuju itu mesti dipupuk dan dilestarikan serta diangkat jesteru persekitaran pembangunan dunia masa kini dan dalam negara telah  rencam dengan kepelbagai unsur unsur yang menjauhkan pemikiran tradisi yang dikatakan gagal memacu kewenangan kemasyarakatan . Sikap jumud dan taksub yang terarah dengan pemikiran disisi kemodenan yang dipacukan barat mesti dinilai kembali jesteru pemikiran Islam dan kesahan tradisi dan sejarahnya masih releven dan memang mampu berkembang tanpa dokongan pemikiran barat yang memang mahu melihat ianya terkubur dari dunia Islam.

Adalah suatu pertanggungjawaban yang amat besar dipikul semua ahli UMNO dalam menyuguhkan minda dan kekuatan kudrat  bagi memilih dan mendokong kepemimpinan yang benar benar mampu berdiri dimedan memperjuangkan keutamaan sejajar dengan pemikiran dan keagungan Islam .

Muga kepercayaan yang diberikan majoriti rakyat bisa diangkat dan dimertabatkan .Keikhlasan dan keihsanan  perilaku itu mesti kekal dengan menyakini kuasa yang dipangku dalam membangunkan kemanusiaan dan persekitarannya , semata mata kerana kemuliaan dan keagungan Islam .



Comments

Lintau Perak said…
bangsa Melayu yg dicipta Allah perlu bersatu, bertindak bijak selaras dengan ajaran agama yg mereka pegang..

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

ASAS BERTIKTOK

Sifat Calon Ahli Surga