Monday, February 20, 2012

Dewan Bahasa dan Pustaka berkokok tak sudah sudah ..

بسم الله الر حمن الر حيم

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Muzakarah Bahasa dan Persuratan dengan tujuan memperkasakan dasar-dasar negara khusus dari segi bahasa dengan menjadikan khazanah persuratan ilmu sebagai satu agenda negara yang besar.

 Ketua Pengarahnya, Dr. Awang Sariyan berkata, muzakarah tersebut akan diadakan pada 17 dan 18 Mac ini dengan mensasarkan penyertaan enam kelompok yang dianggap sebaga...i pemegang kepentingan dalam soal bahasa, sastera dan ilmu.

 "Kelompok yang kita sasarkan adalah ahli bahasa, sastera, sarjana, budayawan, cendiakawan dan media,”.....
 
..Sampai bila nak bermuzakarah.....kudrat dan kekeramatan sudah ada ditangan...bila lagi nak suguhkan wadah translator bahasa Melayu dalam layanan browser internet ? ...Bila lagi nak suguhkan software percuma dalam internet khusus untuk memertabatkan aksara Melayu itu ?.
 
..Kerajaan terlalu bangga dengan hadirnya Cyberjaya di Malaysia ..nampaknya agensi agensi kerajaan tidak mampu memainkan peranannya untuk menyuguhkan kebijakan dan keterampilan dengan terbuka untuk dikongsi semua pencinta bahasa Malaysia@bahasa Melayu didunia .
 
..DBP masih terus tertidur ...Kajian demi kajian dilakukan...namun skill laman internet yang disuguhkan amat mendukacitakan semua pihak//..
 
.Ilmu perlu dikembangan secara percuma ...siapa yang menyetujuinya ? Pendapat kalian macamana ?..

No comments:

Kekalkan Dominasi Pemerintahan Islam Malaysia

(Ikhtibar dan Ikhtiar) Dominasi pemerintahan Islam wajib dikekalkan di Malaysia. UMNO@Barisan Nasional. Selagi kepemimpinan UMNO yg mendo...