DS NAJIB RAZAK KEKAL SEBAGAI PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT
DS NAJIB RAZAK KEKAL SEBAGAI PEMIMPIN PILIHAN RAKYAT. Umum sudah tahu pertuduhan keatas DSN adalah komplot politik dendam kesumat Mahathir dan sekutuNya. Propaganda pihak sebelah sana ialah Najib hanya lantang mengkritik dan serang kerajaan PN sekarang sebab PM8 tak setuju gugurkan kes-kes Najib. Ini tidak betul sebab saya tak pernah henti bersuara untuk kebaikan Rakyat dan Negara sejak permulaan kerajaan PN apabila langkah yang salah diambil. Misalnya pada bulan Mac 2020, saya kecam kerajaan kenapa hanya beri diskaun elektrik 2% sahaja kepada pengguna domestik untuk menghadapi PKP 1.0. 3 minggu kemudian, kerajaan PN pun perbetulkan ini dengan memberi diskaun sehingga 50%. Satu lagi contoh ialah saya kecam kerajaan untuk beberapa hari berturut-turut sebab ambil langkah yang amat salah dengan alasan mahu jimat kos sebanyak RM114 juta untuk tukar syarat mereka yang datang dari luar negara tidak lagi wajib menjalankan kuarantin di pusat-pusat kerajaan tetapi boleh kuarantin di rumah. Masa...