TipuRakyat🇲🇾

🙊Hari penuh retorik politik 🙊

Tun M dalam usaha beliau menyelamatkan kuasanya, menterinya mengumumkan bahawa plan rasionalisasi harga runcit petrol RON 95, 97 dan Diesel akan di selaraskan pada 1 Januari 2020.

Saifuddin Nasution Ahmad memberitahu, subsidi sebanyak RM 30 sebulan akan diberikan kepada pengguna kereta dengan cc 1.6 kebawah dan RM 12 diberikan kepada pengguna motosikal 150cc dan kebawah.

Subsidi ini hanya diberikan kepada kira2 2.9 juta penerima BSH yg telah berdaftar dgn e-Kasih.

Bayaran pula akan dibuat secara one off setiap 4 bulan secara terus ke akaun penerima. Ini bermakna harga runcit petrol dan diesel berkenaan akan diapungkan mengikut harga sebenar tanpa ada subsidi khas dari kerajaan.

🙊Hebat bukan? 🙊

Inilah pelan rasionalisasi subsidi pemberian petrol dan diesel yg dikatakan bersasar yg ditunggu sejak lebih 6 bulan lalu.

Mungkin bagi kerajaan, rakyat Malaysia sudah kaya raya terutama golongan B40 dan M40 sehingga hanya layak menerima RM 1 sehari utk pengguna kereta dan hanya RM 0.45 sen sehari untuk pengguna motosikal.

Tidak ada salahnya untuk mengapungkan harga minyak kerana perkara ini turut dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Namun, ingin ditanyakan kepada kerajaan, pada harga sekarang yg dianggarkan sekitar RM 2.48 seliter sekarang, adakah kerajaan fikir semua golongan B40 dan M40 mampu?

Bagaimana pula sekirangmya harga Brent Oil pasaran dunia meningkat mendadak?

Sedarkah kerajaan hari ini bahawa semua barang keperluan asas peruncitan di negara ini bergantung penuh pada harga semasa minyak?

Paling utama, sudah adakah kajian menyeluruh untuk menilai purata pendapatan isi rumah negara hari ini?

Sebagai contoh, kerajaan telah menetapkan harga runcit RON95 pada RM 2.08 seliter.

Impaknya bukan sikit kerana semua barangan asas turut naik mendadak setelah dicampur dengan SST.

Bagi pendapatan purata isi rumah pula, pada 2018, secara amnya, purata pendapatan isi rumah adalah sekitar RM 2,188 sebulan.

Dengan angka ini, andai tinggal dibandar, ianya boleh dikategorikan sebagai miskin bandar.

Bayangkan seseorg itu membeli brg keperluan, byrn bil, hutang piutang dan sewa rumah, apa lagi yg tinggal pada mereka?

Paling mengecewakan, hari ini juga, dilaporkan seramai lebih 24 ribu org hilang pekerjaan sejak Pakatan Harapan memerintah.

Jumlah ini jauh lebih tinggi memandangkan sektor swasta termasuk pekerja kontrak juga turut kehilangan kerja sepanjang setahun 5 bulan PH memerintah.

Adakah kerajaan ada mengambil kira pelbagai kesemua faktor2 ini?

Ini kerana, perlaksanaan skim baru ini hanya berbaki kira2 3 bulan sahaja lagi.

Dengan keadaan ekonomi yg menguncup, peluang pekerjaan yg terhad, harga barangan yg terus melambung dan kadar pengangguran terus meningkat dr sekitar 3.75% kepada 6.8%, sejujurnya, kerajaan kali ini benar2 menekan rakyat kononnya untuk membayar hutang negara.

Kerajaan TIDAK PERNAH sekalipun komited membayar hutang negara.

Bayangkan, hutang dr RM 686.68bilion meningkat kepada RM 931.2bilion dalam tempoh setahun dengan segala aset kerajaan dilelong seperti harta rampasan perang.

Sekarang, rakyat terpaksa menanggung kegilaan ini dan tidak mustahil menjelang 2021, bilangan miskin bandar dan miskin tegar akan meningkat secara mendadak.

😁Kongres Maruah Melayu?😁

Ini hanya medan mengutuk bangsa Melayu. Tidak lebih dr itu.

Mana maruahnya bila kerajaan sendiri pun sudah tidak lagi peduli akan nasib rakyat?

📌“Tolak 🙊jaan Pakatan Harapan🙊 !!”

🤦‍♀️diolahsuntingsemula🙋‍♀️
😁Cerita2Medsos😁

Comments

Popular posts from this blog

Penggemar seni suara merbuk /perkutut Thailand/Siam

Sifat Calon Ahli Surga

Pertandingan Suara Merbuk Siam/Thailand