TerkuburnyaTulisan Jawi dan Tamadun Melayu Islam
TERKUBURNYA TULISAN JAWI DAN TAMADUN MELAYU ISLAM MSLAYSIA. Tulisan Jawi telah bertapak sejak sekian lama di nusantara ini termasuk Malaysia. Sejarahnya yang panjang bermula dengan kemasukan seterusnya perkembangannya begitu selari dengan perkembangan Islam di nusantara dan dunia. Justeru persoalan keselarian ini dan seterusnya mengambil pengajaran pengajaran yang boleh diperolehi bagi tujuan memperkukuhkan penggunaan tulisan Jawi di Malaysia khususnya pada hari ini. Tulisan jawi merupakan tulisan yang sinonim dengan bangsa Melayu dan Islam. Ia merupakan tulisan Arab yang telah disesuaikan dengan bahasa melayu menerusi beberapa perubahan dan penambahbaikan. Menurut sejarah, tulisan ini telah wujud di nusantara sejak zaman awal Islam iaitu sejak abad ke 3 hijrah. Antara bukti-bukti yang dikemukakan adalah menerusi penemuan beberapa batu nisan di beberapa tempat di nusantara yang tertera tulisan jawi, salah satu daripadanya adalah penemuan batu nisan y...