Acuan ini milik Melayu Islam ( GESA )
بسم الله الر حمن الر حيم Masyarakat di Malaysia amat mudah terpengaruh dengan perkembangan moden yang dibawa oleh arus globalisasi dunia. Memang diakui banyak unsur positif yang dibawa oleh arus globalisasi ini, namun pada masa yang sama juga pelbagai perkembangan fahaman sekularisme yang menyesatkan telah turut sama berkembang pesat sehingga mempengaruhi sejumlah besar masyarakat Malaysia. Bagi menghadapi realiti ini, semua pihak termasuklah kerajaan dan Ulama/Cendikiawan dan pakar perundangan Islam perlu mengamalkan sikap proaktif dan selektif dengan menyediakan pelbagai elemen mendidik dan pencegahan bagi meneruskan halatuju dan pengembangan Islam yang benar benar mampu dinobatkan di Malaysia . Faktor perpaduan dan keseragaman diperlukan bagi memastikan wujudnya kestabilan hidup sosiopolitik umat Islam agar mampu memupuk kesepakatan dan tidak terus hanyut dengan perebutan kekuasaan dan keduniaan . Keamanan dan kedaulatan Malaysia semesti bisa/mampu kekal dilestarikan deng